Monday, 15 November 2021

Bawal Aidijuma by Norjuma Habib

 Skaf Bawal aidijuma ini terkenal sekitar tahun 2012-2016.Jenama Aidijuma bertapak sekitar tahun 2012.Pengasasnya ialah Datin Norjuma Habib Mohamed,seorang wanita ayu jelita yang pernah menjadi pengacara rancangan Nona di tv3 suatu ketika dahulu.


Kebiasaannya tudong bawal kosong yang ada hanya batu dan berkerawang sahaja. tapi Aidijuma telah melakar sejarah membuat tudong bawal bercorak menarik daripada corak flora,menara paris,basikal,haiwan comel,makanan dan lain-lain yang unik.Ada bawal full print,2 ton warna,3 ton warna + corak

Bawal Aidijuma di datangkan dengan 4 jenis label iaitu;

Label putih (harga paling murah rm8-rm 15)
Label biru
Label hijau
Label gold (akan diberi secara percuma kepada agent sempena hari lahir Datin Norjuma)
Label hitam (harga paling mahal rm35)
*ini mengikut hasil pembacaan aku dari sumber tertentu.Mungkin label ini adalah perbezaan dari segi corak, kain dan harga


Kini tahun 2021,bawal Aidijuma masih lagi mendapat tempat di hati peminat kerana ianya pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu.cuma banyak jenama tudung baru yang timbul bagai cendawan.Dengan adanya bawal aidijuma,bawal ini menjadi tarikan baru dengan pelbagai jenis corak menarik,funky dan meriah.Yang bestnya Norjuma sendiri menjadi model bagi setiap produk aidijuma.

comel betul corak muffin ni kalau kena dgn wajah

Nak dijadikan cerita kenapa saya menulis tentang AJ ni kerana beberapa bulan lalu saya ada berjumpa seorang kawan lama yang suka pakai tudong bercorak kanak-kanak dan funky.Saya tertanya-tanya dalam hati macam pernah ku lihat corak tudong ini tapi di mana ya?Dari situ saya dapat idea untuk cari tahu tentang AJ ni.Inilah bawal corak telur gambar patung yang dia pakai,haha macam budak-budak kan coraknya.Tengok kawan aku pakai nampak kepam je dengan rambut terkeluar tak pakai anak, tudong dia pula berbulu-bulu entah dia sental pakai dawai agaknya.Tahulah design ni keluar tahun 2013 lagi.(komen ikhlas tak sorok-sorok kan?)


Antara corak aidijuma adalah gambar menara paris,kepala kucing comel,muffin,ais krim dan pelbagai lagi corak riang ria dengan warna yang terang berwarna-warni.Kemudian Datin Norjuma ada keluarkan edisi bawal 2-3 tone warna corak abstrak,batik dan songket.Siapa yang pakai aidijuma ni pasti nampak comel macam budak sekolah/uni.Pergi kerja kurang sesuai corak funky begini.

Aku masih ingat tahun 2013 sewaktu aku kerja di pejabat dahulu,ada seorang rakan sekerja aku ni sibuk dengan skaf aidijuma.Dia dapat info pun melalui fb group.Dia juga ada 2-3 helai bawal aidijuma ni.Nampak comel bila dia pakai sebab kulitnya cerah.Terus nampak muda 5 tahun gitu.Dia beli corak paris kepala kucing hitam dan bunga biru macam corak alas meja.Sebelum ni rakan sekerja aku ni suka pakai jenis kain lycra owning keras tu.Pada aku nampak simple dan kemas.Tak ada istilah nampak makcik pun asalkan awak selesa dan yakin.Tak perlu gosok-gosok.Mudah dan senang hidup.





*Inilah corak kawan aku pakai tu.Aku masih ingat coraknya walaupun dah lebih 7 tahun lalu punya cerita.Corak bunga kotak-kotak itu buat alas meja pun cantik hihiii...entahlah aku kurang berminat design menyerlah macam ni.

