Thursday 26 December 2019

Kampungku sawah padi yang indah

Setiap orang ada kampung halaman masing-masing.Kalau dia kata dia budak KL sekalipun pasti ada kampung di mana tempat asal nenek moyangnya.Aku paling suka negeri Perak,kalau boleh nak juga ada kampung di Perak.

Aku pernah ke Sungkai,Perak kampung kawan aku di kawasan felda.Memang aman,damai dan tenang sungguh.Kampungnya teratur dan bersih.Bagi 5 bintang.Belakang rumahnya ada pokok rambutan,pokok durian,pokok maggis.Kebetulan sedang musim buah,puas kami melantak.Aku makan sikit je takkan nak pulun sebesen.Petang itu kami ke Felda Hotspring.Uihhh best betul mandi air panas.Lepas tu singgah di Sg Tisung esoknya.

Cakap pasal kampung orang,gambarnya pun tak ada nak tempek.Kisah 13 tahun lepas.Lama sangat dah.

Ini pula kisah tentang kampung halamanku.Apabila pejam mata aku terbayang kisah pahit semasa kecil di sini.Manusia berhati syaitan itu ada kerana kurang kasih sayang




tu dia pokok limau bali..sedap wehhh cicah gula kicap cili



Rumah masih gaya lama di zaman 60an tetapi masih utuh.Hanya bahagian kayu bawah rumah sahaja dimakan anai-anai itu pun cuma sedikit sahaja..asalkan ada penghuni yang rajin jaga kebersihan dan buang segala sampah sarap.Tiap kali aku balik kampung,kebanyakan rumah kayu di kampung sudah bertukar menjadi rumah batu yang moden.Siap pasang aircond.

Kampung ini banyak nostalgia buatku di zaman kanak-kanak dari umur 7 tahun-11 tahun aku tinggal bersama atuk,nenek dan makcik,pakcik.Masuk darjah 6 aku kembali ke KL.

Tak dinafikan atap rumah jenis zink memang panas apabila menjelang waktu tengahari hingga petang.Tapi apabila malam rumah menjadi sejuk.Jika tinggal di rumah batu,apabila tiba waktu malam maka menggeletik kepanasan,udara pun tidak masuk mengalir dengan baik.

Kenangan tinggal di kampung itu indah tak serupa tinggal di kota.Budak kampung bermain cara kampung,seperti lompat tali getah,bola,basikal,kutip buah getah,masuk semak kutip buah-buahan.Kampung aku semua jenis buah ada seperti duku,langsat,durian,rambutan,manggis,salak,nangka,cempedak,buah gajus,buah rambai,belimbing buluh,jambu air,limau bali,limau nipis,limau kasturi,delima dan beberapa jenis buah hutan.

Makcik garang macam sarang tebuan bila aku ada nakal-nakal sikit.Dulu aku ni persis tomboy masa zaman budak.Semua permainan budak lelaki aku nak cuba.Biasalah nanti kena piat dengan lidi atau rotan.Sigh...al Fatihah untuk arwah atuk yang dah kembali pada tahun 2008.Semoga tenang abadi di sana.

Teringat pondok buluh tepi ni,tempat atok simpan padi.Ni semua budak-budak yang masih bersih tanpa noda dunia sedang riang bermain 

Arwah mek.Dia pandai memasak,bikin jem rambutan,bikin bedak sejuk bunga melur.
pemandangan belakang kampung,fuhh terbaik

org panggil daun kapal terbang,biasanya buat cuci kerang yg kotor berlumpur

banyak dah banglo naik di kawasan kg



kolam kecil terbentuk secara semulajadi di sawah.Cantiknya..ada anak ikan dalam ni

Lembu pun seronok duduk di tanah sawah yg segar dan damai ni




Teringat zaman kanak-kanak tangkap ikan keli,ikan laga,belalang dan kena sergah dgn ular sawa batik di depan sana..mencicit lari tinggalkan selipar nenek.

Hutan setempat di belah atas tu ada kampung bunian.Pakcik selalu terhidu bau masakan apabila lalu di situ.Babi hutan pun ada.Belah kiri boleh nampak laluan keretapi dari jauh dan tanah Siam.

Semua gambar-gambar di atas aku rakamkan pada tahun 2011.Fresh and young.Zaman belum lagi ada gajet-gajet pelik seperti sekarang,hanya menggunakan kamera digital Samsung.

Tanah di kawasan sawah padi masih dara belum diteroka.Sekarang,apabila aku lepaskan pandangan ke sawah padi maka nampaklah beberapa buah rumah batu.Tiada lagi luas pemandangan kehijauan yang subur dan malar segar seperti 10 tahun lepas.Rindu kedamaian yang lama..bukan yang sekarang....banyak kenangan di sawah padi ini...sekarang macam dah tak terurus sangat sejak pakcik pun sudah makin menua,atuk nenek dah kembali ke alam abadi...

Tiap kali aku pulang ke kampung,memang tak lepas peluang berdiri di tengah sawah sambil melihat pemandangan,terasa satu ketenangan tatkala berada di sini...aura positif alam semulajadi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...