Sejak aku mula berhubung dengan Dr S melalui what apps,aku merasa lega dapat berkongsi kesakitan yang aku alami.Tiba-tiba sakit perut,gas melonjak ke dada,leher terasa tegang dan sakit akibat bengkak serta bermacam jenis komplikasi semuanya aku minta nasihat Dr S.
Nampaknya setakat ini dia melayan aku baik sebagai seorang pesakitnya.Cuma di waktu bekerja dia jarang dapat membalas pesananku.Pukul 7.30 malam sekitar waktu begitu barulah dia membalas ringkas mesejku.Apabila dia sudah tiba di rumahnya barulah dia sms lebih terperinci menjawab pertanyaanku.Bila aku tidak faham,dia berikan pesan suara.
Hampir 2 minggu aku selalu menghantar pesanan mesej bertanya hal kesihatan,tip pemakanan dan ubat untuk sakit yang aku alami.Bunyi seperti serius sahaja.Setakat ini semua nasihat dari Dr S berguna sangat untukku.Kuranglah sedikit sakitku apabila mendengar nasihat doktor.
Aku tak pasti sama ada Dr S ini seorang yang bagaimana.Adakah serius sahaja atau boleh dibawa bergurau.Hmm kerana hormatkan profesion dia sebagai doktor maka aku tak berani buat lawak bodoh.Karakter aku ni lucu sedikit kerana aku sukakan sense of humour.Suatu hari ketika dia membalas mesej aku,aku beranikan diri untuk berbual secara santai.Aku bertanya adakah doktor sudah makan,masak atau beli?mandi atau belum dan ucapan selamat malam serta selamat pagi.
Ternyata dr melayan soalanku disertai dengan emoji ๐๐คฃ๐๐ค๐๐ ...aku rasa terhibur sedikit,dr ada sense of humour juga melayan pesakitnya ini.Jadi mungkin ada peluang untuk kami rapat.
Tidak pernah sehari pun kami tidak berbalas mesej,mesti ada walaupun dr lambat membalas mesej.Aku faham kerjanya sebagai seorang doktor di wad.Aku sendiri menyaksikan bagaimana sibuknya dr di sana.Rindu pula saat itu,sekurang-kurangnya dapat lihat dr menulis,temubual pesakit,duduk di meja doktor taip report di sistem.Dengar suara dr berbincang sesama dr lain.
Entah kenapa aku teringin untuk berjumpa dr.Sekadar mesej di telefon rasa biasa.Aku ingin menunjukkan keadaan leherku yang bengkak.Biar dr buat pemeriksaan.Aku tidak boleh sesuka hati masuk dalam wad kerana aku bukan pesakit dalam wad.
Aku sengaja mesej tanya dr rehat pukul berapa.Dalam wad tempoh hari aku lihat dr akan hilang pukul 2 petang.Mungkin waktu rehatnya.Dr balas mesejku,katanya sekitar 1.30 atau 2 petang.Aku terus buat temujanji untuk jumpa dr.Aku khabarkan perihal leher dan perutku yang sakit,aku mahu dr juga yang cek bukan dr lain kerana dr lain tidak tahu sejarah perubatanku.
Setelah berunding,akhirnya dr setuju tetapi boleh berjumpa selepas waktu kerja habis kerana dia agak sibuk dengan pesakit.Rehat 1 jam tidak cukup masa untuk memeriksa keadaanku.Akhirnya aku bersorak riang.Dr ini sahaja yang arif dengan kesihatanku semasa di wad hari itu.Ubat yang dr beri juga cocok dengan aku.Aku yakin dan percaya tangan dr ini.
Dup dap dup dap jantungku berdegup laju menilik jam tangan sementara menunggu dr keluar dari pintu hadapan wad.Kepalaku seolah berpusing.Arghh vertigo atau angin gastrik menyerangku kali ini lagi?
Aku mendiamkan diri lalu duduk di kerusi batu menghadap pintu masuk.Tiba-tiba telefonku berbunyi isyarat mesej masuk.
"Cik tunggu di pintu masuk ya,sekejap lagi saya turun" sms dr.
Itu menandakan dr sudah habis waktu kerja.Tanganku mula menggigil.Detak jantung semakin laju.Apakah simptom tiroid aku kembali lagi?Ini simptom keresahan ujarku.Mataku tidak lepas merenung pintu masuk wad yang dibuat daripada kaca jernih.Dari jauh aku nampak dr berjalan.Aku cam rambut,cermin mata dan gayanya.Dia seorang dr yang paling menarik di sini bagi aku.Hehehe
Aku membetulkan rambutku yang sudah sedia rapi.Dr menolak pintu dan keluar,diikuti beberapa orang doktor lagi.Aku siap berdiri memandang ke arah dr.Dr seperti tercari-cari di mana aku.Mungkin dia sudah lupa perwatakan aku.Tanganku melambai ke arah dr.Dr mengangkat kening dan menuju ke arahku dengan senyuman.Walaupun dr memakai topeng muka namun aku tahu dia senyum.
"Hai cik Trisha..apa khabar?"sapa dr kepadaku.
Aku cuba mengawal gugup dalam hati dengan menarik nafas."Err khabar baik dr,dr pula apa khabar?dr nampak smart hari ini" sempat aku memuji dalam gugup.
Kakiku seolah tidak memijak tanah,ringan rasanya.Aku cuba menelan air liur yang tersekat di leher.
"Saya khabar baik..anyway tq "balas dr.
