Tuesday, 31 December 2019

Selamat tinggal 2019 dan selamat datang 2020




Sepatutnya malam tahun baru ini aku berhajat nak sambut di KLCC menyaksikan bunga api seperti ambang tahun 2019.Tapi...entah kenapa terasa malas nak bersesak-sesak naik train dan menyonsong arus manusia di tengah keramaian,mood aku jadi mellow dan malas sekali..tambahan pula memikirkan cara nak balik ke rumah,hanya Grab car sahaja,tambang sudah tentu memcecah rm45 sehala..sama seperti tahun sudah..tambahan pula bapaku ada di dalam wad,terasa tak elok aku keluar berseronok.Aku batalkan program sambutan tahun baru malam ini dengan temanku.

Aku lebih senang melayan dan muhasabah diri di rumah..Selepas pulang bekerja jam 10.30 malam,aku mandi dan buka laptop menulis blog ini...terasa sejuk dan meremang bulu roma.Angin bertiup lembut di tepi tingkap bilik.

Banyak kisah sadis aku di tahun 2019,kebanyakannya berkaitan lelaki ,mistis dan tempat kerja.Perit,pedih,menyakitkan derita yg aku tanggung sampai hampir nak mental.Dengan ini aku kafankan,kuburkan dan timbus semua kepahitan tahun 2019,takkan aku gali lagi ia dari kubur.Aku akan anggap ianya tak pernah terjadi padaku..ianya hanya satu mimpi.

Azam tahun baru aku apa?

bismillah....

Nak menjadi hamba ALLAH yg lebih bertakwa dan dekat dgn ALLAH

Nak buang toxic people in my circle life.

Not depend to others (tak nak taksub dgn sesiapa)

I dont care anymore,who come and who left,who stay

Tak nak kenal dengan sesiapa dah mengundang bala dalam hidup,biar aku adalah aku sahaja

Lepaskan semua kenangan pahit tahun-tahun sudah

Memaafkan sesiapa shj yg pernah menyakiti aku dalam sedar atau tidak

Tidak berharap/bergantung harap kepada siapa kecuali ALLAH

Tidak cepat berangan kosong 

Tidak jatuh dgn apa jua komen org pada aku,aku sayang diri aku

Thursday, 26 December 2019

Kampungku sawah padi yang indah

Setiap orang ada kampung halaman masing-masing.Kalau dia kata dia budak KL sekalipun pasti ada kampung di mana tempat asal nenek moyangnya.Aku paling suka negeri Perak,kalau boleh nak juga ada kampung di Perak.

Aku pernah ke Sungkai,Perak kampung kawan aku di kawasan felda.Memang aman,damai dan tenang sungguh.Kampungnya teratur dan bersih.Bagi 5 bintang.Belakang rumahnya ada pokok rambutan,pokok durian,pokok maggis.Kebetulan sedang musim buah,puas kami melantak.Aku makan sikit je takkan nak pulun sebesen.Petang itu kami ke Felda Hotspring.Uihhh best betul mandi air panas.Lepas tu singgah di Sg Tisung esoknya.

Cakap pasal kampung orang,gambarnya pun tak ada nak tempek.Kisah 13 tahun lepas.Lama sangat dah.

Ini pula kisah tentang kampung halamanku.Apabila pejam mata aku terbayang kisah pahit semasa kecil di sini.Manusia berhati syaitan itu ada kerana kurang kasih sayang




tu dia pokok limau bali..sedap wehhh cicah gula kicap cili



Rumah masih gaya lama di zaman 60an tetapi masih utuh.Hanya bahagian kayu bawah rumah sahaja dimakan anai-anai itu pun cuma sedikit sahaja..asalkan ada penghuni yang rajin jaga kebersihan dan buang segala sampah sarap.Tiap kali aku balik kampung,kebanyakan rumah kayu di kampung sudah bertukar menjadi rumah batu yang moden.Siap pasang aircond.

Kampung ini banyak nostalgia buatku di zaman kanak-kanak dari umur 7 tahun-11 tahun aku tinggal bersama atuk,nenek dan makcik,pakcik.Masuk darjah 6 aku kembali ke KL.

Tak dinafikan atap rumah jenis zink memang panas apabila menjelang waktu tengahari hingga petang.Tapi apabila malam rumah menjadi sejuk.Jika tinggal di rumah batu,apabila tiba waktu malam maka menggeletik kepanasan,udara pun tidak masuk mengalir dengan baik.

