Masuk tahun baru 2022 bila dicongak kira hampir 10 tahun aku dilanda sakit.Sakit apa?Demam,batuk,selsema,sakit kaki?Oh tidak..itu sakit biasa dan semua manusia normal mengalaminya.Seminggu dua sihatlah semula.Penyakit yang aku lalui ini agak kronik pada pandangan aku sebab aku yang alami dan lalui jadi aku lebih tahu dan faham kesannya.Ia memberi kesan mendalam kepada mental dan fizikal aku.Aku sebenarnya ada penyakit AUTO IMMUNE DISEASE.
Penyakit ini berlaku apabila sel baik dalam badan aku tersalah menyerang badan aku sendiri sepatutnya sel itu menyerang kuman-kuman jahat dalam badan.Sel baik itu telah menyerang kalenjar tiroid,leher dan mata aku.Disebabkan itu maka aku dipanggil sakit tiroid kerana berkaitan dengan masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan iaitu hipertiroid (hormon terlebih tinggi).Bukan sekadar hormon tidak seimbang malah ia menganggu fungsi-fungsi penting dalam tubuhku.Antaranya ialah;
-Suhu badan tidak normal.Aku cepat rasa panas dan berpeluh
-Tangan mengiggil (pegang sudu gula terketar-ketar)
-Cepat marah,naik angin dan sukar mengawal emosi
-Jantung berdetak laju sentiasa berdebar dan cemas
-Leher bengkak kerana kalenjar tiroid membengkak (grave disease)
-Mata terjojol (thyroid eye disease)
-Kulit kering dan cepat gatal
-Cepat lupa dan tidak boleh ingat sesuatu perkara dengan jelas
-Rambut gugur
-Berat badan berkurangan walaupun makan banyak
-Mudah pening dan sakit kepala
-Tubuh terasa lemah dan lesu
-Pandangan mata kabur
-Kulit selalu naik bintik di muka dan seluruh tubuh.Alergik
-Kaki selalu cramp dan terik urat
Sebenarnya ada banyak lagi simptom-simptom bergantung kepada orang juga.Aku bukan sahaja hipertiroid tetapi ada masalah bengkak di leher iaitu grave disease.Leher aku nampak bengkak dan kembang.Mata aku juga jadi besar dan terjojol.Hodohnya rupa aku bila diserang penyakit ini.Bila ambil gambar jelas nampak mata aku terjojol sebelah dan kemerahan macam sakit mata.Sebelah mata lagi seperti layu nak terkatup.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.