Wednesday, 31 January 2018

Kenangan bersama krim Dermagic Simply Siti

 Hati dan akal aku tiba-tiba teringat satu produk muka yang best pernah dipakai suatu ketika dulu.Produk Simply Siti dari Siti Nurhaliza.Aku dapat tahu pun dari program majalah 3 di tv3 pada tahun 2010.Konon produk ini dikilangkan di negara Korea.Wow...masa tu serba-serbi produk dari Korea mendapat tempat di hati orang.Masa itu kan drama k pop sedang meletup-letup.

Masuk dalam butik kecantikan watson pun terpampang produk Simply Siti di rak.Ada 5 jenis skincare mengikut jenis kesesuaian kulit.Dapat buku katalog produk lagi.Meruntun jiwa nak beli lagipun minat dengan Siti.Aku bukan sejenis apa yang artis jual terus nak beli.Tapi disebabkan produk Siti ni dah lalu proses ujikaji makmal maka rasa berbaloi untuk dicuba.

Aku tertarik dengan set Dermagic botol ungu.Seingat aku lah aku cuba krim dermagic ini pertengahan tahun 2012 dengan harga rm29.90.Krim jenis gel dan bau sangat segar seperti lavender/bbergamot.Diperbuat daripada endorphin tumbuhan yang dapat membangkitkan mood gembira dan relaxation (endorphin mood).Eh macam betul lah lepas pakai rasa wangi dan best saja.Tapi aku rasa melekit muka dan beri kesan glowing.Kulit jadi lembut betul.

Krim dermagic ini adalah pelembap muka sahaja tiada anti UV.Ia juga bukan rangkaian produk pencerahan kulit.Sekadar merawat kulit dari dalam sahaja.

2x saja aku pernah beli.Pencuci muka Dermagic pula 1x.


Nampak?Ada 4 jenis skincare Simply Siti.Bau semua wangi dan menyegarkan.Diperbuat dari sumber tumbuhan dan bunga.Harga boleh tahan.Serum dermagic saja dah rm55 ke atas.Boleh rambang mata rasa nak beli semuanya 🤐

Mekap simply siti pun ada.

Tahun 2013-2014 aku ada beli produk Simply Siti White & Detox di KL Sogo dengan harga rm49 untuk krim siang dan pencuci rm 20++


Pakai beberapa kali saja terus bagi mak aku teruskan pakai.Entah bau macam ubat pula.
Sebenarnya kalau pakai konsisten boleh dapat kulit sihat dan cerah.Aku ni malas.

Ok ini gambar Siti di kiosk Simply Siti di Watson.


Masa ini siti berumur sekitar 33 tahun.


*gambar pelancaran produk Simply Siti ini diperoleh dari rabbitland.blogspot tahun 2012.






*Sumber dari mizz-siti.blogspot.

Blogger ni kata Siti lemah-lembut,wangi dan cantik sangat.Ya kita sebagai perempuan pun dah suka tengok apatah lagi kaum lelaki.Siti ni ada aura yang buat orang terus suka dan senang bila melihatnya.

Waktu ini Siti mula memakai benny cap untuk tutup rambut.Sebenarnya dia pakai apa pun tetap nampak comel.Disebabkan style benny cap siti jugalah pada tahun 2018 aku berjinak-jinak cuba.




*sumber naufal91.blogspot 2011


*sumber dari honeylala.blogspot feb 2011

Benny cap siti ini ditempah khas.Bukan beli yang dah siap.Tengoklah ada benang berkilau-kilau seperti permata.

Tahun 2012-2013 memang aku ada nampak juga perempuan style kan fesyen benny cap di sekitar bandaraya.Nampak cool sahaja dengan cermin mata hitam.😎

Jujur aku cakap bila aku pakai,muka aku nampak macam maskulin sikit.Tak cute langsung.Orang muka lebar dan chubby cantiklah pakai.Nak jadi siti sangatlah konon.Elok lagi aku free hair lagi menarik.😄🤫.Tak semua fesyen itu sesuai dan kena dengan kita.



*sumber deyna83.blogspot 2012



*ketika sidang akhbar Siti Nurhaliza di History chanel Astro.Sumber blog kevinmeetthestars.blogspot.

Comelnya topi siti macam Princess Diana


Gambar Siti di KL Sogo 2013 ogos meet & greet peminat SimplySiti

*Cedok gambar dari blog yanakhairy11.blogspot 



Comelnya siti🤩🤩 masa kurus dulu...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...