Tuesday, 30 November 2021

Tiada manusia yang tiada masalah hidup

 Dalam hidup ini semua manusia ada masalah hidup tersendiri.Tiada seorang pun yang tak ada masalah dalam hidup meskipun dia kaya,berharta,berpangkat dan berjaya.Pasti akan ada masalah menimpa sama ada kecil atau besar.Jangan tertipu dengan luaran seseorang.

Kadang kita nampak seseorang itu ada paras rupa dan harta tentu terdetik di hati kita
"alangkah beruntungnya dia memiliki segalanya".
"Wah seronoknya jadi anak datuk,semua benda dapat...duit bermewah-mewah"

Kita mula membandingkan diri kita yang susah kais pagi makan pagi/kerja siang malam tetapi gaji hanya cukup-cukup makan sahaja.Rumah pun hanya rumah sewa,rupa paras pun tak menarik mana.Kalau jadi anak orang kaya makan 7 keturunan pun tak habis apatah lagi jadi kerabat raja lagilah beruntung.Ada pula fikiran lain muncul.Kalau cantik/tampan cukup pakej pasti hidup kita sudah senang lenang dilamar menjadi model atau artis terkemuka bukan?Hidup dilimpahi populariti dan mendapat sanjungan manusia.Itu telahan kita.Telahan yang tidak berasas dan singkat cara berfikir.Kalaulah semudah itu hidup ini tiadalah orang menderita.

Apa kau sangka orang kaya,berpangkat dan ada darjat serta menjadi orang terkenal itu tiada masalah?Sejauh mana kau kenal dengan mereka?Hanya sekadar lihat mereka dari luaran menayang kemewahan mereka apakah berasas untuk kau simpulkan bahawa mereka hidup bahagia senang lenang?Jangan..jangan..jangan menilai orang dari kulitnya sahaja kena kupas isi di dalam baru tahu manis/masam.

Orang cantik/tampan pergi ke mana-mana pun mendapat tempat di hati manusia.Sanjungan dan pujian sudah tentu tetapi jangan tak tahu di sebalik kecantikan itu mungkin ada penyakit yang dia sembunyikan.Dalam diam dia menanggung kesakitan berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan doktor.Mungkin juga kecantikan yang nampak diluar itu tersembunyi seribu penderitaan di dalam hati seperti sering disakiti,dikhianati,difitnah,dicemburui oleh manusia lain yang berpenyakit hati.Orang kaya juga sama.Di sebalik kejayaan mereka menjadi orang kaya,jalan yang dilalui penuh onak duri sebelum menjadi kaya.Mungkin dikhianati dalam urusan perniagaan,mengalami kerugian,diancam oleh orang yang tidak senang hati.Bila harta sudah menimbun jiwa mereka semakin sempit bukan bahagia.Kenapa ya?Ini kerana kebimbangan mula bersarang dalam hati akan kehilangan harta-harta mereka.Tidur malam pun tak lena.Esok pagi mula sibuk memikirkan cara untuk menambah lagi kekayaan.Nafsu itu tak akan pernah puas.Maka terikat menjadi hamba wang.

Ada kawan saya dahulu di zaman sekolah.Dia datang dari keluarga senang.Ayahnya bekerja sebagai pegawai di syarikat petroleum dengan gaji rm 16 000 sebulan tahun 2002.Bayangkan gaji ayahnya begitu besar pada zaman itu.Bagi saya dialah orang paling beruntung sedangkan kami semua datang dari keluarga biasa sahaja malah ada juga yang susah.Dia duduk di banglo dua tingkat tidak jauh dari sekolah.Pernah masuk ke dalam rumahnya.Rumahnya agak luas dan berkonsepkan rumah Inggeris.Susun atur perabot juga menarik.Sepanjang laluan tangga untuk naik ke biliknya dihiasi gambar ibu,ayah dan abangnya melancong ke luar negara.Dalam hati saya terdetik alangkah untungnya kawan saya itu.Kawan saya tidak berlagak,dia cukup sederhana dan berbudi bahasa.Mungkin hasil didikan neneknya di kampung kerana dia membesar di kampung.Dipendekkan cerita baru saya tahu dia tidak pernah bahagia dengan kekayaan ibu ayahnya.Dia selalu rasa tersisih kerana ibu ayahnya pilih kasih dan lebih sayangkan abang sulungnya.Ibunya juga sering bertengkar dengan ayahnya kerana masalah suami isteri.Itulah kadang kita tak tahu masalah dalaman orang hanya kerana menilai luaran sahaja.Jangan sangka kaya itu bahagia,berpangkat,cantik/tampan itu beruntung.

