Bahagian 1
Ketika wabak covid melanda dunia bermula awal tahun 2020,aku masih segar dan sihat meskipun ada penyakit tiroid.Alhamdulillah aku langsung tiada simptom-simptom terkena covid seperti demam suhu tinggi melebihi 37,batuk,selsema,sakit tekak,hilang deria rasa.Aku jalani kehidupan seperti biasa mengikut sop yang ditetapkan.
Ada orang langsung tak percaya wabak ini wujud malah mentertawakan berita yang muncul di tv setiap hari berkaitan covid.
Aku bekerja seperti biasa.Kadang ada balik malam .Apabila bekerja,ada juga makan di luar bersama kawan sekerja.Tetapi tidaklah berlama-lama di kedai makan.Hanya untuk makan sahaja.
Suatu hari pada bulan 12,2020,ada seorang makcik sekuriti di tempat kerja aku mengalami demam panas,walaupun demam dia masih datang kerja.Tugasannya memeriksa badan pekerja apabila tiba di bahagian pintu masuk staf,habis dia raba badan kami.Selepas dua hari,dia tidak datang kerja kerana badannya semakin tak enak lalu dia buat pemeriksaan di hospital.4 hari kemudian dia disahkan positif covid. (Sepatutnya musim covid,janganlah buat undang-undang body checking).Bos dan pekerja bidang sekuriti pun tak ada akal.
Kami sebagai pekerja mulai panik kerana ada kontak rapat dengan makcik tersebut,sudahlah setiap hari badan kami diperiksa lebih 6x.Senang cerita,apabila kami lalu sahaja bahagian sekuriti untuk menuju ke loker,keluar rehat,ambil barang maka ketika itulah badan diperiksa/dipegang.Apabila staf bertanyakan kepada bos tentang hal covid ini bos ambil mudah,tidak mahu kisah.Selepas hampir 2 minggu makcik itu dihantar ke wad ICU,barulah bos arahkan doktor swasta datang untuk swab test kami.Itupun staf yang sukarela/terpilih sahaja.Bukannya semua staf diwajibkan untuk jalani swab.
Keputusan swab test kami begitu cepat kerana ia menggunakan teknik antiGen sahaja,bukan PRC.Didapati ada 3 orang staf positif.Staf itu tidak puas hati lalu ke klinik kerajaan untuk pastikan kesahihan keputusan covidnya.Di klinik kerajaan,doktor melakukan ujian covid PRC,ianya lebih tepat.Keputusan dalam tempoh 4 hari.Sah!Memang staf itu positif.Maka dia bersiap sedia untuk di angkut van ambulance ke Hospital Sg Buloh.
Sebenarnya aku terasa lega keputusan covid aku negatif.Dalam masa yang sama terasa takut untuk terus bekerja di situ,bukan aku seorang tetapi semua pekerja bercakap benda sama.Sepatutnya seorang staf sudah positif,majikan wajib jalankan saringan kepada kesemua staf di dalam bangunan tidak kira dia orang asing sekalipun.Ini tidak,majikan buat tak tahu.Hantar kesemua staf jalani ujian swab sekali lagi di klinik kerajaan dan tutup premis 2 minggu!!!Ini tidak...
Kepala aku terasa pening,badanku rasa lemah sedikit dan bila berjalan rasa letih lebih-lebih lagi ketika mendaki tangga naik ke tempat kerja.Ada sekali kakak di tempat kerja aku bertanya adakah aku mengalami masalah semput?Jawabku tidak.Dia bertanya kerana melihat gaya aku berjalan seperti keletihan.Aku bekerja seperti biasa dalam keadaan was-was demi sesuap gaji yang tidaklah seberapa.Memandangkan aku juga alami masalah tiroid,aku semakin risau.
Awal tahun 2021,aku terasa badan tak enak lalu ke klinik swasta.Pelbagai soalan ditanya oleh doktor
"Ada demam,selsema,batuk,sakit tekak,hilang deria bau dan rasa?"
