Bismillahirrahmanirrahim.
Tahun 2019 ini cukup berbeza sekali bagiku.Ajakan kawan untuk menyambut tahun baru 2019 bersama-sama tidak ku tolak sama sekali.Biasanya malam tahun baru lah aku rasa paling malas untuk ke mana-mana kerana tak ada pengangkutan nak balik nanti.Kedua rimas bersesak-sesak dengan ramai orang.
Tak apa kali ini kami plan baik punya.Antara dua lokasi.Dataran Merdeka atau KLCC.Menurut kawanku dataran sekarang dah tak ada pertunjukan bunga api seperti tahun sebelumnya.Sekarang cuma ada selawat dan qasidah sahaja,tiada konsert yang melalaikan.Baguslah.Baru ada rahmat yang turun.KLCC memang saban tahun ada konsert bermula jam 10 malam dan pertunjukan bunga api menjelang detik 12 malam.Kata kawanku KLCC tu penuh dengan warga asing seperti Bangla,Indon.
Dia suruh aku pilih nak kemana.Aku ada juga google search tengok lokasi menarik pertunjukan bunga api.Kerajaan buat sambutan tahun baru di Putrajaya,sah-sah jauh.Sunway Velocity Mall di Cheras pun ada.Ada la beberapa lokasi lagi di KL ni.Hmm paling senang nak balik mungkin Dataran Merdeka.
Malam itu hujan pula,sekejap hujan sekejap surut.Alamak...aku dah siap sediakan selipar takut basah kasut kerja.Kawan aku dah siap tunggu di Masjid Jamek sebelah bank OCBC untuk ke Dataran Merdeka.Dia dah survey tengok katanya sana tak ada apa.Pengunjung tu ada cuma tak ada aktiviti.
Kami decide untuk ke KLCC.Ya Rabbi,ramai betul orang yang turun di stesen keretapi KLCC.Siap ada polis mengawal laluan.Rata-rata aku tengok muka warga asing.Mat saleh tu adalah dalam 20%.
Susah juga nak cari kawan aku di tempat ramai orang ni.Puas voicenote,video call.Mujur nampak ATM Ambank tepi tu jadi tunggu di situ.Fuhh aku dah risau kalau tak jumpa.
Kami naik escalator shopping mall Avenue K lalu tembus ke pintu luar.Jalan kaki sedikit,lintas jalan menuju ke perkarangan air pancut taman KLCC.Orang begitu ramai sekali dengan bunyi bising terompet vuvuvu.Pelbagai ragam dan gaya aku lihat,ada yang pakai cekak rambut bertanduk setan berlampu.Mujur kawan aku bijak bawa ke lokasi atas rumput,jadi boleh tengok dari dekat bunga api.
Sepanjang hidup aku tak pernah tonton bunga api dari dekat.Biasanya dalam tv atau dari jauh sahaja.Dulu masa duduk di perumahan Jalan Tun Razak,balkoni rumahku menghadap KLCC.Tiap kali New Year mesti nampak jelas loncatan bunga api dari balkoni walaupun jaraknya bukanlah dekat sangat.Kali ini tengok bunga api real fuhhh bahagia rasa.Semangat nak buka buku baru 2019 seolah-olah meletus-letus bagaikan bunga api menerawang di awan.Kawan aku kata lain beb tengok dalam tv dengan dari dekat begini.Ya serius happy .
9 minit lebih pertunjukan bunga api berlangsung.Meriah weiii...semangat sambut tahun baru 2019 berkobar-kobar.Dalam hati siap pasang azam baru!
Seingat aku,kali terakhir New Year aku sambutan di Taman Tasik Titiwangsa tahun 2007 sempena pelancaran Eye On Malaysia.Itupun dah meriah nok.
Kemudian setelah tamat,orang ramai berpusu-pusu keluar balik.Kalau kena rempuh ni naya.Kena hati-hati dan licik mencelah sana sini.Mujur kawan aku dah pakar.3 tahun berturut-turut dia sambut New Year di KLCC jadi dah boleh baca.
Lepak makan steamboat tepi pokok sementara tunggu orang ramai reda.Pelbagai gaya aku lihat.Malas nak cakap.Yang nyata bukan muka rakyat tempatan.Nampak macam melayu tapi indon pun ramai.Kawan aku orang Jawa so dia boleh cam satu persatu.
Selesai makan,kami ke taman KLCC semula saja nak bergambar dan ambil angin malam.LRT khabarnya beroperasi sehingga 2 pagi.Syaratnya kena beli token siap-siap atau guna touch n go.
Kami plan balik naik grabcar.
Aku segan juga nak berdiri atas tembok dan bergambar begini.Kaku rasanya sebab aku bukan kaki bergambar ala model.Kena bebel dengan kawan aku,"kau tak payah malu.Yang pakai cekak tanduk setan tu patut dia malu,lagipun lepas ni kau tak kan jumpa dah semua orang kat sini"
Hahaha...
Rata-rata yang datang melepak ala-ala puak urban di taman KLCC ni ialah orang Indon kata kawan aku,dorang nak bergaya serupa orang sini tapi nampak janggal.Ini kata kawan aku ya bukan aku.Aku tengok muka nak serupa melayu rupa-rupanya indon.Betapa ramainya warga asing di KLCC ni,tak macam tahun 90an-2000 dulu.Tak apalah mereka hanya ada kawan-kawan untuk berseronok dan keluarga jauh di mata,biarlah kan...
Cek grabcar,harga sekarang memang tinggi.RM 33 balik ke rumah.Matilah wei..kami tunggu sampai jam 2 pagi dengan harapan harga turun.Aiikk RM 34 pulak?
Jam 2 pagi pengawal KLCC meminta pengunjung bersurai sebab nak tutup pagar.
Kami buat keputusan untuk jalan kaki ke Ampang Park.Fuh harga masih RM 30 lebih.Jalan lagi dan lagi.Sampai Jln Tun Razak pun masih RM 34,aikk memang cilaka.Nak tercabut lutut dah ni.Pada kami itu harga melampau,grab mainkan kami ni.Sampai di IJN,harga RM 28.Hahh dekat 6km kami jalan hanya kurang RM 6 je?
Jalan lagi ke depan Bulatan Pahang,harga jadi RM 16.Allah..kaki nak longlai dah.Esok aku kerja pulak kalau cuti tak apa.Jam menunjukkan pukul 3.20 pagi.
Kami decide naik kereta abang melayu ni.Abang ni cerita malam tahun baru memang harga begitu sebab high demand.Sampai rumah 3.45 pagi,aku mandi dan tidur.Esoknya rasa sakit kepala sikit.Hahaha...