Terperap saja dalam rumah amat membosankan bagi aku.Walaupun setiap hari membuat rutin mengemas rumah,cuci pakaian dan apa saja tugas membersih.Seminggu berkurung dalam rumah saja dah bosan rasa nak pecah kepala.Kena juga keluar rumah tengok dunia luar juga beb. Aku bukanlah homiest person (lekat di rumah) sebab aku cepat muak duduk terkurung.Pertama rumah kecil,tak ada laman rumah macam kolam,air terjun buatan,taman mini (rumah orang kaya).Haha aku hanya insane biasa.Kedua keadaan rumah tak mencipta emosi menyenangkan. Lagi-lagi dalam rumah bercampur dengan orang yang tidak menyenangkan hati.Malas nak cerita senang kata hati tak berapa ceria.
Benda yang boleh buat aku gembira ialah keluar rumah tengok suasana luar,pandang langit,lihat keliling ada pokok-pokok,bunyi burung berkicau.Maksud aku bukanlah termenung saja tengok alam,sambil itu mengucap syukur memuji ciptaan tuhan baru hati tenang.Paling aku suka jika aku keluar ada tujuan.Contoh;hari ini nak keluar pergi bersenam,petang cari barang dapur.Esok nak keluar beli baju di mall,lusa nak ke klinik jumpa doctor.Haa gitu ada perancangan.Kalau tak ada perancangan pun kalau rasa nak keluar ambil angin maka aku tetap keluar ikut ke mana kaki nak pergi.Dapat berjalan tu satu nikmat bagi aku.Kadang-kadang pusing mall,kedai tengok saja pun dah ok walaupun tak beli.Kalau dapat beli lagilah seronok,satu kepuasan dan keceriaan bagi aku.Dapat beli barang adalah satu terapi bagi aku walaupun habis duit.
Bulan 12 tahun lepas aku enjoy ke sana sini sebab beli pas bulanan pengangkutan awam rapid kl.Naik bas,train tiada had.Itulah kali terakhir pas bulanan berharga rm30/sebulan.Masuk saja tahun baru 2022,tambang terus naik rm50.Itu pun masih murah bagi aku sebab unlimited untuk sebulan.Naiklah beratus kali pun.Aku keluar selang sehari masa tu sebab rasa rugi kalau tak keluar guna pas rapid ni.Walaupun sakit hati kadang tunggu bas lambat tapi sabar juga.Melawat muzium,pusing shopping mall sekadar cuci mata,ke perpustakaan baca buku,singgah taman tasik lihat panorama tasik yang penuh dengan manusia (rimas pula,aku suka suasana tenang).Asalkan aku dapat keluar aku cukup gembira.Jadi terapi mata,minda dan emosi.
Aku tak ada masalah keluar seorang pun sebab aku seorang yang berdikari sendiri.Kawan-kawan rapat semua dah berkahwin ada keluarga sendiri.Duduk pun jauh-jauh lain negeri.Nak jumpa pun susah tak macam zaman bujang dulu.Kalau jumpa pun keadaan dah tak sama macam dulu,mesti kawan tu sibuk pantau anak.Aku?Terpinggir juga di situ.Sayu pula teringat dia orang tu,siapa tak rindu kawan kan?Kalau boleh putar masa aku nak umur kami semua tak bergerak.Kalau 26 tahun biar saja tetap 26 tahun.Biar kenangan manis itu tetap di situ.Tapi itu tak mungkinlah sebab bumi juga berpusing dan semakin meningkat usianya.Kawan?Bukannya setia sampai mati dengan kita.Sedangkan adik-beradik pun boleh beralih arah bila dah berkeluarga.Aku perasan 1 benda,walaupun kita rapat dengan kawan tu masa sekolah tapi bila dah habis sekolah kawan tu lain.Tak sama macam dulu dah.Jangan jangka kau boleh gelak ketawa dengannya macam dulu.Bila masing-masing dah ada haluan hidup sendiri maka manusia berubah sikap.
Yang kekal Cuma hubungan hamba dengan Penciptanya kerana tuhan tidak pernah tinggalkan kita.Dia sentiasa ada untuk kita berdoa dan meluahkan apa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.