"Ada kontak rapat dengan pesakit covid?"
"Ada jalani swab test?"
Ya sudah tentu aku ada kontak rapat dengan pesakit covid yang bekerja satu bangunan,siap diraba-raba badan kita untuk cek badan,lagi seorang ialah pesakit covid satu bahagian denganku.Makan sebelah menyebelah,buat kerja dalam bilik kecil yang sama tanpa jaga sop.1 bilik sumbat 6 -7 orang.Punyalah bodoh management.
Ok suhu aku ketika doktor cek ialah 37.8 bermakna aku demam.Berat badanku juga susut dan mata aku mula terjojol (simptom hipertiroid)
Doktor nasihatkan aku membuat sekali lagi ujian swab kerana biasanya covid mula aktif dalam badan dalam 2 minggu.Tahun baru sepatutnya aku gembira ini tidak.Hatiku rasa tak sedap.Malam itu aku bermalam di hotel seorang diri,betul- betul rasa stres.Aku telefon kawan-kawan sekerja aku untuk kongsi pandangan.Mereka juga sarankan buat ujian swab di klinik kerajaan.
Keesokan harinya aku bangun pagi,badanku rasa melayang dan tak kuat.Aku gagahkan juga diri untuk ke klinik kerajaan bersama kawan sekerja.Kami pergi persendirian kerana majikan buat tak peduli akan permintaanku untuk uruskan swab test di klinik kerajaan.Mereka pilih bulu..malas cerita panjang..
Sampai di tapak khemah ujian saringan covid,aku mulai rasa lemah,letih dan pening.Ramainya manusia di sana entah bila akan selesai.Kesemua yang datang sudah ada temujanji.Aku yang datang walk-in ini terpaksa tunggu apabila kesemua mereka selesai.Bayaran sebanyak RM150.Aku bayar sahaja asalkan puas hati dapat keputusan.Kawan aku bayar RM60 untuk ujian swab test balik Sabah.
Sakitnya hidung aku kena korek dengan alat swab test tu,rasa nak terkoyak hidung.5minit kemudian aku terbersin keluar hingus.Aku ni alergik sikit bila ada sesuatu masuk dalam hidung,cepat bersin.
Selesai swab test,kami berjalan kaki mengharung panas pagi untuk ke jalan besar.Aku rasa tak berdaya untuk berjalan tapi kuatkan juga hati.20 minit kemudian kami tiba di kawasan pokok besar dan makan tengahari.Aku betul-betul rasa tak kuat.Makan sedikit sahaja rasa tak selera walaupun gerai bawah pokok itu menu kampung yang nampak menyelerakan.Usai makan,kami berjalan lagi dalam 15minit menuju kawasan jalan besar untuk pulang ke rumah.Aku memang rasa nak pitam,dengan badan berpeluh-peluh menahan panas.Nasiblah cepat dapat pengangkutan.
4 hari di rumah menunggu keputusan swab test amatlah sengsara bagiku.Aku mula hilang deria bau dan rasa,badanku sakit sekali bagaikan dicucuk besi panas.Tulang-temulangku terasa nak patah,aku terlantar dan terbaring kaku.Kepalaku pening bagaikan dipusing-pusing.Aku tak dapat fokus dengan betul,badan aku lemah tak berdaya.Aku masih makan ubat antibiotik yang doktor klinik swasta bekalkan.Dalam hatiku terfikir,adakah antibiotik dan ubat yang doktor beri itu buat aku pening,sakit kepala?Doktor bagi salah ubat ke?
Hari ke 4 kuarantin aku gagahkan diri jalan kaki ke klinik swasta yang aku pergi tempoh hari untuk bertanyakan tentang ubat,adakah doktor bagi salah ubat.Kemudian aku ke klinik kerajaan pula,peningku semakin teruk badanku semakin sakit menyucuk.Sampai di klinik,nurse arahkan aku cek jantung.Tiba-tiba aku terima panggilan dari pihak Kementerian Kesihatan.Pegawai itu mengarahkan aku duduk di satu tempat yang jauh dari orang.Rupa-rupanya aku mendapat khabar bahawa aku positif covid.Terkejut besar aku dan mulai sebak.Pegawai KKM menyelidik aktiviti aku ke mana aku pergi dalam tempoh 2 minggu sebelum dan 4 hari (kuarantin).
