Friday, 24 August 2018

Pantai Teluk Kemang senja kala

 23082018

Percutian pendek/short trip saja kali ini.Maklum saja cuti kerja hanya sehari dalam seminggu.Pergi Port Dickson kali ini,keluar pagi balik malam.Aku ke sini semata-mata untuk mandi laut.

Senang cerita ambil KTM-Bas di hentian Seremban-bas ke Port Dickson


Sampai di Pantai Teluk Kemang sudah menginjak pukul 3.30 petang,cuaca masih panas terik.Aku singgah makan di gerai tepi pantai daahulu sementara tunggu redup.Aku pilih Teluk Kemang kerana banyak gerai makanan di sini dan pantainya luas,Ada fasiliti seperti bilik mandi,tandas dan hentian bas.Semua pantai pun ada hentian bas juga hihi.

Di samping itu terdapat juga ;
Pantai Saujana
Pantai Tanjung Biru (jauh ke batu 12 Port Dickson)

3 lagi pantai ialah 
Pantai Bagan Pinang (di kawasan Corus Hotel Pd)
Pantai Saujana
Pantai Cermin

Tetapi kurang tumpuan kerana airnya keruh dan pantai sempit


Banana boat sememangnya sentiasa berjalan tak kira waktu.Aku tak terpanggil pula untuk naik banana boat yang extreme itu.Lemas tertelan air masin nanti selepas dicampak dalam laut.



Role Model 


Bila matahari mula berlindung di sebalik awan maka aku loncat ke dalam laut dan mandi.Tenang sangat dapat berendam dalam air sejuk suam.Barang berharga akubungkus dalam plastik letak di pasir pantai.Puas berendam aku bangun mandi di bilik air.Rasa belum puas kerana tergesa-gesa untuk balik pula.Kalaulah keluar dari awal pagi tentu dapat lama di sini.




                                                   selesa berbaju t-shirt sahaja.


Sudah senja beb,aku harus segera pergi tinggalkan tempat ini.KTM last pukul 10pm.

Selepas waktu Maghrib,suasana sunyi sepi meskipun masih ada kereta lalu lalang di jalan besar.Rasa seram dan menakutkan pula menunggu bas di situ.Tawakal sahaja asal selamat.

Bergegas aku naik bas ke stesen PD dan naik 1 lagi bas ke Seremban.Sampai rumah 11 lebih.Penat sangat terkejar masa.Apapun aku enjoy dapat bau udara pantai,mandi dan ambil angin laut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Wanita perlu ada self love

1)Wanita itu harus ada kesedaran untuk Sayangi diri sendiri (self love) 2)Berani keluar dari situasi yang menyakitkan hati dan menekan fikir...