Dr mengajak aku masuk ke dalam bangunan semula.Aku ikut sahaja tanpa bantahan.Katanya mahu memeriksa keadaan leherku yang bengkak serta pernafasan paru-paruku.Dr mahu bawa aku ke mana agaknya?Bilik wad?
Dr membawa aku ke satu sudut,ada kerusi panjang di situ.Keadaan agak sepi di situ.Cuma ada kaunter pembayaran di hujung sana.Kami berdua duduk.Dr merenung mataku.Aku tundukkan pandangan ke bawah.
"Pandang mata saya cik..."ujar dr.
Aku memandang sekejap sahaja.Dr minta aku kelipkan mata,pandang atas,bawah,kiri dan kanan.Dr mahu memeriksa tahap vision aku.Kemudian dia cek isi bawah mataku.Kata dr mata aku agak kering dan merah.Bola mataku juga tidak fokus dengan baik.Bulging eyes ada pengurangan.Ingin saja aku jerit"dr,saya tak nak renung mata dr!!!"
Dua org nurse yang lalu di laluan berdekatan kerusi kami hanya memandang dari jauh.Ketika dr ingin memeriksa pernafasanku dengan stetoskop tetapi aku menahan dr.Aku segan sebenarnya diperiksa di tempat terbuka.Memanglah orang tahu aku ini tentulah pesakit yang telah keluar wad.
Aku meminta dr supaya cek di tempat yang ada sedikit privasi.Kami keluar semula dari situ dan aku mengikut dr ke suatu tempat.Oh,masuk ke dalam keretanya.Kami duduk di kerusi belakang.Aku agak tidak keruan apabila berdua-duaan begini.Dr mengeluarkan stetoskop dari beg.Dr memohon maaf sebelum menekap alat itu ke tubuhku.Dia meminta aku menarik nafas dan hembus.Bermula dari cek di belakang badan hinggalah ke depan.Aku berdebar-debar apabila tubuh dr agak rapat denganku.Mungkin ruang dalam kereta agak sempit.
Entah mengapa tiba-tiba nafasku agak lemah,sukar untuk menarik nafas betul-betul.Terasa sakit di bahagian dada.Aku mengadu dengan dr.Kami keluar dari kereta dan dr menyuruhku menghirup udara luar seketika.Aku terasa pening,jalananku tidak stabil,mujur dr membimbing tubuhku dari jatuh.Tanpa membuang masa dr masukkan aku ke dalam keretanya.
"Tish,kamu tak stabil..rehat sebentar dalam kereta saya.Saya ke unit farmasi sekejap ambil ubat untuk cik" kata dr.
Aku hanya mengangguk lemah.Angin gastrik ku menyerang lagi hingga aku rasa melayang.Kepala juga jadi pening.8 minit kemudian dr muncul semula.Dia menyuapkan ubat dalam mulutku dan membantu aku minum air.
"Dr,saya rasa macam nak tercekik...tolongggg!!!" aku separuh menjerit.
Dr memandu keretanya ke kawasan berdekatan juga tetapi jauh sedikit dari hospital.Aku faham mungkin dr tidak mahu dilihat oleh rakan sekerjanya.Tak manis.Dr terus mengurut belakangku,perut,dada dan kawasan leher.Katanya itu angin gastrik dari perut menolak ke dada,naik ke leher hingga rasa seperti tercekik.Dr sudah tahu semua perkara tentang sakit yang aku alami.
"Sorry cik Tish,boleh dr urut badan cik dengan minyak angin?bagi longgar dan lega tubuh tu" dr nampak ikhlas membantuku.
Aku setuju walaupun agak segan kerana dr sudah tentu akan menyelak pakaianku sedikit.Aku mencapai roll on minyak angin perisa lavender di dalam beg tanganku.Dr terus menyapu minyak di bahagian tertentu tubuhku.Sekali lagi dia mohon maaf untuk menyentuh kulitku.Aku diurut perlahan dengan teknik dr.Sampai di leher,dr urut dengan berhati-hati kerana leherku bengkak.Dr menepuk belakang badanku dan memicit perlahan bahagian sakit.15 minit kemudian aku rasa lega dan ringan sedikit.
Syukur,aku rasa lebih ringan sedikit berbanding tadi.Dr juga memicit kepalaku.Peningku beransur kurang kesan dari makan ubat dan urutan.Aku segan dengan dr kerana dia begitu prihatin dengan sakitku meskipun aku cuma bekas pesakitnya semasa di wad tempoh hari.Kesudian dia melayan pertanyaanku berkaitan tip kesihatan,tentang ubat serta rawatan dalam what app membuat aku rasa gembira dan dihargai.Lebih-lebih lagi saat ini.Dia tidak tinggalkan aku sendirian menanggung sakit malah merawat aku dengan kepakarannya.
Dr bertanya bagaimana keadaanku kini dan aku jawab lebih baik dari sebelumnya.Dr tersenyum melihatku.Manisnya senyuman dr.Dr memandu kereta keluar dari kawasan hospital dan ingin membawa aku makan malam.Katanya perutku kosong sebab itu masuk angin.Ya ada benarnya kerana jam 8.30malam sekarang.Sepatutnya waktu makan malam bermula pukul 7 lagi.Aku turutkan sahaja memandangkan dr juga belum makan malam lagi kerana uruskan sakitku tadi.
Kami singgah di satu restoran cina.Dr memesan bubur sayur ayam untukku beserta buah epal.Dr pula memesan nasi ayam hainan.Makan buah dahulu sebelum makan berat,pesan dr.Baiklah dr.Apabila makanan sampai maka kami mula menjamu selera.Aku seperti kurang berselera kerana dalam perutku ada bunyi.Kata dr itu angin/gas sebab aku makan lambat.Aku pujuk perutku supaya habiskan bubur itu.Beberapa orang pelanggan yang makan di situ memandang kami.Kenapa ya?Aku abaikan saja mereka.Mungkin wajahku cantik sangat kot,hehe.
