Sedar tidak sedar tahun 2023 sudah menemui penghujungnya.Tinggal 3 hari lagi tahun 2023 akan berkubur.
Tanya diriku sendiri apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun 2023.Adakah banyak kebaikan,perubahan positif atau banyak keburukan.Merenung kembali kisah dari awal tahun hingga ke garis penamat hujung tahun 2023
Satu sahaja cerita aku.Aku berjaya membuang perlahan-lahan harapan palsu manusia dan harapan palsu yang tercipta dalam diri aku sendiri.Harapan yang sekian lama aku dambakan,mimpikan dan idamkan.Aku berjaya kuburkan perlahan-lahan menjadi satu pengajaran dalam hidup.Walaupun bertahun-tahun aku berdoa untuk harapan itu terjadi namun sebaliknya yang berlaku.Di sini aku nampak campur tangan Allah yg Maha Baik."Boleh jadi kamu mahukan sesuatu tetapi tidak baik bagimu.Boleh jadi kamu bencikan sesuatu tetapi ia baik bagimu".Ini firman Allah dalam surah al Baqarah.
Betapa sukarnya untuk aku hadam ayat-ayat Allah ini.Betapa pedih dan pahitnya aku rasakan beserta membawa luka kehancuran sebuah hati.Hanya Allah saja tahu tidak boleh aku gambarkan ceritanya.Sampai satu tahap aku boleh menyalahkan Allah kerana tidak beri apa yang aku pinta sekian lama.Lama kelamaan aku semakin faham ada jalan cerita yang Allah hendak tunjukkan.Allah itu maha baik maha bijaksana maha lembut.Sangka baik dengam takdirNya.Akal cetek kita kadang tidak mampu menimbang kenapa mengapa bagaimana.Sampai aku sudah mula menerima bahawa terserah Allah lah hendak berbuat apa terhadap hambaNya.Allah tahu sedangkan kita tidak tahu.Terdetik sesuatu perkataan dalam hati kita pun dalam pengetahuan ilmu Allah.
Biarlah...pergilah...aku mula berdamai dengan takdir hidup dan jalan cerita hidupku.Biarlah ia berhenti sampai di sini.Aku menderita sekian lama.Aku tertipu dengan perasaan sendiri dan harapan yang dicipta sendiri.Aku silap di situ.Tidak semua yang hadir dalam hidup kita kekal membahagiakan kita.Kadangkala konon rasa bahagia itu hanya sandiwara mainan perasaan sendiri semata-mata bukan berpandukan kewarasan akal.Hati ini selalu mengajak kita ke arah membuai hawa nafsu.Akal pula selalu mengajak ke arah fikiran buruk dan tidak bersih.Akal dan hati kita boleh jadi musuh kita sebenarnya.
Aku ingin buang jauh-jauh perasaan sakit hati,benci,dendam,amarah,sedih dan menyesal.Kita tidak mampu kembali memutar masa lampau agar tidak berlaku.Yang kita mampu hanyalah memaafkan diri sendiri dan orang lain serta memandang ke depan.Hidup ini bukan untuk meratapi kekesalan dan kesedihan lalu.
Hidup ini niatkan untuk mencari redha Allah bukan mencari penghargaan manusia.Cakap memang senang tapi untuk laksanakan perlu mujahadah,kesabaran dan pengorbanan.Bersediakan anda untuk meninggalkan sesuatu yang menjadi kesukaan dan kenikmatan hawa nafsu anda?Dunia ini memang tempat memenuhi hawa nafsu.Pelbagai kenikmatan,kesenangan,kemewahan dan hiburan.Renung-renungkanlah kerana perjalanan kita di atas dunia hanya sebuah persinggahan untuk ke kehidupan yang abadi di akhirat.
Kita tidak mampu membuang dunia dan hawa nafsu tetapi kita boleh mendidik diri kita untuk kecilkan dunia dan tidak menjadi budak hawa nafsu.Insyaallah tidak akan terpedaya.
-hamba yang berdosa
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.