Beliau juga meminta nama kontak rapat dengan aku.Jadi aku berikan nama ahli keluarga kerana turut risau status kesihatan mereka.Aku diminta segera tinggalkan kawasan yg aku duduk sekarang dan berkurung dalam bilik di rumah.
Bersambung................
Part 2
Aku dikejarkan ke hosp sg buloh petang itu juga .Aku bawa beberapa helai baju dan seluar.Perasaanku bercampur baur.Aku hanya fikir mati sahaja kerana keadaanku semakin lemah.Selama ini aku hanya mendengar kisah orang.Kini aku pula jadi mangsa covid.
Keluarga aku tidak mahu membuat ujian swab di klinik kerajaan.Mereka sanggup keluar duit swab test di KPJ berharga rm380.Dengan alasan risau sengaja diberi keputusan positif oleh pihak KKM untuk naikkan kes.Mereka salahkan aku kenapa aku beritahu aku tinggal bersama mereka.Aik...peliknya pemikiran.Dah aku positif covid dan tinggal serumah dengan mereka,aku harus bertanggungjawab suruh mereka buat ujian swab.Lagipun percuma sahaja.Mereka kata sepatutnya aku balik rumah berbincang dulu dgn mereka sebelum beri nama kepada KKM.Haaa...hairannya.Pegawai KKM tu telefon dan minta terus maklumat kontak rapat.Boleh ke aku nak sembunyikan fakta?Bukannya pihak KKM kata "ok cik balik rumah dulu bincang dgn keluarga sama ada mereka mahu atau tidak buat swab test"
Kenapalah akal keluarga aku singkat dan sangat kolot...ini bukan perkara mainan ini perkara serius yg boleh mengancam kesihatan dan nyawa jika tidak dirawat dengan betul.
Aku tiba di wad pada 4hb January,waktu malam.Aku lihat ada dalam 30 katil memanjang.Pada mulanya rasa kekok kerana belum sesuai dgn keadaan di situ tetapi masuk hari kedua aku mula rasa ok.Aku rasa seronok duduk di dewan wad ini.Makan tak pernah tak cukup.Ada makanan hospital,makanan luar seperti kfc,karipap,kuih yang kawan-kawan dalam wad tempah.Semua baik hati.Ada seorang kakak ni kasihan sangat.Suaminya meninggal akibat covid di PPUM semasa kakak ini kuarantin di sini.Bukan senang nak terima ketentuan takdir.Selang dua katil dari katilku namanya Ella,dia berjangkit dari bapa mertuanya yang bekerja di hotel.Satu keluarga positif kecuali suaminya
Katil tepi kanan aku Kak Eta,pekerja bank.Baik juga..sopan orangnya.Orang Muar johor.Pembersih dan rajin mengemas.
Hari ketiga aku di sini masuk seorang makcik di katil sebelah kiri aku.Dia ialah makcik berumur 56 thn.Satu keluarganya positif covid kerana pergi makan kenduri.Cucu pun semua kena.Peramah sangat dan tak jemu kami bercerita.Rasa dia dekat di hatiku.Dia tinggal di felda sg tengi,Kuala Kubu Bharu.Suasana kg katanya.Dia juga ada ajak berjalan ke sana.Siang,malam kamu berborak.Seronok dapat kenal orang tua yang terbuka fikirannya.