Selesai makan dr membayar bil makanan dan mengajak aku balik.Di dalam kereta aku hanya diamkan diri,terasa segan dengan apa yang dr lakukan padaku tadi.Menolong urut badan,selak baju aku untuk urut.Dr ada tanya di mana tempat tinggalku dan aku juga bertanya di mana dia tinggal.Rupanya dr duduk berdua di kondominium bersama kawan satu universiti dulu.
Entah kenapa aku mula menguap dalam perjalanan balik.Mataku semakin layu lalu tertidur.Kasihan dr bercakap seorang diri.Tiba-tiba dr perasan aku sudah terlelap.Puas dia kejutkan aku tapi aku tetap kejung.Nafasku turun naik.
Dr tiada pilihan,dia terpaksa pulang ke rumahnya membawa aku sama.Dr merenjis lembut wajahku dengan air.Dia menepuk lembut bahuku dan akhirnya aku sedar dalam terpinga-pinga.
"Dr,kita di mana ni?" Aku tunjuk muka mengantuk.
"Di kondominium saya.Tish tadi tertidur puas saya kejutkan.Saya juga kena balik rumah berehat,esok pagi 7 45 pagi dah masuk kerja"
Aku faham.Dalam hatiku berkata habis aku kena tidur rumah dr ke?Aku tepuk dahi.
"Tish tidur rumah saya malam ni boleh ke?Badan saya dah jem nak patah balik hantar kamu.Service grab pun sampai pukul 10 sahaja dibenarkan" ujar dr seolah tahu isi hatiku.
Aku menelefon keluargaku untuk memaklumkan malam ini aku tidur rumah kawan kerana badanku sakit tiba-tiba tak larat untuk balik.Aku rasa percaya dengan dr kerana itu aku tidak keberatan menumpang di sini.Dia seorang doktor,tak mungkin senang-senang melakukan jenayah,tentu namanya pun akan busuk silap-silap digantung kerja.
Sungguh bersih,cantik dan teratur kondo tempat tinggal dr.Tidak jemu aku menoleh kiri kanan.Sampai di unit rumah dr,aku dipersilakan masuk.Terasa masih takut dan seram.Aku seperti janggal untuk masuk.Dr menarik tanganku masuk ke dalam lalu menutup pintu.Katanya jangan risau, dia janji tak buat apa-apa.
Dr menyuruh aku tidur di biliknya kerana bilik lagi 1 kosong tiada katil,tilam atau bantal.Lagipun lantai bilik itu berhabuk kerana dahulu menjadi tempat simpanan pasu bunga.Dr akan tidur di ruang tamu.Badanku terasa peluh melekit.Aku mandi sebentar di bilik air.Nasib baik aku sejenis manusia yang sentiasa bawa keperluan diri seperti berus gigi,pencuci muka dan seluar dalam pakai buang.
Selepas segarkan diri dengan shower gel sakura bloosom aku masuk ke dalam bilik dr.Kemas juga biliknya.Ada meja kecil dan tersusun buku medik di situ.Ada pen dan buku nota.Di tepi dinding tergantung uniform doktor berwarna biru.
Tiba-tiba dr mengetuk pintu bilik.Katanya mahu menukar cadar katil dan bantal agar aku tidur lebih selesa.Cadar katil dr berbau pewangi downy.Segarnya rasa.Dr membuka almari baju lalu mengambil baju kemeja dan seluar untuk dipakai esok.Dia mahu gosok baju.
Aku rasa mengantuk semula.Mungkin kesan ubat pening tadi.Aku meminta izin dari dr untuk tidur.Kasihan pula dia tidur di sofa luar sambil berselimut.Arghh takkan nak tidur sekatil pula?
Sebelum menutup mata,aku sempat senyum manis.Hatiku berbunga-bunga dengan pertolongan dr kepadaku petang tadi.Sanggup dr ambilkan aku ubat,urutkan badanku.Aku dapat rasa seperti 1 perasaan indah.
Pagi itu aku bangun awal pagi untuk mandi dan mahu pulang.Dr juga kelihatan sedang bersiap.Dia minum segelas susu dengan 3 keping roti.Dr menjemput aku minum.Dia buatkan aku teh o panas.Kebetulan aku tidak boleh makan roti.Alergik.Aku hanya meneguk teh.Dr faham masalahku.
"Nanti cik tish sarapan di kafe pun boleh.Makan sesuatu yang boleh beri tenaga tapi jangan salah memilih makanan",kata dr sambil mengemas cawan.Aku mengangguk sahaja.
Turun dari kondominium dr,kami menuju ke tempat parkir kereta.Dr berjanji untuk menghantarku sampai hospital sahaja kemudian dia meminta aku naik grab balik ke rumah.Dr memang kesuntukan masa dengan mengharung jalan jem lagi.
Tiba di perkarangan hospital tempat dr bekerja,dr memberhentikan kereta.Dia menoleh ke arahku.
"Take care,jangan lupa makan ubat..." pesannya sambil menyentuh tanganku.
Aku pandang wajah dr,lalu dia tersenyum.Rambutnya masih basah sedikit kerana mandi pagi tadi.Terbuai sebentar hatiku apabila doktor menasihati sambil memegang tanganku.Aku tidak merasakan itu sentuhan tidak baik.Itu hanya tanda dr ingatkan aku.
