Tuesday, 1 June 2021

Dosa itu ibarat kotoran melekat di pakaian

 Di sini aku akan nurkilankan satu kisah/sajak berkenaan noda hitam yakni dosa ...dosa kecil mahupun besar...rasa diri berdosa ini mungkin pernah dialami semua manusia yg bergelar hamba

1 dosa atau perkara buruk kita lakukan akan mendapat 1 titik noda di dalam hati.1 dosa lagi maka 1 titik lagi.Berapa banyakkah dosa kita setiap hari setiap jam dan ketika?Tidak terhitungkan kawan.

Membuang masa juga berdosa kecil,membaling sampah ke rumah org juga berdosa.Mengumpat,memfitnah dan mengaibkan org juga berdosa.Itu belum lagi bab dosa besar.

Berpuluh tahun kita hidup bertompok-tompok dah titik hitam dalam hati itu.Kalau boleh dilihat secara berdepan sudah tentu rasa jijik sekali umpama melihat kulit sendiri yg dijangkiti kurap.Sebab itulah hati menjadi semakin keras akibat dosa yg kurang bertaubat.

Perasan ke tidak semasa kita di alam kanak-kanak kita bahagia menjalani kehidupan?Kita gembira sentiasa tanpa sedih yg panjang?kita tak kusut fikir masalah dunia atau masalah hidup.Ini kerana jiwa kanak-kanak suci bersih tanpa dosa.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jerry Yan Meteor Garden

Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di ser...