Dalam kehidupan,apapun yang anda lakukan akan terimbas apa yang anda alami saat ini........
Itulah maksud karma.Dalam erti kata lain anda tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang sudah anda kerjakan.Kadangkala anda terpaksa menerima karma 3x ganda daripada itu.Balasannya berganda-ganda.
Karma ada dua jenis.Karma baik atau buruk.Baik anda kerjakan,karma baik juga yang anda terima semula.Perlakuan buruk yang anda kerjakan,maka karma buruk yang bakal anda terima.
Karma baik ialah suatu perbuatan yang berbuah positif.Semua yang datang dari kebaikan akan berbuah kebaikan
********************************************************************************
Tetapi...
Ada beza antara karma dengan ujian.Ujian bermakna,kita tidak pernah berbuat kejahatan seperti itu tetapi kita menerima ujian itu.Contohnya ;
kita tidak pernah membunuh orang tetapi tiba-tiba ahli keluarga kita terbunuh dalam kejadian yang tidak diingini.
Kita tidak pernah menganiya orang,mengambil hak orang tetapi wang kita pula dicuri
Kita tidak pernah memfitnah dan menjatuhkan orang tetapi seringkali kita difitnah dan diburuk-burukkan
Kita tidak pernah menyakiti tetapi sering disakiti
Kita tidak menipu malah jujur tetapi sering dikhianati
Barangkali ini bisa terjadi kerana ;
-Tuhan ingin mengajar manusia erti sabar dan tabah
-Tuhan ingin mengangkat darjat manusia di sisiNYA
-Tuhan ingin mendidik jiwa kita supaya tidak melakukan yang sama terhadap orang lain
-Tuhan ingin memberi ganjaran pahala kepada kita (pahala orang tersebut akan dikirim kepada kita akibat perbuatan kejinya terhadap kita)
-Tuhan tidak ingin kita terus disakiti berada di situasi itu,oleh itu kita terpaksa melepaskan dan mengalah pergi
Memang sakit apabila dianiya dengan perlakuan yang tidak sepatutnya.Memang pedih difitnah apabila kita tidak pun berbuat seperti apa yang difitnah itu.Semuanya sakit,perit,pedih,luka apabila kesemua perbuatan buruk orang dilantunkan kepada kita.Apa respon diri kita apabila menerima karma ini?
Dari situ kita harus bijak mengendalikan emosi.Apabila dendam menguasai diri maka kita akan bertindak di luar batasan akal.Malah 3x ganda kita membalas.Ya,tidak salah membalas jika anda mampu membalas.Itu pengajaran untuk si penganiya.Jika anda redha dan pasrah,serahkan sahaja kepada Yang Maha Kuasa untuk membalas,doa orang teraniya ini tiada hijabnya,
Doa orang teraniya boleh saja berbunyi begini;
"Celakakan dia dalam kemalangan biar semua giginya patah,mukanya hancur"
"Putuskanlah urat sarafnya"
"Matikanlah dia!"
Apabila insan itu benar-benar mendapat balasan atas sumpahan kita,maka puaskah hati kita?Seeloknya selitkan sekali doa supaya dia dibukakan hati agar insaf dan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan.Dengan itu,balasan karma buruk pun dia terima,dia insaf lalu datang mohon maaf kepada kita.
Jenis aku,aku tak semudah itu melupakan kejahatan orang kepada aku.Lagi-lagi melibatkan harga diri kita.Enak-enak buat mulut pukul canang benda tak betul tentang kita sampai diri dipandang serong.Hmm kalau negara ini tak ada law aku tembak je kepala bagi bersepai.
Tunggulah karma buruk kalian...aku yakin Tuhan itu tidak tidur....sekarang anda boleh tidur lena,bersenang-lenang.Tunggu.....3x ganda anda akan terima kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sampai bila nak cari kenyamanan dengan manusia
28042024 Kalau kita mncari 100% kenyamanan ketenangan kedamaian kebahagiaan dgn makhluk.maka itu pencarian yg kita takkan bertemu dgn kebah...
-
Anak jati Kuala Lumpur pasti tahu dan kenal Flat Pekeliling.Siapa yang sudah lama menetap di bandar KL juga mesti tahu.Yang baru datang KL,a...
-
Kisah seram di wad hospital sudah menjadi kebiasaan di telinga pembaca.Ramai yang dah berkongsi pengalaman mereka bermalam di wad menjaga...
-
Mengikut pengalaman rakan yang pernah ke Kellie Castle di Batu Gajah Perak,suasana di sini terasa seram meskipun pada siang hari.Jadi memand...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.