"Terima kasih dr kerana telah merawat saya semalam.Saya rasa segan pula"aku berbasa-basi.
Malu menumpang tidur rumah dr secara tidak sengaja.Aku hanyalah bekas pesakitnya bukan kawan baiknya atau saudara.Dr mengangguk perlahan dan melambai tangan.Aku keluar dari kereta.Berat hati untuk meninggalkan dr.Kalau aku kembali sakit bagaimana?Fikiranku melayang-layang.
Aku perhatikan saja dr mengunci pintu kereta dan berjalan menuju ke pintu masuk.
"Dr S...." aku sengaja memanggil namanya separuh menjerit.
Dr berpaling ke arah aku.Aku melambai tangan ke arahnya."Bye dr,take care yourself,happy working" .
Dr membalas lambaian aku dan menunjuk tanda bagus.Dua orang dr lain memandangku.Mungkin tertanya siapa aku dengan dr S.Sosok tubuh dr semakin hilang ditelan lorong dalam bangunan.
Aku termangu seketika di kerusi hadapan pintu masuk.Aku tidak rasa untuk pulang ke rumah sekarang juga.Jadi apa yang patut aku buat di sini?Kalau dapat ikut dr ke dalam seronoklah juga tapi siapa aku?Aku bukan staf di situ.
Aku cuba bermain permainan dalam telefon tetapi tidak boleh fokus.Fikiranku melayang teringatkan dr.Alamak!Rindu pula,desis hatiku nakal.Hmm lambat lagi nak tunggu dr keluar rehat,mesti pukul 1.45 atau 2 petang.Sekarang baru pukul 8 pagi.
Akalku buntu.Kalau balik rumah tentu susah untuk bertemu dr semula.Semalam pun secara tidak kusangka dr sudi bertemu aku untuk memeriksa keadaanku.Itu adalah perkara yang paling bertuah aku alami.Tidak perlu daftar pesakit di kaunter pendaftaran,tunggu nombor giliran dipanggil,cek tekanan darah,nadi kemudian baru jumpa doktor.Terakhir sekali menunggu ubat.
Arghh aku tak mahu dr lain,aku hanya selesa dan serasi dgn dr S.Kalau jumpa dr lain,mungkin lain pula cara penerangan dan ubatan.Lebih baik jumpa dengan dr yang tahu sejarah medikal aku.Dia lebih faham keadaan tubuhku.
Baru 10 minit dr S hilang dari pandangan mata aku sudah rindu.Suka betul aku dengan dr itu.Apakah semua ini?Suka dengan perkhidmatan dan nasihatnya sahaja.Lain-lain ialah suka lihat penampilan,gaya dan rupa.Aku terlebih sudah.....ampun....
Aku sampai terlupa pesan doktor suruh aku jangan lewat sarapan dan makan makanan solid sebagai sarapan.Perutku mula berbunyi irama.Pedih...segera aku menuju ke kafe di hujung lalu membeli bubur dan buah potong.Dahulukan memakan buah baru bubur.Kepala aku tiba-tiba pening.Aku menelan ubat yang disarankan doktor lalu berehat sebentar di kerusi batu bawah pohon.Serta-merta aku sapu minyak angin bau lavender di sekitar kepala,tengkuk,dada dan perut.Aku mengeluh kecil.Kalaulah dr ada di sisi aku.
Tiba-tiba bunyi mesej what app masuk.Dalam hatiku berharap mesej dr S.Yes,yes,yes tak sangka dia menghantar mesej berbunyi "Tish..kamu di mana?dah sarapan dan balik?"
Tersenyum lebar aku tatkala membaca pesanan itu.Ambil berat juga dr tentang aku.Mungkin dia telah menganggap aku sebagai teman.
"Dr,saya baru habis sarapan tetapi belum balik kerana saya pening.Nak jalan pun takut"balasku.Bukan mereka cerita.
"Balik cepat ambil grab car.Take a good rest at home.Saya tak dapat hantar cik sebab tengah kerja.Ada pesakit baru admit"
Aku tergamam membaca ayat"saya tak dapat hantar cik sebab tengah kerja".
Jadi dr bermaksud jika dia punya masa,dia bolehlah hantar aku balik,begitu?Aku tersengih sendiri...dr memang ambil berat tentangku.
******************************************
Memandangkan aku masih belum mula bekerja jadi aku banyak masa di rumah,jika hendak berurusan ke mana-mana pun tiada masalah.Duduk di rumah melayan sakitku.Aku membelek leherku di cermin.
Bilakah tarikh pembedahan ya?Aku patut minta tolong dr S untuk bantu aku cepatkan kes aku.Tentu dia kenal doktor bahagian pembedahan.
Wajahku semakin cengkuk akibat kehilangan berat badan.Selera makan normal cuma berat aku bermasalah akibat masalah hormon dan gastrik.Hubungan aku dengan dr semakin mesra sejak bertemu tempoh hari.Aku tidak menggalakkannya memanggil aku cik.Rasa janggal.Panggil nama sahaja kataku tetapi aku masih memanggilnya sebagai doktor atas dasar hormatkan kerjayanya.
Dr S menjadi tempatku mengadu sakit.Setakat ini semua tips kesihatan yang dia berikan agak berkesan denganku.Cara senaman dan pemakanan serta ubat.Kadang ada juga kami mesej hal biasa selain kesihatan.Itu dapat membuat kami lebih mengenali walaupun tidaklah secara terperinci.
"Penat tak jadi doktor?Susah ke ?"
