Friday, 18 March 2022

Pening lesu lemah

 Aku merasa letih,lesu,lemah tak berdaya
Nafasku seakan tersekat di dada
Jalanku lemah tak bertenaga
Kepalaku pening berpusing-pusing
Terasa ingin rebah terjatuh

Hampir sebulan itu peristiwa 
Syukur aku masih menghirup udara
Menyaksikan keindahan alam maya
Menyebut nama Tuhan Yang Esa

Adakah kesakitan ini bukan biasa
Takut corona kembali melanda
Aku berdoa bukan ia
Trauma derita kembali menerpa

Ya Tuhan penciptaku
Lindungi aku dari keburukan
Yang menghembus malam dan siang
Tanpa pertolonganMu aku mati
Ibarat hidup tidak bererti


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Sosial media merosakkan manusia

  Gambaran Keseluruhan AI SOSIAL MEDIA MEROSAKKAN MANUSIA  +49 Dakwaan bahawa media sosial telah merosakkan masyarakat adalah sesuatu yang k...