Skaf aidijuma ini warnanya betul-betul colour blocking.Kalau kulit kau gelap dan kusam memang out dan kepam muka kau bila pakai.Kalau D.Norjuma yang pakai semuanya nampak comel dan manis.Bubuh kain buruk pun tetap lawa.Aku bukanlah peminat tegar koleksi aidijuma ni mungkin banyak lagi design menarik cuma aku saja tak ambil tahu.Aku juga bukan fully menutup aurat,on off gitu.Kalau kerja saja aku pakai untuk tampak kemas sesuai dengan baju kurung yang aku pakai.Biasanya aku akan cari shawl panjang kain voile polyester lilit itu,sesuai dengan muka aku.Shawl bercorak abstrak/kosong,pakai pun rasa sejuk,selesa dan lekat di kepala.Aku beli yang murah-murah sahaja di Muaz Textile Jalan Tunku Abdul Rahman.Harga bermula dari rm 3.80-rm 5.

Tak perlu mahal-mahal tetap juga elok dan cantik dipandang.Yang penting sesuai dengan wajah.Pattern bawal buat muka aku nampak semakin bulat.Serius aku tak pandai berhijap sangat.



Butik Aidijuma di Jalan TAR telah ditutup secara rasmi pada tahun 2020.Sepanjang aku melilau di Jalan Tar berpuluh kali,tak pernah sekalipun aku masuk butik aidijuma ni.Alahai rasa menyesal pula sekarang semua butik Aidijuma dah tak ada (ditutup).Bukan apa,butik ini nampak standard,aku takut mahal dan orang kurang masuk jadi aku segan.Boleh ke cakap begitu?Tak boleh bongkar-bongkar macam kedai Muaz textile yang murah tu..hahaha~~~






Design kamera

Antara koleksi design aidijuma.Sebenarnya banyak lagi ratusan design.

Corak kucing sedang tidur itu comel dipakai oleh kanak-kanak.Orang dewasa jangan buang tabiat haha mahu kena gelak :P...corak tulisan khat itu bagi aku tak lawa.Jarang orang beli.

Corak paris basikal ni pada aku meriah dan funky.Hanya menggunakan 2 ton warna dan tidak semak 

design yang comel sangat2.Adik-adik pakai memang comel









Corak-corak AJ di atas aku cedok dari blog dan item preloved untuk dijual.AJ memang laku keras sekalipun dijual secara preloved.Harga pun boleh tahan walaupun design lama ianya masih panas.

Entah angin apa yang merasuk aku,tiba-tiba saja terminat tudong bawal AJ tanpa sengaja walaupun terlambat.Aku mula mencari-cari item preloved di internet.Siang malam aku scroll corak-corak pilihan hati.Aku suka sebab nampak cute.

Koleksi AJ lama sudah tidak dikeluarkan lagi,hanya dijual semasa release sahaja.Kalau nak juga carilah yang preloved(terpakai).Banyak iklan di fb,shopee,lazada,courasell.Ada banyak sahaja edisi AJ lama dijual dengan harga murah hingga mahal.Pandai-pandai pilih.Jangan terpedaya dengan sesetengah seller yang kata tudong ni kondisi masih baru dan baru guna 1-2x.Minta dia hantar gambar keseluruhan tudong kalau boleh.Saya dah terkena dengan seorang seller AJ di shopee.Konon preloved masih baru,tiada kesan pin berlubang-lubang.Bila sampai barang,alangkah kecewanya saya.Tudong AJ paris love tu cantik dah tapi penuh bulu kucing,kesan berlubang-lubang pin,kesan benang tertarik.Nampak jelas,bukan sikit.Harga RM 8,pos RM 4.60.Tak berbaloi.Jual RM 2 pun belum tentu saya nak.


berlubang penuh dan benang tertarik


Baik saya terus beli AJ yang baru.Harga boleh dapat RM 8.90-RM 12 cuma design itu memang tak adalah.Masih ada beberapa seller preloved lain yg offer AJ corak menarik tapi saya rasa serik.Takut pisang berbuah 2x.Dalam gambar bukan main cantik dia susun nampak sempurna,

Di bawah ini adalah gambar kenangan  majlis ulang tahun ke 5 aidijuma di sebuah ibu kota.Datin Norjuma memakai corak leopard,cantik dan kena dengan baju putihnya.