"Dr cuti hari apa sebab hari minggu pun saya tengok dr ada ?"
Itulah antara pertanyaanku.
Petang itu dr beritahu dia mahu singgah di pasaraya selepas habis waktu bekerja.Mahu belanja barang dapur dan peralatan rumah sedikit.Aku sukarela menawarkan diri untuk menemani dr.Dr bersetuju.Seronoknya aku ketika dr ambil aku di tepi jalan besar.
Aku melihat dr masih memakai uniform kerja berwarna biru yang tertera namanya di dada.Kacaknya dr,bisik hatiku.Dr bertanya khabarku hari ini adakah aku rasa lebih sihat.Kami berbual biasa-biasa sahaja.Sampai di tempat parkir kereta,dr bersahaja membuka baju uniform dan menukar dengan baju T biasa berkolar.Lelaki...apa dia kisah..senang cerita.
Kami keluar dari kereta dan jalan beriringan.Aku hari ini memakai blaus leher V dan lengan paras siku.Rambut panjangku dibiarkan lepas menambah kecomelanku.Aku pandang cermin di dinding,wajahku sudah berisi sedikit.Kami berdua naik esculator.Aku berdiri rapat dengan dr kerana risau aku hilang keseimbangan badan.Tiba-tiba dr mengenggam tapak tanganku.Cuak seketika tetapi aku relakan sahaja meskipun hatiku berdebar laju.Aku cuba lembutkan jari jemariku dengan mengenggam balas tangan dr.
"This way can help you from falling down"Dr berkata penuh santai.
Aku terasa gembira malah bahagia sekali tanganku digenggam oleh dr kesukaanku.Kami jalan beriringan menuju ke tempat tisu,penyangkut baju,sabun pencuci kain dan lain-lain kelengkapan rumah.Aku menolong memasukkan ke dalam troli.Sebelah tangan menolak troli sebelah tangan lagi memegang tanganku.
Dah macam pasangan kekasih,hatiku berbisik dan senyum bahagia di sebalik topeng muka.Ini ke perasaan dating dengan dr?Ketika kami sedang melihat rak pewangi bilik dan bertukar pendapat bau manakah yang sedap,ada beberapa orang menoleh melihat kami.
"Dr,yang ini best...bau lembut saja,tak pening kepala..saya biasa guna yang ini.."aku tunjukkan botol biru gambar cengkerang laut.Tangan kami masih berpaut antara satu sama lain.
Ada saja beberapa mata menoleh ke arah kami.Mungkin pelik melihat kami berpegangan tangan tapi aku memanggil lelaki di sebelahku dr.Hmm aku abaikan saja mereka,bukan mereka kenal kami pun.
Seterusnya kami ke bahagian fresh food.Aku mendapat tahu bahawa dr lebih suka makan di rumah berbanding di luar.Kebersihan terjaga dan dapat mengurangkan aktiviti di luar rumah ketika musim wabak.Pandaikah dr memasak?Aku pula geli hati.Jangan ketawakan orang,tak baik..aku juga sedar diri.Aku juga baru setahun ini pandai memasak.Dulu setakat nasi goreng,telur mata itu tahulah.
Dr memilih ikan segar,ayam,sayur dan buah-buahan.Dr mencapai buah berries di dalam peti sejuk.Ini untuk aku katanya.Bagus untuk dalaman badan.
Dalam pada itu dr ada bercerita makanan apa yang sesuai dan tidak untukku.Aku angguk sahaja.Selesai pembayaran kami menuju ke parkir kereta.Jam menunjukkan pukul 8.30malam.
"Tish,jom kita makan,nanti awak gastrik.."
Dr singgah di satu restoran cina berdekatan.Semuanya menu sihat,rebusan sahaja.Dr mengambilkan aku nasi panas sedikit,lebihkan sayur dan ikan.Dia meminta aku habiskan.Dia juga turut sama makan.
Selesai makan aku berkumur di bilik air restoran dan menggosok gigi.Begitulah rutin aku selepas makan.Aku tak suka nafasku berbau makanan.Kemudian aku sembur mulutku dengan pudina spray.Segar.
Rupa-rupanya dr juga berbuat sama sepertiku.Dia begitu menjaga kebersihan mulut.Hebat.Kami serupa.Aku menyerahkan duit makan kepada dr namun ditolak.Kami pulang membelah kegelapan malam.
"Saya hantar tish balik dulu ok..."
"Errr dr...saya belum nak balik lagi"pintasku cepat.
"Jadi tish nak pergi mana malam-malam ni.Waktu operasi kedai hingga jam 10 sahaja" dr tergelak kecil melihat aku.
"Kalau tish nak singgah rumah saya pun tak ada masalah.Saya kena balik simpan ikan dan sayur ini dengan segera." Dr memberikan cadangan.
Aku setuju.Aku tidak risau lagi untuk ke rumah dr.Kali pertama dahulu aku ke sana pun selamat.Aku menolong dr membimbit beberapa plastik berisi barangan ringan.Sebaik sahaja membuka pintu rumah,kelihatan seorang kawan serumah dr sedang menonton tv.Aku belum pernah melihatnya sebelum ini tetapi dr pernah beritahu.
Lelaki yang tidak berbaju itu menoleh ke arahku dan menegur dr dalam bahasa mandrin.Aku faham sedikit bahasa mandrin.Aku cuma ucapkan hello kepadanya.Aku tahu dia bertanya tentangku kepada dr.
