Tuesday 23 April 2024

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui jawapan kenapa aku perlu BERHENTI dari membeli.

Menurut info berguna yang aku dapat,kebanyakan pakaian di pasaran adalah beracun dan bertoksik.Kenapa pula?Sebab itulah kena mengkaji dan belajar dari mana sumber baju-baju,seluar,kain dan kasut anda dibuat.Setelah hampir seminggu lebih aku study akhirnya aku dapat jawapan sebenar kenapa sesetengah pakaian membuat kulit semakin berpeluh,panas,gatal dan alergik.Ini kerana ia diperbuat daripada PLASTIK!Botol-botol plastik terpakai dikisar sampai halus dan melalui beberapa proses kimia akhirnya berhasil menjadi pakaian.

Terkejut aku bila tahu kerana sebelum ini hanya beli dan pakai.Tak ambil tahu tentang jenis-jenis fabrik.Polyester adalah sejenis plastik yang diproses menjadi pakaian!!Terkejut juga aku pertama kali tahu.Tapi memang perkataan polyester itu pun bermaksud plastik.Patutlah setengah baju bila pakai rasa panas,meningkatkan haba badan dan berpeluh.Bakteria juga boleh membiak bila memakai pakaian dari polyester ini.

Banyak pakaian yang mencampurkan unsur polyester ini agar tidak mudah renyuk dan tahan lama.Bila aku cek semula pakaian yang ada di rumah,tertulis perkataan polyester di label kecil sebelah dalam baju.Contohnya 95% polyester 5% elastic.Elastic itu getah.Patutlah panas nak mati bila pakai.Tak menyerap peluh.Hanya cantik di mata sahaja.Keselesaan -kosong.

Antara bahan sintetik/buatan lain pada pakaian adalah Rayon,Nylon,Acrylic.Semuanya terhasil dari unsur kimia yang membahayakan kesihatan apabila dihidu,dipakai,dicuci.

Rayon adalah kain sejuk.Nylon pula biasanya dibuat pakaian dalam.Acrylic juga adalah sejenis bahan plastik yang diproses menjadi baju dan seluar.Contohnya cardigan kain panas itu.Fungsinya memerangkap haba dalam suhu sejuk.Plastik kan bersifat panas.

Jujur aku cakap negara China lah paling banyak menghasilkan kesemua pakaian yang tidak berkualiti dan beracun ini.Kos plastik kan murah.Cuba anda semak label dalam baju.Pasti buatan china.Terutama shopping di platform aplikasi shopee lazada yang menawarkan harga rendah.Semua itu kena fikir 10x.Tak kisahlah kau beli di butik terkemuka seperti Levvvis,Zaraaa,Uniqqqlo dan yang berjenama pun cek dahulu.Orang meniaga memang nak cut cost dan untung besar.Soal kesihatan atau etika ditolak tepi.Kita sebagai pengguna harus bijak membeli dan memilih.

Selama ini aku hanya tahu beli dan pakai.Bila rasa panas dan tak selesa aku berhenti pakai kemudian simpan dalam almari.Duit terbuang bukannya murah semua baju itu.Rupanya aku salah memilih pakaian.Kita kena cakna dari apa bahan buatan pakaian kita termasuk kain tudung kepala iaitu skaf.Patutlah panas kepala,gatal dan berpeluh.

Skaf juga 90% diperbuat daripada bahan sintetik.Sebab itulah mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit kepala,pening dan rasa tidak sihat apabila dipakai.Kita sangka kita salah makan tetapi rupanya kesan sampingan dari pakaian bertoksin yang kita pakai.

Kesemua pakaian yang dibuat dari bahan toksik ini akan menyerap masuk ke dalam liang kulit dan darah.Kemudian bertukar jadi microplastic ke dalam tubuh.Paling utama menganggu sistem endokrin dalam otak dan mengakibatkan masalah tiroid pada leher.Allahuakbar sedih sangat.Patah remuk hati aku dengar๐Ÿ˜ฅSelain itu masalah kulit,jantung dan menganggu sistem tubuh.Manakala pakaian dalam yang diperbuat dari campuran polyester pula akan menganggu sistem pembiakan dan kesuburan lelaki.Wanita pun sama.

