021219
Saja ajak kawan duduk ambil angin di taman tasik kerana lama tak berjumpa.Sunyi sahaja di sini kemudian aku ajak dorang melawat Balai Seni Lukis Negara.Jalan kaki 10minit sahaja dari taman tasik
Waktu ini kami menonton trip helikopter yang membawa pelancong inggeris pusing ruang udara KL,satu trip berharga RM600 jika tak silap.Mampu lihat sahaja sambil gigit bibir,hahaha
 |
Ini potret keluarga cina zaman dulu-dulu |
 |
Lukisan pakaian kaum wanita melayu dahulu,menarik Aku jadi suka akan lukisan ini.Ia membawa fikiran aku ke zaman dahulu kala |
 |
Koleksi stamp wajah Dato A Samad Said penulis hebat |
 |
Foto ini di ambil pada tahun 2018 ya.QR code.Yang aku faham pengkarya ingin memberitahu simbolik zaman kini iaitu ke mana saja anda berjalan pasti kena scan QR code.Tambah pula sekarang zaman virus covid,wajib scan my sejahtera! |
 |
Badan manusia berkepala keris.Tak pandai tafsir |
 |
Kapal pedagang yg pernah belayar di tanah air kita suatu ketika dulu |
 |
Duit kertas America |
 |
Duduk beristirehat di atas sofa empuk |
Fikiran berputar ligat meneliti maksud setiap lukisan/pameran.Cuba mentafsir guna akal yang paling dalam
 |
Pesakit yg terlantar di katil hospital dengan harapan untuk sembuh semula |
Tidak semua lukisan dan pameran yang boleh kita fahami maksud tersirat dan tersurat walaupun ada penerangan sedikit tentang lukisan itu.Hanya orang seni dan fikiran kreatif saja boleh menafsir maksud sebenar yang ingin diceritakan.
Datanglah beramai-ramai di Balai Seni Negara.Tempat yang sunyi,tenang jauh dari kebisingan dan keserabutan,Untukmu wahai manusia yang sukakan ketenangan!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.