Aku menolong dr mencuci buah dan sayuran serta lauk lalu masukkan ke dalam peti ais.Tisu pula letakkan di kabinet dapur dan tandas.Barang lain pula diletak di dalam bilik dr.Aku diamkan diri di meja makan.Kawan serumah dr tidak menghiraukan aku.Dia khusyuk menonton drama di tv.
"Saya mandi sekejap ya " dr kenyit mata memberi isyarat.
"Kalau awak segan duduk di sini boleh duduk dalam bilik saya sementara saya siap mandi" bisik dr di telingaku.
Aku segera menuju ke bilik dr dan duduk di dalam.Aku kunci pintu dari dalam.Risau juga aku kerana ada lelaki lain dalam rumah dr.10 minit berlalu ,dr mengetuk pintu biliknya dari luar dan memanggilku.Aku membuka pintu dan dr masuk.
"Tak nak keluar ke?saya nak pakai baju..hihi"kata dr.
Alamak aku pun satu,diam sahaja di sini walaupun dr sudah masuk."dr pakai saja baju,saya tak tengok pun" balasku.Aku tak selesa keluar ke ruang tamu.
Aku menekup muka semasa dr memakai baju.Selepas itu dr menarik tanganku.
"Jom saya hantar tish balik..."
Aku setuju dan mengemas rambutku depan cermin.Kawannya di ruang tamu tersenyum nakal ke arah kami,mesti dalam kepalanya lain fikiran.Padahal kami tidak berbuat apa-apa pun.
Malam itu sebelum tiba di rumah,dr memegang dan mengusap lembut tanganku lagi sekali dan memesan supaya aku jaga diri dan sihat selalu.
Aku tidak rasa dicabul pun oleh seorang dr lagipun kami sudah mula mesra.Dulu ada seorang doktor gigi berbangsa India,umur beliau kira-kira 70 tahun lebih.Dia juga selalu menyentuh lembut bahuku ketika membuat rawatan braces.Pada aku sentuhan itu hanya untuk tenangkan pesakit.Ia juga tanda keramahan di antara doktor dan pesakit.
Tiba di rumah,ibuku bertanya ke mana aku pergi hari ini kerana balik lewat malam.Aku hanya menjawab teman kawan beli barang rumah di pasaraya dan singgah sekejap di rumahnya.Ibu aku tidak lagi bertanya lebih lanjut.Aku masuk ke dalam bilikku dan bergegas mandi.
Selesai mandi aku membuka telefon dan memberitahu dr bahawa aku telah ada di rumah.
*****************************************
Kadangkala aku menghabiskan masa melepak di kedai kawanku.Memerhatikan gelagat pelanggan datang minum dan makan.Aku hanya duduk di kerusi sambil berbual dengan anak kecilnya.Petah betul budak-budak itu bercakap.Seronok melayan hilang stres.Teringat zaman aku kanak-kanak dulu.Aku juga petah bercerita.Ingatanku kuat.Apabila aku sudah dewasa dan terkena penyakit ini,aku dapati aku sukar untuk mengingati sesuatu terutama apa yang orang ceritakan.Begitu juga dengan buku cerita.Sukar untuk aku huraikan ringkasan cerita.
Jam menunjukkan pukul 6.45p.m.Sebentar lagi dr S akan balik dari kerja.Apa agaknya yang dia lakukan sekarang?Mungkin sedang menaip laporan pesakit yang masuk wad di bawah kelolaannya hari ini.Terasa rindu menusuk hatiku.Rasa tidak puas berjumpa semalam.Dalam waktu dr bekerja,jarang dia dapat membalas mesej.Dulu ketika aku masuk wad pun aku tak pernah lihat dr S belek telefon.Dia fokus pada pesakit dan laporan sahaja.
Aku merenung awan yang semakin kelabu menandakan langit sudah mula berlabuh menginjak malam.Tanganku menaip sesuatu di telefon.
"Hi dr,dah habis kerja?Hati-hati ok".Mesej itu dihantar kepada dr S.
Pukul 9 pm barulah mesejku dibalas."I baru sampai rumah.Baru lepas makan malam"
Mungkin dr memasak sendiri selama 40minit di dapur.
"Dr...i miss u..." aku cuba menaip begini tetapi aku padam semula.Rasa janggal pula mesej rindu-rindu orang ni.Risau dr tak selesa.Ingat aku jatuh hati dengan dia pula.
"Mesti sedap masakan dr,masak apa tu..rindu nak datang rumah dr,tenang saja di sana๐" balasku berbasa-basi.
"I masak ikan stim limau dengan sayur parkchoy malam ni,kalau rindu datanglah sini..hehehe๐" balas dr S.
Aku terasa seperti ingin melompat.Wah,ada sambutan dari dr.Hatiku berbunga riang.Kalau dekat,sekarang juga aku pergi.Rindu nak tatap wajah dr.Nasib aku ada rupa juga,kalau tak ada rupa langsung dr pun tak berminat agaknya nak melayan.Lagipun karakter aku mudah disenangi orang.Aku senang bergaul dan peramah juga.Kalau datang gila-gila aku,dr pun boleh ting tong layan aku.
"Lain kalilah dr,hari ni saya berada di tempat lain.."
"Oh dengan bf ke tu?"soal dr S.
Aku tergamam sebentar.Dr menebak soalan emas."Mana ada bf,dekat kedai member saja"
Dr tidak lagi membalas mesejku.Jadi aku diamkan diri sahaja.Dr pun bukan suka mesej panjang-panjang.Hanya bila perlu dia akan jawab.Bukan seperti mesej dengan budak-budak umur 21 tahun,dari pagi hingga malam tak berhenti.