Kita hidup berkeluarga,bermasyarakat dan bersosial setiap hari.Pasti akan ada ujian hidup dan cabaran untuk ditempuh.Contohnya selalu dibuli oleh rakan,masalah tempat kerja sesama staf lain/orang atasan,diperlekehkan oleh manusia lain kerana kekurangan diri kita,diumpat,difitnah dan dilempar kata-kata tidak enak oleh orang keliling.Disakiti oleh insan yang kita percaya dan sayang.Kadang-kadang ahli keluarga sendiri menentang kita kerana perbezaan pendapat.Yang lagi sedih dipinggirkan keluarga sendiri angkara mulut sesama ahli keluarga.Jadilah keluarga berpecah belah dan tidak muafakat.Hinggakan ada sakit/kematian pun tidak nampak batang hidung kerana dirasuk kebenciaan.Jika anda harus menegakkan kebenaran diri anda maka ayuh bersuara.Jika masih belum berhasil memperbetulkan keadaan maka mengalahlah demi ketenangan hidup.Bersikap tegaslah dalam hidup.Berani berkata ya atau tidak dalam membuat keputusan baru kita tidak mudah dijajah oleh manusia diktator.


Tak guna bergaduh berlebihan kerana mengundang sengketa yang tiada penghujung.Serahlah diri kepada Yang Maha Kuasa terlebih dahulu,mohon petunjuk.Mengadulah kepada Allah berbanding mengadu kepada manusia.Manusia hanya mampu mendengar tetapi kita tak tahu di belakang mungkin cerita kita dijaja bagai pisang goreng panas.Kalau hendak meluahkan juga carilah manusia yang siddiq (benar) dan amanah yang boleh menjaga rahsia kita dan tahu cara membantu kita. Serahlah kepada Allah semoga Allah zahirkan pertolongan melalui insan tersebut.

Itu lumrah kehidupan kerana manusia bukan sempurna.Ada sisi putih dan hitam dalam diri mereka kerana manusia hidup dengan nafsu.Nafsu baik dan nafsu jahat.Kita ada 6 peringkat nafsu.Kebanyakan manusia berada di tahap nafsu baik dan jahat sama rata.Untuk mencapai nafsu mutmainnah (tenang) itu bukan mudah.Bila sampai ke tahap nafsu mutmainnah itu anda tidak akan sesekali berbuat kerosakan dan keburukan atas muka bumi ini kerana hanya Allah yang dituju.

Jika selalu manis sahaja maka hidup ini tiada perisa.Seperti juga apa yang kita makan,jika hanya manis sahaja muak juga.Kena ada kepelbagaian rasa barulah nikmat.Langit tidak selalunya cerah pasti ada mendung menyapa.Bumi juga tidak selalu panas pasti ada hujan menimpa.


Apa jua masalah hidup kita,saya tak mahu panggil masalah.Kita sebut sebagai cabaran.Singkapi apa jua cabaran hidup kita sama ada cabaran dengan diri sendiri,cabaran dalam keluarga,cabaran di tempat kerja dan apa jua hendaklah kita pandang dari sudut positif.Jangan sesekali pandang negatif kerana ia akan melemahkan diri sendiri.Anggap sahaja cabaran itu hadir untuk mengajar kita menjadi orang lebih baik,menambah nilai kesabaran dan keikhlasan dalam hidup.Bukankah Allah telah berfirman ujian yang didatangkan itu tidak lain tidak bukan untuk menaikkan darjat kita jika kita ikhlas melaluinya.Kalau kita merungut 24jam,seminggu,sebulan sampai bertahun-tahun itu bukan sabar namanya.Sabar itu bermaksud menerima ujian itu dengan hati terbuka kemudian cari solusi/jalan penyelesaian.

