Sejak aku mengenal serba sedikit apa itu ilmu mentauhidkan Allah,di hati ini hilang kegusaran sedikit demi sedikit.Aku tak lagi resah gelisah dgn perkara dunia.Aku hanya mahu kembali kepada Allah dengan hati yang hidup dengan mengenal diri,mengenal Allah dan Nabi Muhammad.
Aku masih belajar mengurangkan duniawi iaitu hawa nafsu berupa makan berlebihan,keinginan kepada sesuatu itu dan ini.Aku juga belajar membuang harapan berlebihan terhadap manusia.Hanya Allah yang aku tuju dan bergantung harap bukan makhluk.Dengan itu aku lebih lapang di hati.Sekarang ini aku juga kurang bercakap berlebihan tentang perkara yang tidak menguntungkan aku.Aku banyak berdiam diri dan tauhidkan itu perbuatanNya.
Maka hilang marah,benci,dendam dan sakit hati.Semua ada hikmah aku terkena cobid awal tahun dan balik kg-kini masih belum bekerja.Aku berasa seronok duduk di rumah.Terasa masa berlalu dengan gembira semenjak aku belajar kalam tauhid.Aku juga tidak berminat lagi menelefon manusia untuk meluahkan isi hati dan masalah.Semua itu mengundang dosa sedar tak sedar akan membicarakan perihal org.
Aku tidak lagi berminat mendengar lagu-lagu melalaikan.Aku lebih suka mendengar sesuatu yg bermanfaat.Aku juga masih dalam proses mengajar diri agar sabar dan kurangkan bergantung dengan manusia.Sememangnya manusia itu banyak membuat manusia sakit kepala dengan pelbagai ragam.Baik menyendiri bersama Allah sahaja.
Semua yang berlaku ada hikmah.Tiada yg sia-sia.Allah tak izinkan aku bekerja juga ada kebaikannya di sini.Aku memandang semuanya dari sudut hikmah.Aku nikmati dan lalui saja hari-hariku dengan kesyukuran.Seronok rupanya jauh dari ragam manusia.Aku tiada masalah jika manusia ingin menjauh dariku pasti ada jalan kebaikan.Siapa nak pergi aku dah tak kisah.Aku hanya bahagia dengan Allah.Selama ini Allah yg banyak jaga aku bukan manusia.Sakit juga 1 hikmah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.