Kenangan tinggal di kampung itu indah tak serupa tinggal di kota.Budak kampung bermain cara kampung,seperti lompat tali getah,bola,basikal,kutip buah getah,masuk semak kutip buah-buahan.Kampung aku semua jenis buah ada seperti duku,langsat,durian,rambutan,manggis,salak,nangka,cempedak,buah gajus,buah rambai,belimbing buluh,jambu air,limau bali,limau nipis,limau kasturi,delima dan beberapa jenis buah hutan.

Makcik garang macam sarang tebuan bila aku ada nakal-nakal sikit.Dulu aku ni persis tomboy masa zaman budak.Semua permainan budak lelaki aku nak cuba.Biasalah nanti kena piat dengan lidi atau rotan.Sigh...al Fatihah untuk arwah atuk yang dah kembali pada tahun 2008.Semoga tenang abadi di sana.

Teringat pondok buluh tepi ni,tempat atok simpan padi.Ni semua budak-budak yang masih bersih tanpa noda dunia sedang riang bermain 

Arwah mek.Dia pandai memasak,bikin jem rambutan,bikin bedak sejuk bunga melur.
pemandangan belakang kampung,fuhh terbaik

org panggil daun kapal terbang,biasanya buat cuci kerang yg kotor berlumpur

banyak dah banglo naik di kawasan kg



kolam kecil terbentuk secara semulajadi di sawah.Cantiknya..ada anak ikan dalam ni

Lembu pun seronok duduk di tanah sawah yg segar dan damai ni




Teringat zaman kanak-kanak tangkap ikan keli,ikan laga,belalang dan kena sergah dgn ular sawa batik di depan sana..mencicit lari tinggalkan selipar nenek.

Hutan setempat di belah atas tu ada kampung bunian.Pakcik selalu terhidu bau masakan apabila lalu di situ.Babi hutan pun ada.Belah kiri boleh nampak laluan keretapi dari jauh dan tanah Siam.

Semua gambar-gambar di atas aku rakamkan pada tahun 2011.Fresh and young.Zaman belum lagi ada gajet-gajet pelik seperti sekarang,hanya menggunakan kamera digital Samsung.

Tanah di kawasan sawah padi masih dara belum diteroka.Sekarang,apabila aku lepaskan pandangan ke sawah padi maka nampaklah beberapa buah rumah batu.Tiada lagi luas pemandangan kehijauan yang subur dan malar segar seperti 10 tahun lepas.Rindu kedamaian yang lama..bukan yang sekarang....banyak kenangan di sawah padi ini...sekarang macam dah tak terurus sangat sejak pakcik pun sudah makin menua,atuk nenek dah kembali ke alam abadi...

Tiap kali aku pulang ke kampung,memang tak lepas peluang berdiri di tengah sawah sambil melihat pemandangan,terasa satu ketenangan tatkala berada di sini...aura positif alam semulajadi.

Monday, 2 December 2019

Balai Seni Negara jom lawat

 021219

Saja ajak kawan duduk ambil angin di taman tasik kerana lama tak berjumpa.Sunyi sahaja di sini kemudian aku ajak dorang melawat Balai Seni Lukis Negara.Jalan kaki 10minit sahaja dari taman tasik


Waktu ini kami menonton trip helikopter yang membawa pelancong inggeris pusing ruang udara KL,satu trip berharga RM600 jika tak silap.Mampu lihat sahaja sambil gigit bibir,hahaha




Ini potret keluarga cina zaman dulu-dulu




Lukisan pakaian kaum wanita melayu dahulu,menarik
Aku jadi suka akan lukisan ini.Ia membawa fikiran aku ke zaman dahulu kala

Koleksi stamp wajah Dato A Samad Said penulis hebat

Foto ini di ambil pada tahun 2018 ya.QR code.Yang aku faham pengkarya ingin memberitahu simbolik zaman kini iaitu ke mana saja anda berjalan pasti kena scan QR code.Tambah pula sekarang zaman virus covid,wajib scan my sejahtera!


Badan manusia berkepala keris.Tak pandai tafsir

Kapal pedagang yg pernah belayar di tanah air kita suatu ketika dulu


Duit kertas America


Duduk beristirehat di atas sofa empuk






Fikiran berputar ligat meneliti maksud setiap lukisan/pameran.Cuba mentafsir guna akal yang paling dalam


Pesakit yg terlantar di katil hospital dengan harapan untuk sembuh semula






Tidak semua lukisan dan pameran yang boleh kita fahami maksud tersirat dan tersurat walaupun ada penerangan sedikit tentang lukisan itu.Hanya orang seni dan fikiran kreatif saja boleh menafsir maksud sebenar yang ingin diceritakan.

Datanglah beramai-ramai di Balai Seni Negara.Tempat yang sunyi,tenang jauh dari kebisingan dan keserabutan,Untukmu wahai manusia yang sukakan ketenangan!

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...