Setiap hari kami akan beratur di luar untuk cek tekanan darah,oksigen.Aku memang pendek nafas rasa semput dalam dada.Kepala juga berpusing.Aku tanya doktor dan nurse.Jawab nurse mungkin dalam dada aku ada kahak pekat.Dia cadangkan aku rajin buat deep breathing exercise.Kalau sesak nafas nurse pesan suruh beritahu.Ada juga yg teruk sampai kena beri gas.Ada amoi dalam wad aku juga bila malam batuk tidak berhenti.Rata-rata di kalangan kami semuanya hilang deria bau dan rasa.Selera makan pun hilang.Hanya jamah nasi untuk tambah tenaga sahaja.
Baju hospital memang cepat berbau kerana siang hari keadaan di sini panas terik.Tambahan pula aku suspek hormon tiroid aku semakin naik akibat covid ini.Leherku semakin bengkak dan mata aku terbonjol keluar,badan aku kurus sangat.Aku mandi 4x sehari dan basahkan rambut sekali.
Paling seronok kala malam.Suasana bertukar sejuk dan sunyi sekali dalam wad.Hari ke 3 dan ke 6 doktor cek darah aku.Bermacam ragam aku lihat apabila di wad ini.Dari orang tua hingga kanak-kanak pun ada.Pemandangan di luar wad juga cantik.Ada hutan dan nampak gunung.Belakang wad ada pokok kelapa,semak dan kuil.Selalu dengar mereka hayun loceng apabila tiba masa untuk sembahyang.Bila malam akan bunyi salakan anjing.
Tandas pula agak kotor kerana ada di kalangan pesakit malas simbah kotoran sendiri.Sinki tak pernah cuci,berkulat.Entah apa yg cleaner buat.Lantai bilik air juga berlumut.Berapa kali aku hampir tergelincir.
Hari ke 3 aku di sana,Kak Eta katil sebelah dan Ella katil sebelah lagi sudah boleh balik.Kelihatan air muka mereka terpancar seronok.Ceria saja.
Hari berganti hari..doktor sahkan aku sudah boleh balik selepas 9 hari di sini.Campur 4 hari kuarantin di rumah (tunggu keputusan swab) dan doktor beri tambahan MC 3 hari lagi.Cukup 2 minggu kesemuanya.
Aku rasa kesihatan aku belum pulih sepenuhnya tapi apakah daya mungkin doktor tengok keputusan darahku beransur cantik.Aku kalau boleh mahu terus di sini 2 minggu pun tak apa asalkan aku sihat sepenuhnya.Aku rela di sini dari balik ke rumah kerana aku rasakan ada sesuatu yg bakal membuatku tekanan nanti.
Aku balik naik grab.Cas rm30 campur tol.Agak mahal bagiku.Pemandu grab memang tahu aku bekas pesakit covid dan dia menemubual aku pelbagai soalan.Rupa-rupanya yg kuarantin di Maeps,pusat kuarantin,sekolah itu adalah pesakit covid berisiko rendah yg tiada penyakit kronik.Jadi wad tempat aku kuarantin itu untuk orang yg berpenyakit seperti aku.Jantung,darah tinggi,diabetis,tiroid dan lain-lain.
Sampai di rumah,aku terus dipulau dan disalahkan ahli keluargaku.Stres sangat aku ketika aku rasa mahu saja lari ke hospital sg buloh sekali lagi.Mereka merungut banyak berhabis buat swab di swasta.Kena swab 2x pula jadi hampir rm700 seorang.
Kenapa sanggup habiskan wang swab di swasta sedangkan kerajaan ada offer percuma hari itu.Mereka juga marah kerana terpaksa ke khemah KKM juga untuk pakai gelang merah.Mereka hidup dalam ketakutan di rumah kerana memakai gelang.Aku juga disalahkan.
