Ini boleh jadi kisah benar atau sudah bercampur dengan fiksyen.Terpulang kepada pembaca untuk menghayati atau dijadikan sebagai hiburan semata-mata.Untuk memudahkan cerita,nama watak utama dinamakan sebagai "aku".
Nama aku Carissa.Nama pendek Rissa.Aku selalu berulang alik ke hospital untuk berjumpa doktor pakar kerana penyakit yang aku hidapi ini perlukan pemantauan doktor dari semasa ke semasa.Kebiasaannya aku ada temujanji dengan doktor pakar di bahagian klinik pembedahan am atau dalam bahasa inggeris dipanggil S.O.P.D sebulan sekali atau tiap 2 minggu.Dalam kad temujanji tulis masa 9 pagi tapi bukannya 9.30 pagi boleh masuk bilik doktor.Pesakit memang ramai berpuluh orang menunggu.Selepas 3 jam barulah giliran anda dipanggil.Jemu menunggu dengan kesejukan air cond lagi.Sempat pergi makan tau tak.Nombor giliran pula melompat-lompat dipanggil secara rawak.Anda harus waspada.Menunggu memang lama tetapi berjumpa dengan doktor 5-10 minit sahaja.Sabar sajalah.Masa tu kalau hendak bertanya apa-apa silakan jangan lepaskan peluang.Bukan senang hendak berjumpa doktor.Setiap kali ada temujanji aku akan berjumpa dengan doktor pakar berlainan bukannya doktor yang sama sahaja. merawat aku.Kalau kebetulan dapatlah berjumpa dengan doktor yang sama 1-2 kali.Bergantung kepada nasib.
Pada aku lebih baik berjumpa dengan 1 doktor sahaja.Ada juga doktor perempuan yang bagus penerangannya ada juga doktor lelaki yang bagus.Bergantung kepada kreativiti doktor memberi kaunseling kepada pesakit.Kadang lain doktor berbeza cara penerangannya.Boleh buat keliru dan tidak faham.Doktor juga bukannya sentiasa ada di klinik pembedahan am sahaja,sebelah petang mereka akan bertemu pesakit yang bakal membuat pembedahan pula di dalam wad.Kadang-kadang berkejar di unit kecemasan.Aku tahu pun sejak aku berulang alik ke hospital dan lama-kelamaan aku cam doktor-doktor ini.
Suatu hari mood aku ceria ke hospital.Biasanya aku resah gelisah kerana bosan fikir kena menunggu lama untuk berjumpa doktor.Hari itu aku bermekap sedikit menyerlahkan wajah manis dipadankan pula dengan baju ala-ala gadis Jepun.Nampak comel bahagian kolar baju berikat riben dan skirt kekotak paras betis.Kakiku tersarung kasut but paras buku lali.Rambutku didandan berkepuk-kepuk.Sungguh bergaya aku kali ini aku sendiri rasa agak janggal.Masuk saja di hospital puluhan mata memerhatikan gayaku.Pada aku gaya penampilanku ringkas sahaja mungkin nampak kelainan dengan fesyen orang biasa.Aku melirik wajah di cermin baru aku perasan aku kelihatan seperti gadis Jepun pula.Biarlah sesekali tukar angin untuk ceriakan perasaan sendiri juga.
Aku melangkah mendaftar diri di kaunter klinik SOPD.Jururawat dan pesakit yang duduk di bangku memerhatikan aku atas bawah.Pelik sangatkah aku kali ini soal aku di dalam hati.Aku sedapkan hati sendiri dengan mengatakan aku nampak menarik sebab itu mengundang mata memandang.Aku duduk di kerusi menanti nombor giliran dipanggil.Ramai doktor lalu lalang menuju ke bilik mereka bertugas.Ada doktor muda,doktor pertengahan usia dan doktor pelatih.Aku sudah beberapa kali menguap bosan menunggu bilakah giliranku dipanggil.Puas aku belek telefon aku buka buku novel pula membaca.Seronok juga membaca hingga tak sedar masa berlalu.Tiba-tiba nombor giliranku dipanggil oleh mesin di skrin.Aku masuk ke nombor bilik seperti yang tertera di skrin.
