Monday, 8 January 2018

Jalan-jalan ke Kota A Famosa,Melaka


07012018

Al-kisahnya kami meronda Melaka Bandar Bersejarah.Malam sabtu kami sudah berkumpul di hentian bas Terminal Bas Sepadu (TBS) di Cheras,KL untuk menaiki bas awal pagi Ahad.Tiket bas dibeli malam itu juga.

Tidur di TBS.Sejuk melampau melepak di TBS,semakin larut malam semakin kuat suhu penghawa dingin di situ.Aku dah tak tahan mengantuk maka tidurlah aku di kerusi panjang meja food court.Ada saja penumpang lain hampar kain pelapik dan baring di celah dinding situ.Memang tidur tak lena mana dengan sejuknya,kerusi yang kerasnya.Yang lain layan berborak jadi burung hantu.

Lepas Subuh,kami bertolak menaiki bas jenama Mayang Sari jam 7 pagi.Tambang bas RM 11.Sampai di bandar Melaka sekitar jam 8.15 pagi.


Masih dalam kawasan Negeri Sembilan


Sampai hentian bas di Melaka,kami ke tandas cuci muka kemudian sarapan di food court sana.Harga nasi lemak :

Nasi lemak biasa telur goreng + hot dog seketul  (di potong dua) kecik punya + teh o suam =RM 6.40.Cicai kira jadi RM6

Menu makan sarapan kami lebih kurang RM6 seorang.

Naik bas Panorama tambang RM 1.50 seorang.
 Perjalanan bas ke Bandar Melaka cuma 10 minit.Sampai di sini pengunjung sudah penuh.Rata-rata kumpulan pelancong yang datang dari China & Korea.Bas persiaran pun banyak yang menurunkan penumpang di sini.

Nota : Semua gambar diambil dengan I Phone 5
Wow ada kincir angin ala-ala di Belanda!Kan Belanda pernah jajah Melaka!

Masa kecil aku sukakan bunga tahi ayam..yeyey bau best

Melaka River






Menyusuri Jonker Walk.Jonker Walk adalah Chinatown Street di Melaka.Jadi banyak kedai cenderahati berunsurkan budaya masyarakat Cina.Lorong demi lorong rumah kedai.Cuaca agak panas pagi ini.Koleksi barang semua unik dan menarik.Minat tengok tapi kurang minat nak beli.Malas bawa beg plastik berbondong-bondong.Jauh lagi perjalanan nak pusing bandar Melaka ni!




Deretan kedai berunsur baba & nyonya ,kedai kopitiam,kedai kek bulan dan masakan cina banyak di sini.Senibina kedai juga semua berunsurkan budaya Cina.

Singgah butik H&M semata-mata nak rasa air-cond.Panas uitt Melaka




Jonker Walk
 Kami memasuki lorong di mana penuh dengan peniaga barangan antik seperti perkakas dapur lama,piring hitam,duit kertas dan syiling lama zaman British pun ada.Bunyi gemersik alunan lagu cina dan inggeris dari piring hitam menambahkan lagi suasana meriah di pasar karat ini.Seolah-olah berada di zaman 60-70an dahulu.



Tergoda wang kertas RM 1 tu.

Syiling lama zaman British
Perjalanan diteruskan dengan penuh gigih.Lorong demi lorong kami tempuh.





Hebat kan?Beratus tahun batu masih kukuh.



Replika kapal besar zaman Kesultanan Melayu Melaka

Nak naik kapal ni bayar RM 7 tak silap.Kami beli air sejuk berteduh bawah deretan kedai menjual pakaian cenderhati sahaja.Aku beli sehelai baju T-shirt bertulis 'I Love Melaka' berharga RM10 je.Cukuplah sebagai kenangan.


Replika keretapi lama.Hujung keretapi sana ada cafe dalam gerabak

Mata lembu macam kena korek.Haha



Ingat nak masuk muzium tapi bajet ciput.Bayaran seorang dah RM4-RM6.Jenuh kalau melawat setiap muzium di situ.Kami putuskan untuk mendaki naik ke kubu A Famosa di atas bukit sahaja.


Disebabkan ramai pengunjung di kubu A Famosa belah bawah,kami naik ke kubu atas terlebih dahulu.Panjat tangga berbukit.Agak tinggi.Sepanjang menaiki tangga akan jumpa budak-budak menjual buah-buahan segar (RM 3/1 plastik kecil) dan air sejuk (RM 3/1 tin).Harga memang harga Yahudi la kan tempat sebegini.Aku cakap awal-awal,elok korang beli air di bawah sana dapat murah sikit.
Batu yang unik
















Puas pusing bandar Melaka,kami ke Pantai Klebang sekitar pukul 3.30pm.Booking Uber Car.RM 13.
Cuaca masih lagi panas.Pengunjung ada beberapa kerat,sedang berteduh di bawah pokok tepi pantai.Kami terasa lapar dan singgah di warung tepi pantai untuk makan.

Harga makanan memang harga cekik darah.
Maggie goreng berapi RM8,air RM3
Nasi goreng ayam (ayam tulang je pun) RM9,air RM3

Total kedai tu untung untuk kami bertiga RM 37 dah.Kaya kan?

Makanan pun tak sedap.Kalau sedap tak apa puas hati.Sila cari alternatif lain kalau nak berjimat.Macam kami memang banyak guna duit kerana kami menaiki transport awam seperti bas,Grab Car.Situ je dah berapa puluh.

Ingat nak bergambar di pasir tandus pantai Klebang tapi macam tak ada.Lihat pasir seperti surut sahaja.Hmm tiada rezeki.Dalam jam 5 pm kami menaiki Grab Car kembali ke perhentian bas Melaka Sentral (kos RM17).







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...