Norjuma sewaktu pelancaran AJ 


Ketika ditemuramah oleh wartawan majalah Hijabista,Norjuma dalam majlis itu turut menjelaskan kehidupan peribadinya sangat memuaskan dan tak perlu ditunjukkan kepada orang lain.

"Kehidupan saya sebenarnya cukup ringkas dan melakukan apa yang saya perlu sahaja.Saya tiada media sosial.Bagi saya tak perlu pun dan saya ok saja.Malah bagi saya tiada akaun media sosial itu adalah satu kelebihan".

"Saya tidak berminat beritahu orang asing apa yang saya buat.Hari ini saya pakai kasut harga berapa,esok harga berapa dan lusa tak pakai kasut.Saya syukur dengan kehidupan saya hari ini.Tak perlu berselfie di dinding media sosial untuk tunjuk pada semua orang"tambahnya lagi akaun media sosialnya hanya semata-mata untuk mempromosi jenama produknya sahaja.

Kenyataan di atas sengaja saya highlight/tekankan kerana saya sangat bersetuju dengan petikan kata-kata Datin Norjuma itu.Tak perlu akaun media sosial untuk tunjuk kepada semua orang apa yang kita buat kerana saya pun tiada akaun media sosial.Tak minat!.Ianya memenatkan semata-mata untuk mencari pujian dan penghargaan orang.Salah tulis/kongsi status pun akan dianggap serong oleh mata-mata lalat yang gemar mencari kebusukan orang.Baik hidup aman-aman sahaja tulis blog sebagai anoymous.
********************************************************************************

Ini adalah koleksi terbaru Aidijuma 2020/2021.Saya yang tak pernah terjebak mula terminat tanpa sengaja untuk beli dan mencuba.Tengok datin yang jadi modelnya nak merasa juga jadi comel macam datin ahahah :) Aku beli 4 helai di shopee.Dapat harga diskaun pula tu kesemuanya Rm 28.90.Murah~

Aku ada corak paris pink ni.aku rasa comel dan warnanya pink lembut.Muka terus nampak muda (perasan) :P...serius kain bawal AJ ni senang bentuk dan tak lembik.Selesa beb

Alahai datin nampak macam pelajar uni pakai bawal maroon ala shawl ni...

Corak kekotak pun aku ada beli



Koleksi Aidijuma Rukun Negara


Corak geometri berwarna-warni inipun saya beli.Entahlah rasa pelik dengan muka ,sob sob sob :(
Mungkin muka saya nampak aneh sebab baru nak cuba bertudong.Tengok kerabat diraja Brunei pun kemas dan cantik dengan hanya berbawal sahaja.


*Saya ada beli bawal AJ black label corak patung item preloved di shopee.alhamdulillah kondisi 9/10.Tak berbulu,tak ada benang tertarik,minima kesan pin.Tiba-tiba jadi obses buru bawal AJ sebab nampak comel-comel saja coraknya boleh bajet diri kanak-kanak ribena,opsss heheheee

*Setakat ini saya ada 17 koleksi bawal AJ.Dalam masa 2 minggu saya kumpul item preloved dan baru.Bab membazir nombor 1 kan bukannya pakai selalu tudong.Pakai ikut mood *_*

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Wanita perlu ada self love

1)Wanita itu harus ada kesedaran untuk Sayangi diri sendiri (self love) 2)Berani keluar dari situasi yang menyakitkan hati dan menekan fikir...