Seminggu aku terbaring di rumah selepas keluar wad.Aku ada juga sms kawan-kawan bekas pesakit covid tentang keadaan mereka.Ada yg sembuh terus dan ada yg seperti aku sakit dada,rasa cepat penat walaupun cuci sehelai baju.Aku semakin lemah kerana tiada sokongan keluarga.Aku menderita sendirian dan hanya meluahkan kepada pakcik di kampung dan kpd makcik jiran katilku semasa di wad tempoh hari.Dia juga tak sangka begitu teruk pemikiran ahli keluargaku yang menganggap covid ni tiada apa-apa cuma konspirasi pihak Yahudu dan kerajaan.Mereka bersikap kasar terhadapku kerana tak mahu menerima apa yg aku katakan.Berbuih mulut aku kata bahawa badan aku sakit menyucuk,nafasku tersekat-sekat,dada rasa berat dan sebagainya.Mereka masih menyangkal kata aku terkena angin dalam badan.Mereka membuat andaian sendiri kerana punya tak mahu akui kewujudan virus covid.
Badanku sangatlah sakit,mencucuk dan rasa bisa.Leher aku juga semakin bengkak hingga susah menelan makanan.Aku nak bangun pun rasa terhuyung-hayang.Kepala rasa berat dan pening.Langsung keluarga aku tidak hiraukan aku malah tak ajak makan nasi.Teruk betul mereka bencikan aku.Aku tiada niat pun untuk susahkan mereka.Aku cuma ambil tanggungjawab supaya mereka di swab juga.Mereka juga menghalang aku ke klinik kerajaan kerana risau doktor akan buat swab lagi sekali lalu hantar aku ke hospital semula.Mereka juga risau mereka kena buat swab lagi sekali.Entah apa-apa kepala otak mereka ni.Kata bodoh nanti tak boleh terima.
Kalaulah begini penerimaan keluarga terhadap aku lebih baik aku masuk wad sebulan pun tak apa.Hati aku seronok di wad ramai kawan-kawan senasib boleh memahami.Aku betul2 dipulaukan.
Aku semakin menderita sakit.Hanya fikir mati sahaja.
29 january aku gagahkan diri ke klinik kerajaan secara diam-diam untuk cek keadaan badanku yang sakit2 dan lemah.Doktor kata aku mungkin angin dalam badan dan proses penyembuhan covid.Tubuhku juga banyak masuk angin barangkali kerana salah makan sahaja sakit yg amat perut,dada dan leher.
Pernah makan buah labu 2 slice nipis,sudahnya aku sakit yg amat di perut dan leher.Leher pula bengkak maka senanglah penyakit lain datang.Aku tak pernah rasa seteruk itu.Dulu aku ada tiroid juga hampir 8 thn tapi tak ada sampai bengkak teruk dan susah menelan.Rasa tercekik dan sebu di leher.Rasa nak mati bila kena.Selepas itu aku terpaksa mengadu juga dgn keluarga serumah kerana aku risaukan kesihatan.Barulah ibuku terbuka hati untuk ambil berat akan kesihatan.Dia urut seluruh tubuhku hingga keluar sendawa.Namun aku masih lemah untuk berjalan keluar rumah.Sendi aku terasa sakit,kepala berpinar-pinar dan berat.Aku sangat risau fikirkan keadaanku jika semakin berlarutan.Beberapa aku ke klinik jumpa doktor.Kata mereka mungkin ini proses penyembuhan covid.Ada kemungkinan juga.
Akhirnya aku minta doktor percepatkan ujian darah untuk tiroid aku.Nasib baik Dr Hidayah baik hati bekerjasama.Kemudian...selepas beberapa hari aku ke unit kecemasan kerana keadaanku semakin teruk,leher membesar bengkak,susah menelan,bloated neck dan lain-lain.Aku hampir putus asa.Aku hanya mahu percepatkan pembedahan andai itu yg membuat aku lebih sihat.
Aku harap keluarga aku dapat mengubah pemikiran negatif dan taksub mereka itu agar menjadi lebih realistik bukan menurut kata hati saja dan terpengaruh dgn teori konspirashit.Konon diri hebat kerana rasakan semua isu covid ini rekaan cerita.Berapa ramai yg telah meninggal akibat covid di serata dunia?Doktor sendiri pun meninggal.Aku harap 1 hari nanti mereka berjodohan dgn covid ini dan rasakan apa yg aku lalui..azabnya Tuhan saja tahu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.