Sekarang aku terfikir dari mana punca sakit tiroid yang sebenarnya.Adakah kerana terlebih stres?Salah makan?Atau pakaian bertoksik punca utama?Kita tidak sedar....selama ini pakaian jugalah penyebab manusia sakit.

Selepas ini kena rasai dan cek label pakaian belah dalam sebelum beli.Pastikan hanya memakai cotton 100%.Cotton berasal dari pokok kapas.Jangan lansung beli polyester,acrylic dan lain-lain.Aku baru sahaja cek pakaian yang ada di rumah.Mana yang ada campuran plastik aku dah buang.Kesihatan aku lebih bermakna.Lagipun baju dari plastik ni panas nak mati tak sesuai dengan iklim tropika di sini.

Banyak lagi aku kena cek dalam almari mana baju patut aku dispose/ hantar ke recycle.Aku takkan lagi membuang duit beli pakaian bertoksik.Hampir 30 helai baju aku beli di butik Jalan Jalan Japan yang scam pakaian kebanyakannya semua dari china.Jepun konon.Beratus ringgit dah aku habiskan duit rupanya banyak baju campuran dari plastik.Patutlah tak selesa,panas dan rasa sakit dada bila pakai.Hanya cantik di luar sahaja.Hati aku sakit geram bila tahu semua scam ini.

Pakailah sahaja yang lama asalkan vintage dan selamat.Duit pun jimat.Bumi juga selamat dari pencemaran kimia.Ada apa dengan fesyen kalau sengsara kemudian hari.Kebanyakan produk berjenama juga tidak boleh dipercayai.


Thursday 21 March 2024

 Shopping losen Mistine produk Thailand.Aku yakin produk ini berkesan mencerahkan kulit dan memberi kesegaran kepada kulit kering dan kusam.Sebelum ini aku pernah cuba Mistine White spa lotion white musk.Wangi dan macam bau bedak talkum.Powdery scent.Berjaya juga cerahkan kulit walau tidaklah ketara putih.

Kali ini aku cuba Mistine White Spa v3 pomogranate pula dengan 3x uv filter.


Baunya agak manly (kelakian) sedikit,cepat kering dan menyerap.Beberapa jam pakai masih berbau wangi pada kulit.Antara penerangan tentang losen ini;


DESCRIPTION

 Nourish your skin with Mistine White Spa Summer UV3 Whitening Lotion With Arbutin and Glutathione. Contains Vitamin C extract from Spanish pomegranate to reduce wrinkles and skin discoloration, strengthen the skin’s immune response and promote collagen growth for younger-looking skin. Also contains Triple UV Filters to protect the skin from harmful UV rays. Mistine White Spa Nourishes skin without the sticky feeling in a long-lasting fresh scent.

 

BENEFITS:

  • With Arbutin and Glutathione to lighten skin tone.
  •  Reduce wrinkles and skin discoloration.
  • Helps strengthens the skin’s immune response.
  • Promotes collagen growth for younger-looking skin.
  • With Triple UV Filters protect the skin from harmful UV rays.
  • With long-lasting fresh scent.
  •  Non-sticky water based formula.
  • Perfect for dry or rough skin.

Banyak kelebihan dalam satu botol.Yang pasti memang untuk mencerahkan kulit.Harap berkesan dan bukan hanya mendakwa semata-mata.

Tuesday 6 February 2024

Percayakan diri dan buang harapan kepada makhluk

 

*Perkongsian dari penulis Malaika cahaya

Hidup ini aku rasakan amat membosankan.Aku tak tahu ke mana arah tuju hidupku.Aku juga bosan,resah,risau,gelisah dan tidak ceria apabila membaca atau mendengar kisah duka orang lain.Seboleh-bolehnya aku tak mahu segala cerita itu tertimpa kepada diriku sendiri.Aku takut dan trauma.