Aku berjalan perlahan melalui lorong.Beberapa doktor dan jururawat yang lalu lalang melirik pandang ke arahku.Pintu bilik doktor yang sudah sedia terbuka diketuk aku perlahan tanda sopan.Kelihatan seorang doktor lelaki umur 30an menungguku dan mempersilakan aku masuk.Doktor bercermin mata itu khusyuk membelek fail rekod kesihatanku.
"Cik Carissa,saya Dr.Aaron..." sapa doktor bercermin mata itu ramah.Jarang doktor yang memperkenalkan nama mereka sepanjang aku menjalani pemeriksaan di hospital ini.
"Hai Dr.Aaron..."aku berbasa basi juga sambil tersenyum.Potongan rambut doktor menampakkan kekacakannya di samping tubuhnya yang bidang.
"Macam artis k-pop pula gaya doktor ni" bisikku di dalam hati.
Walaupun di sebalik mask muka aku tahu doktor itu membalas senyumanku kerana aku nampak kerutan kecil di matanya.Doktor memerhatikan laporan kesihatanku dan keputusan darah.Doktor meminta aku duduk di kerusi dan membuka mask untuk pemeriksaan lidah,anak tekak.Sebaik sahaja aku menanggalkan mask muka aku perasan doktor menjeling dan menikmati keindahan wajahku buat seketika.Dalam hati aku kata kerana mekap inilah aku nampak berseri.Kalau tidak pucat sahaja.Doktor pun boleh terbuai seketika.Perasannya aku kan...entah-entah doktor tengok aku pelik dengan bulu mata palsu ni haha.
Doktor selesai menjalankan pemeriksaan fizikal ke atasku.Setakat ini aku rasa selesa dengan cara Dr.Aaron memberi penerangan tentang sakitku dan menjawab soalanku dengan profesional.Senang faham dan hati juga tenang.Doktor juga ada menyelit kata-kata semangat buatku.Bagus pula cara doktor ini bercakap,aku suka.Berbeza dengan doktor lain.Ini yang aku mahukan sebenarnya.Biasanya doktor yang aku jumpa sebelum ini cuma bercakap ala kadar sahaja seperti hendak cepat habiskan sesi.Mungkin sibuk mengejar pesakit lain yang bakal menyusul.Dr Aaron ini berbeza rentaknya.Dia nampak mesra dan mudah didekati.Aku rasakan doktor ini seorang yang positif dan peramah.
"Doktor Aaron,bolehkah temujanji akan datang saya nak minta berjumpa dengan doktor juga?" soalku sebelum keluar bilik.
"Saya tak pasti sebab nombor giliran tu bergantung kepada sistem.Sistem yang akan aturkan dengan doktor bilik mana kamu berjumpa" balas doktor dengan sopan.
Aku menggigit bibir dan berfikir sejenak.Betul juga kata doktor.Selama ini memang begitulah bukannya berjumpa dengan doktor yang sama sahaja.Bertukar-tukar.
"Doktor..bolehlah doktor..saya nak jumpa doktor juga sebab saya selesa dengan cara doktor" aku seakan merayu dengan doktor.
"Mana-mana doktor pun sama juga.Semuanya doktor pakar semua ada kepandaian masing-masing"balas doktor dengan tenang.
"Tapi saya tetap nak jumpa doktor juga,saya keliru dengan penerangan doktor lain.Cara doktor buat saya bersemangat untuk sembuh dan jadi positif..."balasku sambil memujuk.
Dr Aaron mengetuk-ngetuk pen di meja seketika sambil berfikir.Kemudian dia meminta kad temujanji aku dan memanggil pembantu jururawat untuk mencatit sesuatu di kad aku.