Esok pagi aku bangun mandi dan sarapan kemudian menelan ubat sakitku.Jam menunjukkan pukul 7.40am.Dalam fikiranku,mungkin dr sudah sampai ke tempat kerja.Tapi kenapa dia masih belum respon mesejku yang semalam ya selepas aku katakan yang aku tiada bf.Aku menunggu sms dr hingga petang.Dalam fikiran pelbagai kesimpulan aku buat.Mungkin dr anggap aku cuba mengoratnya kerana aku tiada bf,mungkin dr tak mahu lagi melayanku,mungkin dr anggap aku tak lebih dari pesakit...arhhhhh...air mataku mula mengalir deras.Aku dihambat satu emosi sedih dan duka.
Aku cuba bertenang dan membuka muzik jenis soothing hingga terlelap di pembaringan.Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi panggilan telefon.Mataku bulat melihat panggilan dari dr S.
"Hello dr S..." aku cuba lembutkan suara supaya bunyi ceria.
"Hii tish...I baru habis kerja.U di mana tu jom kita keluar makan nak?"suara dr S jelas di telingaku.
Gembira bukan kepalang aku diperlawa.
"Saya di rumah,ok boleh dr sekarang saya bersiap!" Aku membalas gembira.Ini peluang untuk aku jumpa dr.
"Kalau nak tidur rumah i pun boleh,esok i cuti.Bawa baju extra ok"pesan dr.
Melonjak riang hatiku.Banyak perkara untuk aku bualkan dengan dr apabila berjumpa nanti.Aku bawa sedikit pakaian dalam beg.Bergegas mandi sabun badan dan mekap nipis sahaja.
Ibu aku menegur hendak ke mana waktu senja begini.Aku bilang mahu keluar makan dengan kawan hari itu dan esok baru balik.Ibu cuma bertanya lokasi rumah kawanku itu.
Aku pakai baju menarik walaupun sudah malam,biar nampak indah di mata dr.Aku memakai baju lengan pendek dan fesyen koyak di bahu sedikit.Seluar jeans skinny ikut bentuk kaki.Aku semburkan perfume mahal di leher dan pergelangan nadi tangan.
Rambutku di ikat tinggi dan aku memakai anting-anting labuh ala korea.Padaku gaya ini simple sahaja.Ketika melangkah masuk ke dalam kereta dr S,aku duduk dengan cermat.Dr S menoleh aku 2x.
"Cantik tish malam ini,wangi pula tu..kalau dapat peluk mesti best..."puji dr S sambil mengusikku.
Aku tersenyum malu tapi dalam hati mekar bagai bunga di taman.Dr membawa aku ke satu restoran makanan laut yang dilimpahi cahaya lampu kekuningan.Kelihatan romantik pula.Keluar dari kereta,dr memegang erat tanganku membawa aku masuk ke dalam restoran.Malam ini agak meriah,12 meja sudah penuh dengan pelanggan tapi masih mengamalkan sop.Mungkin ada jamuan syarikat.
Dr terus memimpin tanganku menuju ke meja makan yang telah ditempah petang tadi.Kemudian datang seorang waitress mengambil order.Dr S bertutur dalam bahasa mandarin.Beberapa waitress perempuan di situ berborak sambil memandang ke arah kami.Entah kenapa.
Aku diam sahaja memerhati keadaan sekeliling yang bising dengan suara pelanggan.Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah meja makan kami.Rupanya kawan dr S.Merekaberbual ringkas dan lelaki itupun beredar.
Menu yang dipesan telah sampai.Aku tidak makan makanan laut kerana alergik.Aku cuma jamah seketul dua.Aku hanya makan makanan bersumberkan sayuran.Tiba-tiba aku tersedak kerana makan laju.Aku lapar sebenarnya.Dr menepuk belakangku dan meminta waiter air suam.Akhirnya lega.Aku jadi begini memandangkan bengkak di leherku juga.
Selesai makan,seperti biasa aku ke bilik air mencuci mulut dan gigi.Kemudian kami berdua masuk dalam kereta.Dr bertanya adakah makanan di restoran tadi sedap ?Aku kata bolehlah.Aku tidak tahan melawan renungan mata dr.Cepat-cepat aku alihkan mata.
"Dr ni suka tenung saya...malu.." kataku sambil tersenyum segan.
"Mata u cantik tish...ada sinar di dalam" balas dr.
Merah sebentar pipiku menahan malu.Dr ini romantik pula malam-malam ni.Selepas itu juga lagu My Everything diputarkan radio kereta.Rasa seperti pasangan kekasih pula.
Kereta dr menuju jalan ke kondominium miliknya.Katanya kawan serumahnya tiada malam ini dan esok.Lega hatiku.
"Tish ok ke datang rumah saya ni?Saya tak memaksa pun,kalau sudi sila lepak.Boleh berbual panjang...esok saya cuti" kata dr sambil membetulkan cermin matanya.
Aku lagi suka dapat dekat dengan dr,siapa pula yang tak sudi.
"Saya ok saja dr...seronok lepak sini "jawabku
Kami jalan beriringan menuju lif.Dr memeluk bahuku pula risau aku terjatuh.Dr tahu aku masih ada simptom vertigo.Perlu perhatian darinya.Aku tidak rasa kekok lagi apabila dr menyentuh tubuhku kerana aku rasakan itu satu perlindungan.
Sampai di depan pintu rumah,dr melepaskan pelukan bahuku.Dia menjemput aku masuk dan duduk di ruang tamu sebentar.Dr masuk ke dalam biliknya menukar cadar katil dan memberiku bantal baru.Dr menyuruh aku berehat di dalam biliknya.