Bertenang dan senyumlah.....


Saturday, 20 November 2021

Aku rasa tenang dan bahagia

 Sejak aku mengenal serba sedikit apa itu ilmu mentauhidkan Allah,di hati ini hilang kegusaran sedikit demi sedikit.Aku tak lagi resah gelisah dgn perkara dunia.Aku hanya mahu kembali kepada Allah dengan hati yang hidup dengan mengenal diri,mengenal Allah dan Nabi Muhammad.

Aku masih belajar mengurangkan duniawi iaitu hawa nafsu berupa makan berlebihan,keinginan kepada sesuatu itu dan ini.Aku juga belajar membuang harapan berlebihan terhadap manusia.Hanya Allah yang aku tuju dan bergantung harap bukan makhluk.Dengan itu aku lebih lapang di hati.Sekarang ini aku juga kurang bercakap berlebihan tentang perkara yang tidak menguntungkan aku.Aku banyak berdiam diri dan tauhidkan itu perbuatanNya.

Maka hilang marah,benci,dendam dan sakit hati.Semua ada hikmah aku terkena cobid awal tahun dan balik kg-kini masih belum bekerja.Aku berasa seronok duduk di rumah.Terasa masa berlalu dengan gembira semenjak aku belajar kalam tauhid.Aku juga tidak berminat lagi menelefon manusia untuk meluahkan isi hati dan masalah.Semua itu mengundang dosa sedar tak sedar akan membicarakan perihal org.

Aku tidak lagi berminat mendengar lagu-lagu melalaikan.Aku lebih suka mendengar sesuatu yg bermanfaat.Aku juga masih dalam proses mengajar diri agar sabar dan kurangkan bergantung dengan manusia.Sememangnya manusia itu banyak membuat manusia sakit kepala dengan pelbagai ragam.Baik menyendiri bersama Allah sahaja.

Semua yang berlaku ada hikmah.Tiada yg sia-sia.Allah tak izinkan aku bekerja juga ada kebaikannya di sini.Aku memandang semuanya dari sudut hikmah.Aku nikmati dan lalui saja hari-hariku dengan kesyukuran.Seronok rupanya jauh dari ragam manusia.Aku tiada masalah jika manusia ingin menjauh dariku pasti ada jalan kebaikan.Siapa nak pergi aku dah tak kisah.Aku hanya bahagia dengan Allah.Selama ini Allah yg banyak jaga aku bukan manusia.Sakit juga 1 hikmah.


Friday, 19 November 2021

Tiada apa yang berharga selain mentauhidkan Allah

 Aku bersyukur sekali telah lama aku mencari ilmu ini. dahulunya aku telah diberi bunga-bunga ilmu cuma susah lekat di hati kerana belum bertemu guru yang benar.

Kini jalanku menjadi mudah kerana dipertemukan dengan guru.Hilang kesemua keresahan hidup yang menghantui selama ini sejak aku pegang kalam tauhid.Mentauhidkan semua perbuatan Allah.Memegang diri ini tiada daya upaya selain perbuatan Allah.Memandang kezahiran diri.

Ilmu solat,ilmu zikir,ilmu azan.Sebelum ini aku perlakukan tanpa ada ilmu.Sekarang merasa ada penyerahan diri kpd Allah

Aku masih belajar.Masih jauh untuk ku tempuh jalan yang benar ini.Ibarat aku mendapat segunung emas betapa beruntungnya aku malah jauh lebih untung dari segunung emas.Allah telah makbulkan doaku selama ini yg meminta agar didekatkan aku dengan Allah dan Rasulullah.Allah Maha Baik meskipun aku banyak khilaf.