"Ok temujanji akan datang lagi 2 minggu awak jumpa saya ok?"
Rasa nak bersorak di situ juga.Aku tenung kad temujanji aku,ada tarikh baru temujanji pada bulan depan dan dalam kurungan nama Dr.Aaron.Jadi aku akan berjumpa doktor yang sama bulan depan.
Aku berdiri bersedia untuk keluar.Jururawat meminta aku tunggu di luar sebentar.Aku meminta diri untuk keluar.
"Dr,terima kasih.." aku bersuara riang.
Dr Aaron menoleh ke arahku dan aku lihat dia khayal sebentar melihat aku seperti memikirkan sesuatu.
"Sama-sama.Jumpa nanti ok?"balas doktor.
Aku angguk."Baik doktor"
Jururawat yang berbaju putih itu kemudian memanggil namaku di muka pintu dan menyerahkan borang darah dan slip ubat.Pesannya sebelum tarikh temujanji,sila datang ke makmal darah seminggu sebelum untuk ambil ujian darah.Aku sedia maklum akan hal itu.
Aku beredar dari bilik doktor dan keluar dari kawasan itu.Mata-mata orang yang lalu lalang tidak lepas memerhatikan aku seperti aku ini selebriti pula.Aduhai...yang penting rasa yakin diri aku meningkat.Dr Aaron pun macam pandang aku tak jemu tadi.Perasankah aku...
********************************************************************************
Pagi ini aku rasa mengantuk sungguh kerana malam tadi sukar lelapkan mata.Agaknya penyakit yang aku alami ini membuat aku susah tidur.Aku tilik borang darah.Jam 9pagi (tidak puasa).Jadi bolehlah aku sarapan sedikit sebelum bertolak ke hospital untuk ambil ujian darah.Aku menyarung baju kemeja ketat beropol di bahagian dada dan seluar jeans potongan skinny serta kasut but.Aku tilik cermin.Baju ini menyerlahkan bentuk dadaku kerana ia ketat di dada.Aku memakai rantai Hermes.Nampak manis sekali tergantung di celah dada.Aku rasa lebih yakin pakai kasut but ini daripada kasut tumit tinggi yang menyeksakan kaki.Silap-silap jatuh tergolek aku juga yang malu.Aku ni suka berjalan cepat tak suka berlenggang.Rambut aku separas bahu dilepaskan begitu sahaja.Aku bermekap ala kadar asalkan nampak ceria.Gincu warna nude,pemerah pipi warna dusty pink dan mekap mata sedikit.
Sampai di makmal patologi aku mengambil nombor giliran.Ramai pula pesakit pagi ini,hanya ada beberapa buah kerusi sahaja masih kosong.Aku sedar ada ekor mata yang memerhatikan gayaku.Aku buat biasa sahaja.Di tepi kerusi aku ada seorang makcik tua.Dia membebel keseorangan.Aku memerhatikan saja tingkahnya.Kemudian dia menegur aku."Apa nombor giliran kamu ?"
"4047"jawabku ringkas.
Makcik itu menyuruh aku bacakan nombor gilirannya.Katanya matanya rabun.
"2030 makcik.Lagi 5 orang lagi kemudian nombor makcik"terangku.
Makcik itu mengangguk dan ucapkan terima kasih.Selesai mengambil darah aku beredar dari bilik tersebut.Aku berjalan melewati depan lif.Kemudian aku lihat dari tepi seperti Dr Aaron sahaja.Dia berdiri menunggu lif dengan dua orang lagi doktor.Aku sengaja berjalan depan doktor dan memang aku niat untuk menegur doktor ala k-pop itu.Bila lagi kan...
"Hai Dr Aaron.."sapaku ramah.Dr Aaron mengerutkan kening sebentar seperti ingat-ingat lupa siapa aku.
"Hai...sorry saya lupa nama you siapa.."balas Dr Aaron ramah.Lagi dua orang doktor hanya memerhatikan aku.