Aku takut lagi untuk kenal dengan sesiapa tak kira lelaki atau wanita.Terutamanya kaum lelaki.Aku takut jatuh hati dan mengharapkan sesuatu dari mereka.Sedangkan mereka tidak berusaha pun untuk aku.Hanya aku mengharap terlalu besar.Akhirnya bermain-main dengan perasaan sendiri,andaian sendiri dan kesudahannya menyakiti hati sendiri apabila harapan tinggal impian.

Usah terjebak lagi ke perangkap hati perasaan.Semua itu racun yang merosakkan.Kebahagiaan yang didamba bertukar menjadi derita sengsara seperti langit api berduri tertimpa ke muka.Malah lebih sakit dari itu.Sudahlah berhentilah.Jangan lagi mengundang duka.

Sudahlah berhentilah mencari cinta dan kasih manusia.Manusia ini banyak yang berpura-pura dan tidak ikhlas.Setelah dapat apa yang dijahati maka mereka akan pergi menghilangkan diri.

Jangan percaya lagi dengan sesiapa.Belajarlah hidup mencintai diri sendiri dan mencari redha Tuhan.Kita bakal mati kelak membawa jasad dan roh menemui Tuhan.Kita akan tinggalkan manusia yang kita cintai juga.


Perpustakaan dbkl wangsa maju

 Hari ini aku cuti.Aku bercita-cita untuk meminjam buku novel di perpustakaan berhampiran rumah sahaja.Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak tu jauh perjalanan.Kalau ada kereta bolehlah.

Hari ini kita ke Aeon Big Wangsa Maju.Aku target nak makan sushi.Teringin pula lepas kawan kata dia makan sushi.Sushi Go ini terletak di kiosk kecil tingkat LG.Sebelum itu jom kita sarapan pagi dahulu.Eh aku belum sarapan setitik nasi lagi pagi ini.Ini dah masuk waktu makan tengahari.


Inari sushi rm 5.90 dan jumlah kesemua sushi ialah rm 12.80 percuma kicap dan wasabi.Kenyang juga alhamdulillah.

Aku pelik tengok food court tingkat atas di Aeon Big ini.Hanya 1 kedai tomyam saja buka.Kedai lain semua tutup.Suram tapi selesa bagi aku yang sukakan privasi.Food court ini dah banyak berubah tak sama seperti 5 tahun lepas- meriah banyak kedai dan semuanya buka.Aku masih ingat 2018 lalu aku kerja di sini.Sekejap saja masa berlalu kan.

Kedai menjual air pun milik orang Bangla /Pakistan.Aku tak nampak lagi tauke tempatan.Keadaan food court di sini suram mati rasa.Entahlah.

Selepas 30minit duduk di sini aku ke kedai telefon milik orang Pakistan; Encik Rashid di tepi food court.Hari ini kita tukar tempered glass dan casing telefon.Keduanya sudah mereput dan patah.Habis rm30.Aku sempat bertanya dia orang Bangla ke.Katanya Pakistan dan sudah 3 tahun buka kedai di sini.Memang aku perasan dari dulu lagi kedai-kedai di tingkat 3 tepi pejabat pos ini selalu bertukar-tukar.


*Tempered glass telefon aku kotak gold.

Kemudian aku menuju ke lot parking sebelah luar.Masih lagi di tingkat 3.Tempat ini paling meninggalkan bekas untukku.Masih aku ingat semasa kerja di sini waktu rehat aku selalu makan aiskrim sambil melihat pemandangan bukit.Aku rasa tenang dan sejuk hati.Inilah kehidupanku dulu.Kadang waktu rehat aku membaca buku di laluan pejalan kaki yang sunyi.Me time.



Rindu suasana di sini.Tempat kerja aku yang dulu hanya di sebelah dinding parking sahaja.

Inilah pemandangan dari parking Aeon Big wangsa maju.Nampak Bukit Melawati dari jauh.Indahnya suasana alam semulajadi dalam kl.Semakin lama semakin banyak bangunan yang naik.Mula-mula datang ke sini tahun 2007 2008 dulu tidak sebanyak ini pembangunan yang merosak pemandangan.

17 tahun sudah berlalu.Terima kasih ya Allah masih memberi kami nyawa.