Aku berasa tenang bila memandang semua baik buruk itu adalah perbuatan Allah.Bunyinya mudah tapi pengamalannya mengambil masa.Moga aku istikamah.Aku masih dlm proses mensucikan akal dan hati.Semoga Allah redha.

Monday, 15 November 2021

Bawal Aidijuma by Norjuma Habib

 Skaf Bawal aidijuma ini terkenal sekitar tahun 2012-2016.Jenama Aidijuma bertapak sekitar tahun 2012.Pengasasnya ialah Datin Norjuma Habib Mohamed,seorang wanita ayu jelita yang pernah menjadi pengacara rancangan Nona di tv3 suatu ketika dahulu.


Kebiasaannya tudong bawal kosong yang ada hanya batu dan berkerawang sahaja. tapi Aidijuma telah melakar sejarah membuat tudong bawal bercorak menarik daripada corak flora,menara paris,basikal,haiwan comel,makanan dan lain-lain yang unik.Ada bawal full print,2 ton warna,3 ton warna + corak

Bawal Aidijuma di datangkan dengan 4 jenis label iaitu;

Label putih (harga paling murah rm8-rm 15)
Label biru
Label hijau
Label gold (akan diberi secara percuma kepada agent sempena hari lahir Datin Norjuma)
Label hitam (harga paling mahal rm35)
*ini mengikut hasil pembacaan aku dari sumber tertentu.Mungkin label ini adalah perbezaan dari segi corak, kain dan harga


Kini tahun 2021,bawal Aidijuma masih lagi mendapat tempat di hati peminat kerana ianya pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu.cuma banyak jenama tudung baru yang timbul bagai cendawan.Dengan adanya bawal aidijuma,bawal ini menjadi tarikan baru dengan pelbagai jenis corak menarik,funky dan meriah.Yang bestnya Norjuma sendiri menjadi model bagi setiap produk aidijuma.

comel betul corak muffin ni kalau kena dgn wajah

Nak dijadikan cerita kenapa saya menulis tentang AJ ni kerana beberapa bulan lalu saya ada berjumpa seorang kawan lama yang suka pakai tudong bercorak kanak-kanak dan funky.Saya tertanya-tanya dalam hati macam pernah ku lihat corak tudong ini tapi di mana ya?Dari situ saya dapat idea untuk cari tahu tentang AJ ni.Inilah bawal corak telur gambar patung yang dia pakai,haha macam budak-budak kan coraknya.Tengok kawan aku pakai nampak kepam je dengan rambut terkeluar tak pakai anak, tudong dia pula berbulu-bulu entah dia sental pakai dawai agaknya.Tahulah design ni keluar tahun 2013 lagi.(komen ikhlas tak sorok-sorok kan?)


Antara corak aidijuma adalah gambar menara paris,kepala kucing comel,muffin,ais krim dan pelbagai lagi corak riang ria dengan warna yang terang berwarna-warni.Kemudian Datin Norjuma ada keluarkan edisi bawal 2-3 tone warna corak abstrak,batik dan songket.Siapa yang pakai aidijuma ni pasti nampak comel macam budak sekolah/uni.Pergi kerja kurang sesuai corak funky begini.

Aku masih ingat tahun 2013 sewaktu aku kerja di pejabat dahulu,ada seorang rakan sekerja aku ni sibuk dengan skaf aidijuma.Dia dapat info pun melalui fb group.Dia juga ada 2-3 helai bawal aidijuma ni.Nampak comel bila dia pakai sebab kulitnya cerah.Terus nampak muda 5 tahun gitu.Dia beli corak paris kepala kucing hitam dan bunga biru macam corak alas meja.Sebelum ni rakan sekerja aku ni suka pakai jenis kain lycra owning keras tu.Pada aku nampak simple dan kemas.Tak ada istilah nampak makcik pun asalkan awak selesa dan yakin.Tak perlu gosok-gosok.Mudah dan senang hidup.