"Doktor ni cepat sangat lupa.Nama saya Carissa"ujarku.
Dr memetik jari seperti ingat semula siapa aku."Ya saya baru ingat...hehe"
"Kan 2 minggu lepas saya ada jumpa doktor.Pergi mana ni doktor?"soalku perlahan.
"Ambil fail pesakit di G floor.."
Tiba-tiba pintu lif sudah terbuka dan doktor meminta diri.
"Minggu depan kita jumpa ya doktor"kata aku sekadar mengingatkan sambil melambai.
Dr Aaron keluar dari lif menuju ke klinik tempatnya bertugas diiringi dua orang doktor bersamanya tadi."Pesakit you ke tadi Aaron?"tanya Dr Layla.
"Pesakit i tu.Hari tu dia ada datang jumpa i.."balas Dr Aaron mendatar.
"Peramah betul pesakit you.Carissa kan namanya" kata Dr Izham pula.
Dr Aaron tergelak kecil."Biasalah pesakit ni macam-macam dapat yang peramah senang hati,kalau dapat yang asyik nak marah,degil...lagi susah hati" tingkah Dr Aaron sambil mempercepatkan langkah.
*******************************************************************************
Aku tidak sabar untuk bertemu Dr Aaron esok.Aku rasa senang hati dirawat olehnya.Dia berbeza dengan doktor lain yang acuh tak acuh sahaja menjawab soalan pesakit.Aku rasa bersemangat mendengar celoteh ringkas Dr Aaron tempoh hari.Kalau dulu aku selalu makan ubat tak ikut waktu.Selepas mendengar nasihat doktor aku mula bersemangat untuk lebih disiplin menjaga kesihatan.Wajah dr juga menenangkan jiwa.Aku suka melihat dia menulis laporan dalam fail.15 minit pertemuan tempoh hari rasa tidak cukup.Aku ingin berbual lebih panjang lagi tentang penyakitku.
Dapat doktor bagus,kacak pula tu,peramah.Hai senangnya dalam hati...
Malam itu aku tidur awal kerana esok pagi harus bangun pergi ke hospital jam 9 pagi.
Pening kepala aku fikirkan baju apa yang sesuai dipakai untuk ke hospital.Biasanya sebelum ini aku main sarung saja apa yang ada janji siap.Tapi kali ini aku rasa lebih bersemangat untuk berdandan rapi kerana aku akan berjumpa doktor kegemaranku!Aku kena pastikan aku nampak cantik dan kemas di depan doktor nanti.Aku menyarung baju tiub bertali halus dipadankan dengan cardigan kelabu di luar,seluar hitam dan kasut tumit 3cm.Rantai Hermes tidak dilupakan.Aku menyucuk subang bergelang besar di telinga dan lepaskan rambut.Mekap sederhana tetapi menarik.Wah aku nampak seperti artis pula.Glamour lain macam ni sebab subang besar.Hmmm biasa saja bukan keterlaluan pun gayaku aku sedapkan hati.
Sampai di hospital aku menunggu nombor giliran.Seperti biasa sebaik sahaja aku melangkah masuk,banyak mata-mata yang memerhatikan aku.Aku buat biasa sahaja.Aku menunggu dengan sabar dalam masa yang sama teruja untuk bertemu Dr Aaron.Ada banyak soalan ingin ditanyakan nanti berhubung dengan sakitku ini.2 jam menunggu akhirnya aku dipanggil ke bilik 21.Bau minyak wangiku semerbak tiap kali melewati sesuatu tempat.Harap doktor tak pening bau aku nanti.Aku mengetuk pintu.Kosong pula kerusi doktor kemana doktor pergi?Aku masuk ke dalam dan duduk menunggu doktor muncul.
"Tunggu sekejap ya cik,Dr Aaron pergi selesaikan 1 kes pesakit di bilik hujung" kata jururawat yang bertugas.
"Oh saya ingatkan doktor tak ada"balasku pendek.