Dr S mandi di bilik air.Aku masih lagi di sofa ruang tamu menonton tv.Cerita masakan dari barat.Dr keluar dari bilik air.Rambutnya masih basah.Dia masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu.5 minit kemudian dia keluar dengan siap berbaju.Tualanya di sidai di balkoni.
"Tish,kalau nak mandi pun boleh.Ada pemanas air di bilik air" kata dr.
Aku menuju ke bilik air untuk mencuci mekap dan menyiram badan sekejap.Selesai urusan aku masuk ke dalam bilik dr.Aku memakai baju tidur.Kemudian dr mengetuk pintu.
"U tidur bilik i malam ni.I tidur luar" ujar dr.
Entah kenapa aku simpati kpd dr.Ini biliknya tapi aku menyibuk.Aku masih berbaring atas katil.Setengah jam kemudian terdengar bunyi guruh dan hujan lebat.Dr menutup tv dan tidur berselimut.
Aku betul-betul tidak sampai hati melihat dr merengkok kesejukan di ruang tamu.Aku mengejutkannya bangun agar tidur di dalam bilik.Aku sudah tidak kisah tidur sekatil.Dr sudah banyak buat baik denganku.
"Nevermind i boleh tidur di sini..kenapa takut tidur seorang?" Sempat lagi dr mengusik.
Aku terpaksa angguk dan menarik tangan dr agar bangun.Akhirnya dia mengalah dan tidur di dalam bilik.Lampu bilik dr bercahaya suram kuning.Air cond juga di pasang supaya selesa.Tiba-tiba tangan dr memeluk pinggangku.Aku tersentak tetapi tidak menolak tangannya.Aku perhatikan dr sudah menutup mata.Dia nampak letih sekali.Fikirannya mungkin terbeban dengan banyak kerja di hospital.
Aku fikir dr mungkin sunyi sebab itu dia mengajak aku datang ke rumahnya.Aku juga tidak pernah bertanya status dr.Pada aku,aku malas ambil tahu urusan peribadi seseorang.Kalau dr sudah beristeri tak mungkin dia mengajak aku ke rumahnya.Entahlah...
Aku tiada niat yang tidak elok dengan dr,dan aku tahu dr juga tiada niat tak elok.Apabila dr telah lena,aku bangun perlahan-lahan keluar dari bilik lalu tidur di ruang tamu.Aku hamparkan comforter sebagai alas dan tidur.Rasa lebih lapang dan selesa.Aku biarkan dr tidur di biliknya.Kasihan dia mesti penat bekerja dan melayan kerenah pesakit dalam wad.
Hujan mula renyai-renyai di luar.Sejuk membaluti diriku.Aku suka sejuk.Aku juga tidak perlukan selimut untuk membalut tubuhku.Nanti aku akan cepat berpeluh.Sejak aku terkena sakit tiroid badanku tak pernah rasa sejuk,panas selalu.Aku tutup lampu di ruang tamu dan hanya membuka lampu dapur.Cahaya lampu dapur sipi-sipi menembus ke ruang tamu.
Dengan lafaz doa aku menutup mata.Kemudian terlena.Malam itu aku terjaga beberapa kali entah kenapa.Mungkin tidak selesa tidur di tempat baru.Malam itu aku bermimpi dr hadiahkan aku sejambak bunga ros.Mimpi oh mimpi...
Pagi itu aku bangun awal.Aku capai tuala di dalam bilik bersama baju.Aku terus mandi bersihkan diri.Segarnya mandi pagi.Memandangkan dr tidak bekerja hari ini maka aku mengintai ke dapur.Ada beberapa bahan yang bolehku masak.Aku masak kueteow goreng.Aku bakar 3 keping roti sapu butter dan siapkan air teh panas.
Dr S tetap bangun awal pagi walaupun di hari cuti.Disiplin awal waktu tetap dijaga.Selepas dr mandi dan bersiap,aku menghidangkan kueteow di atas meja makan.Aku letakkan roti bakar,teh panas dan potongan buah pear.
"Siapa yang masak ni bau sedapnya..."puji dr.
"Ada orang gaji baru di rumah dr ...."sengaja aku bergurau
"Saya tak suruh pun u masak,saya suruh u datang lepak sahaja...rajin sangat dah ni"omel dr S.
"Saya sengaja nak bagi dr rasa masakan saya..mana tahu boleh...." ayatku tergantung di situ sahaja.Selebihnya tersangkut di tekak.
Dr tergelak.Dia duduk dan merasa masakan aku.Kemudian dia sentuh sekeping roti.Dr memuji kueteow aku sedap cukup rasa.Gembira sungguh aku dipuji oleh dr kesukaanku.
Aku turut mengalas perut dengan buah pear dahulu kemudian barulah kueteow.
Selesai sarapan aku menelan ubat.Kami berdua menonton tv.Rancangan tidak menarik pagi ini.Aku menutup tv kerana bosan jadi aku berbual dengan dr.Aku tanya dr belajar di mana dulu,asal dari mana dan sudah berapa lama kerja di bidang kedoktoran.Dr rajin bercerita dan tidak lokek.Aku menahan getar di dalam dada.Getar kali ini tidaklah sehebat pertama kali berjumpa.Kini aku sudah boleh rilek sedikit.Hari ini kami hanya duduk di rumah.Petang itu dr mengajak aku ke gimnasium di aras 5 kondominium.
Patutlah tubuh dr cantik ada bentuk.Rajin ke gim.
Aku menurut sahaja tanpa soal.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.