*Inilah corak kawan aku pakai tu.Aku masih ingat coraknya walaupun dah lebih 7 tahun lalu punya cerita.Corak bunga kotak-kotak itu buat alas meja pun cantik hihiii...entahlah aku kurang berminat design menyerlah macam ni.

Skaf aidijuma ini warnanya betul-betul colour blocking.Kalau kulit kau gelap dan kusam memang out dan kepam muka kau bila pakai.Kalau D.Norjuma yang pakai semuanya nampak comel dan manis.Bubuh kain buruk pun tetap lawa.Aku bukanlah peminat tegar koleksi aidijuma ni mungkin banyak lagi design menarik cuma aku saja tak ambil tahu.Aku juga bukan fully menutup aurat,on off gitu.Kalau kerja saja aku pakai untuk tampak kemas sesuai dengan baju kurung yang aku pakai.Biasanya aku akan cari shawl panjang kain voile polyester lilit itu,sesuai dengan muka aku.Shawl bercorak abstrak/kosong,pakai pun rasa sejuk,selesa dan lekat di kepala.Aku beli yang murah-murah sahaja di Muaz Textile Jalan Tunku Abdul Rahman.Harga bermula dari rm 3.80-rm 5.

Tak perlu mahal-mahal tetap juga elok dan cantik dipandang.Yang penting sesuai dengan wajah.Pattern bawal buat muka aku nampak semakin bulat.Serius aku tak pandai berhijap sangat.



Butik Aidijuma di Jalan TAR telah ditutup secara rasmi pada tahun 2020.Sepanjang aku melilau di Jalan Tar berpuluh kali,tak pernah sekalipun aku masuk butik aidijuma ni.Alahai rasa menyesal pula sekarang semua butik Aidijuma dah tak ada (ditutup).Bukan apa,butik ini nampak standard,aku takut mahal dan orang kurang masuk jadi aku segan.Boleh ke cakap begitu?Tak boleh bongkar-bongkar macam kedai Muaz textile yang murah tu..hahaha~~~






Design kamera

Antara koleksi design aidijuma.Sebenarnya banyak lagi ratusan design.

Corak kucing sedang tidur itu comel dipakai oleh kanak-kanak.Orang dewasa jangan buang tabiat haha mahu kena gelak :P...corak tulisan khat itu bagi aku tak lawa.Jarang orang beli.

Corak paris basikal ni pada aku meriah dan funky.Hanya menggunakan 2 ton warna dan tidak semak 

design yang comel sangat2.Adik-adik pakai memang comel









Corak-corak AJ di atas aku cedok dari blog dan item preloved untuk dijual.AJ memang laku keras sekalipun dijual secara preloved.Harga pun boleh tahan walaupun design lama ianya masih panas.

Entah angin apa yang merasuk aku,tiba-tiba saja terminat tudong bawal AJ tanpa sengaja walaupun terlambat.Aku mula mencari-cari item preloved di internet.Siang malam aku scroll corak-corak pilihan hati.Aku suka sebab nampak cute.

Koleksi AJ lama sudah tidak dikeluarkan lagi,hanya dijual semasa release sahaja.Kalau nak juga carilah yang preloved(terpakai).Banyak iklan di fb,shopee,lazada,courasell.Ada banyak sahaja edisi AJ lama dijual dengan harga murah hingga mahal.Pandai-pandai pilih.Jangan terpedaya dengan sesetengah seller yang kata tudong ni kondisi masih baru dan baru guna 1-2x.Minta dia hantar gambar keseluruhan tudong kalau boleh.Saya dah terkena dengan seorang seller AJ di shopee.Konon preloved masih baru,tiada kesan pin berlubang-lubang.Bila sampai barang,alangkah kecewanya saya.Tudong AJ paris love tu cantik dah tapi penuh bulu kucing,kesan berlubang-lubang pin,kesan benang tertarik.Nampak jelas,bukan sikit.Harga RM 8,pos RM 4.60.Tak berbaloi.Jual RM 2 pun belum tentu saya nak.