Berdebar pula aku menanti doktor datang.8 minit telah berlalu.Aku kesejukan.Tiba-tiba muncul kelibat doktor berbaju kemeja putih.Aku tahu itu Dr Aaron dari tepi.Rambutnya pun aku kenal.
"Hai Dr.." aku menegur dengan sopan
"Carissa,maaf tadi saya ada urusan sedikit selesaikan hal pesakit" terang doktor sebaik sahaja dia duduk di kerusi.
"Tak ada masalah doktor bukan lama mana pun"jawabku sambil tersenyum.
Dr Aaron membaca laporan failku dan menyemak keputusan darah.Katanya bacaan darahku agak stabil.Aku tahu sebab aku makan ubat secara teratur sekarang.
Dr meminta aku duduk di katil pemeriksaan untuk memeriksa fizikalku.Kemudian dia mencatit sesuatu di failku.Aku diminta duduk semula di kerusi.Dr memandangku seperti terkhayal sebentar.
"Dr Aaron...."aku menjongket kening mengusik.
"Haha ya Carissa"balas dr sambil membetulkan cermin matanya.
"Cantik sungguh Carissa hari ni,terbuai sekejap aku tengok" monolog Dr Aaron dalam hati.
Doktor mula memberi penerangan tentang sakitku dan aku tidak lepaskan peluang bertanya soalan-soalan yang sudah aku sediakan dalam kepala.Doktor menjawab dengan tenang dan profesional.Mudah untuk difahami.Doktor Aaron juga tidak tergesa-gesa menamatkan sesi temujanji dan menyuruh aku tunggu di luar.Dia melayan sahaja apa jua pertanyaanku selagi belum selesai.Aku juga tidaklah mengambil masa begitu lama di bilik doktor.Aku tahu doktor juga ada pesakit lain yang perlu diselesaikan.Jururawat yang berdiri di tepi meja belakang hanya memerhatikan aku sambil membuat tugasannya.Aku menunggu saja jururawat itu beredar ke tempat lain sekejap.Aku ada rancangan aku sendiri selepas ini.
Aku menulis sesuatu di atas kertas dan meminta Dr Aaron baca.
"How to contact you Dr?"
Dr Aaron memandangku dan berfikir sejenak."Apa-apa kamu datang sahaja ke sini cakap dengan nurse nak jumpa saya"balasnya dengan sopan.
Jururawat yang berdiri di hujung meja itu seperti mencuri dengar perbualanku dengan doktor.Aku harap dia segera beredar.Aku tak mahu dia membuat gosip dengan rakan sekerja lain tentang kerenah pesakit di sini.Kemudian aku dengar ada jururawat lain memanggilnya.Dia segera pergi ke bilik sebelah.Fuh lega.
"Nurse kata hanya pesakit ada temujanji saja boleh jumpa doktor,tak boleh saja-saja datang"balasku sambil buat muka tak puas hati.
Dr Aaron mengetuk-ngetuk pen di meja sambil memikirkan sesuatu.Kemudian dia tersenyum.Dia mengambil kadnya di dalam laci dan menyerahkan kepadaku.
"Awak boleh contact saya tapi di luar waktu bekerja.8 pagi-5 petang tidak dibenarkan"ujar doktor.
Aku angguk setuju.Dalam hati gembira bukan kepalang akhirnya aku dapat nombor telefon doktor untuk dihubungi.Memudahkan urusan aku.
********************************************************************************
Selepas 3 hari berlalu aku mengikut arahan doktor makan ubat tepat pada waktu dan amalkan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan.Aku setuju dengan doktor.Aku berkira-kira hendak menghubungi nombor telefon Dr Aaron atau tidak.Kalau hubungi doktor pun apa yang hendak ditanyakan ya.Aku hilang idea.Atau sekadar menghantar mesej bertanya khabar?Ah itu mustahil.Aku bukannya terlalu rapat dengan doktor hinggakan hendak mesej bertanya khabar seperti orang yang sudah kenal lama.Tak apalah baik aku diamkan diri dahulu sementara waktu.Lagipun aku tiada idea untuk mesej/telefon atas urusan apa.Tunggulah apabila aku perlukan nasihat doktor nanti.
Disebabkan aku bekerja freelance sebagai jurujual persendirian aku punya banyak masa ke sana ke sini.Aku tidak terikat dengan polisi syarikat.Kerjaku mencari stok barang dan pos kepada pelanggan itu sahaja.Jadi aku banyak masa terluang apabila urusan kerjaku telah selesai.Bosan-bosan aku akan ke Times Square,Bukit Bintang shopping baju.Itu satu terapi untukku.Pusing satu mall pun aku bertenaga.
Tiada masalah pun keluar seorang diri sebab sudah terbiasa.Selama ini aku berseorangan tanpa peneman.Lebih selesa sebenarnya.Kawan-kawan rapat aku kebanyakannya sudah berkahwin dan ada keluarga.Aku rasa tidak sesuai lagi berteman dengan mereka.
Seminggu kemudian rasa tergerak hati untuk menghubungi Dr Aaron kerana dadaku berdebar kencang dan tanganku menggeletar.Aku rasa simptom sakitku kembali muncul entah di mana silapnya.Adakah aku tersalah makan apa-apa.Malam itu jam 8malam aku cuba menghubungi doktor namun tidak berjawab.Aku cuba kali ke 3 barulah mendengar suara doktor di talian.
"Hello Dr Aaron.Maaf menganggu.Saya Carissa pesakit doktor tempoh hari yang doktor ada bagi kad"terang aku dengan jelas agar doktor tidak bersoal siasat siapa aku.
"Hai Carissa.Saya ingat...ada apa ya di sana?"soal Dr Aaron terus-terang.
Aku terus menceritakan simptom-simptom sakitku yang kembali muncul dan meminta nasihat doktor.Setelah habis bersoal jawab dengan doktor,aku diminta datang ke hospital berjumpa dengannya esok pagi.Katanya penyakit ini kena didiagnos di hospital bukan secara atas talian.Betul juga.Itulah kaedah paling tepat.
Esok pagi aku bersiap hanya ala kadar tidak seperti sebelumnya.Aku tiada mood untuk melawa.Tambahan pula tanganku menggeletar tak boleh bermekap.Aku cuma menyapu bedak dan lipbalm.Baju ketat lengan pendek dipadankan dengan skirt tutu kembang warna hitam.Aku menoleh ke arah cermin.Wajahku tidaklah pucat mana kerana aku bukannya kaki mekap tebal sebelum ini jadi wajahku tiada perubahan ketara.Rambutku disanggul ala bun.
Tiba di hospital aku mendaftar diri dan menyebut nama Dr Aaron kepada staf yang bertugas di kaunter.Mereka mencatat info di kad aku.Aku diminta ke bilik Dr Aaron.Sampai di sana aku lihat doktor sedang menyemak failku.Aku menegur Dr Aaron dengan sopan.Doktor kelihatan kemas seperti dahulu.
"Hai Carissa.Duduk Carissa.."
Aku terus duduk dan memerhatikan doktor.Dia kemudian membuat pemeriksaan fizikal ke atasku.Katanya jantungku memang laju.Tekanan darahku nampak ok.
Dr memberiku ubat mengawal kelajuan nadi dan menyuruhku banyak berehat.Jangan terlalu stres fikirkan masalah.Dr menulis slip ubat lalu menyerahkan kepada aku.Tiba-tiba aku terasa pening dan pandanganku gelap-gelita.Aku tidak sedarkan diri.
Apabila tersedar aku sudah berada di atas katil hospital dan berpakaian pesakit.Di lenganku ada mesin tekanan darah,denyutan nadi.Aku bernafas lemah sambil lengan kiri dicucuk air.Tiada pula nampak Dr Aaron.