berlubang penuh dan benang tertarik


Baik saya terus beli AJ yang baru.Harga boleh dapat RM 8.90-RM 12 cuma design itu memang tak adalah.Masih ada beberapa seller preloved lain yg offer AJ corak menarik tapi saya rasa serik.Takut pisang berbuah 2x.Dalam gambar bukan main cantik dia susun nampak sempurna,

Di bawah ini adalah gambar kenangan  majlis ulang tahun ke 5 aidijuma di sebuah ibu kota.Datin Norjuma memakai corak leopard,cantik dan kena dengan baju putihnya.



Norjuma sewaktu pelancaran AJ 


Ketika ditemuramah oleh wartawan majalah Hijabista,Norjuma dalam majlis itu turut menjelaskan kehidupan peribadinya sangat memuaskan dan tak perlu ditunjukkan kepada orang lain.

"Kehidupan saya sebenarnya cukup ringkas dan melakukan apa yang saya perlu sahaja.Saya tiada media sosial.Bagi saya tak perlu pun dan saya ok saja.Malah bagi saya tiada akaun media sosial itu adalah satu kelebihan".

"Saya tidak berminat beritahu orang asing apa yang saya buat.Hari ini saya pakai kasut harga berapa,esok harga berapa dan lusa tak pakai kasut.Saya syukur dengan kehidupan saya hari ini.Tak perlu berselfie di dinding media sosial untuk tunjuk pada semua orang"tambahnya lagi akaun media sosialnya hanya semata-mata untuk mempromosi jenama produknya sahaja.

Kenyataan di atas sengaja saya highlight/tekankan kerana saya sangat bersetuju dengan petikan kata-kata Datin Norjuma itu.Tak perlu akaun media sosial untuk tunjuk kepada semua orang apa yang kita buat kerana saya pun tiada akaun media sosial.Tak minat!.Ianya memenatkan semata-mata untuk mencari pujian dan penghargaan orang.Salah tulis/kongsi status pun akan dianggap serong oleh mata-mata lalat yang gemar mencari kebusukan orang.Baik hidup aman-aman sahaja tulis blog sebagai anoymous.
********************************************************************************

Ini adalah koleksi terbaru Aidijuma 2020/2021.Saya yang tak pernah terjebak mula terminat tanpa sengaja untuk beli dan mencuba.Tengok datin yang jadi modelnya nak merasa juga jadi comel macam datin ahahah :) Aku beli 4 helai di shopee.Dapat harga diskaun pula tu kesemuanya Rm 28.90.Murah~

Aku ada corak paris pink ni.aku rasa comel dan warnanya pink lembut.Muka terus nampak muda (perasan) :P...serius kain bawal AJ ni senang bentuk dan tak lembik.Selesa beb

Alahai datin nampak macam pelajar uni pakai bawal maroon ala shawl ni...

Corak kekotak pun aku ada beli



Koleksi Aidijuma Rukun Negara


Corak geometri berwarna-warni inipun saya beli.Entahlah rasa pelik dengan muka ,sob sob sob :(
Mungkin muka saya nampak aneh sebab baru nak cuba bertudong.Tengok kerabat diraja Brunei pun kemas dan cantik dengan hanya berbawal sahaja.


*Saya ada beli bawal AJ black label corak patung item preloved di shopee.alhamdulillah kondisi 9/10.Tak berbulu,tak ada benang tertarik,minima kesan pin.Tiba-tiba jadi obses buru bawal AJ sebab nampak comel-comel saja coraknya boleh bajet diri kanak-kanak ribena,opsss heheheee

*Setakat ini saya ada 17 koleksi bawal AJ.Dalam masa 2 minggu saya kumpul item preloved dan baru.Bab membazir nombor 1 kan bukannya pakai selalu tudong.Pakai ikut mood *_*

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...