*Inilah laluan pejalan kaki dari tempat parking.Di sinilah aku berehat sambil membaca novel dulu.Sungguh cepat masa berlalu.Masa itu amat laju meninggalkan kita cuma kita saja tidak sedar dan tahu menghargai masa.

Aku turun ke bawah masuk ke Aeon Wellness.Sunyi hari ini macam tiada orang.Hari biasalah katakan.Berkenan dengan pembayang mata (eyeshadow) jenama Silky Girl.Ada 50% diskaun dapat harga rm 11.95 sen sahaja.Teringin nak beli tapi sedar diri yang aku akan campak dalam almari saja.Baik beli benda lain yang berguna.



Blusher pun ada diskaun 50%.Tak apalah baik jangan beli.Tahan sabar ๐Ÿค

Kedai eco rm2.40 dalam Aeon Big pun dah 3 bulan tutup diganti dengan kedai sukan Original Classic.Agak luas tapi orang tidak seramai masa jadi Eco Shop dulu.

Aku beli sandal murah ada diskaun hebat.Dah beli sekali di cawangan OC Datum Jelatek dan pakai.Memang ringan,lembut dan selesa sangat di kaki.Kali ini beli lagi untuk mak.Boleh buat basahan ke pasar dan kedai.


Mak kata nak warna hitam.Ok aku beli hitam dan untuk stok simpanan aku sendiri pula ambil warna kelabu.Rm 20 sahaja mana nak dapat?Asalkan berkualiti dan harga mampu milik.Buat apa beli mahal-mahal tapi tak sedap pakai.Menyesal beli sandal Vincci di Sogo tempoh hari.Konon diskaun harga rm39 sahaja tapi melecet kaki lepas pakai.Jadi tergesel-gesel kaki.Sudahlah berat nak heret.Jadi aku rekemen sangat jenama OC ni sangat bagus ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ok jom kita masuk ke Perpustakaan Dbkl wangsa maju.Naik ke tingkat 5 banyak novel terbaru.Kebanyakan novel seram.Hampir sejam aku tunggu pustakawan tapi bayang pun tak nampak.Di depan kaunter ada nota tertulis BEREHAT.Aku turun ke tingkat 4 tanya sekuriti.Mujur dia panggil pustakawan dan dapatlah aku pinjam 3 novel.


Semua kisah seram.Aku malas baca novel genre cinta.Tak suka.

Keliwon-Ilya Abdullah
Sumpah Sundal Sutinah
Bayang Puaka

4.30 pm balik ke rumah.Inilah perjalanan cuti aku hari ini.Me time dan rehatkan minda di luar rumah.Bosan dah masuk shopping mall buang karan.




Tuesday 30 January 2024

Ampunkan keterlaluanku ya Allah

Hari ini saya terbaca blog Kuess Idris anak kepada Sultan Idris Shah.Benarlah kata Kuess.Saya juga pernah bertemu dengan Kuess di majlis anjuran RTM di Jalan Tar suatu ketika dahulu pada tahun 2017.Orangnya humble dan tidak sombong.Penulisannya juga banyak menyerahkan diri kepada Allah.

Saya sangat setuju dengan kata-kata Kuess di bawah.


Berbalik pada cerita tadi,hmmm entahla...Kadang2 saya pelik dengan orang yang berani betul tulis buruk pasal orang ni,kutuk la itu la ini la..Korang tak risau ke Tuhan balikkan segala kutukan yang korang lempar tu pada diri korang ataupun keturunan korang ? Jangan tau..!! Kadang2 apa yang kita selalu kutuk and benci tu ..ITULAH YANG TUHAN BAGI SEBAGAI UJIAN...saya malas nak cakap orang la..Saya sendiri dah terkena

Sangat benar!!Apa yang kuat kita kutuk,benci,cerca...itulah yang akan didatangkan balik kepada kita.Nauzubillah minzalik!!Saya dah sendiri dah pernah terkena.Mohon Allah jaga dan tapis lidah saya ini๐Ÿค๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.Allahuakbar astagfirullah hal azim

Lemau 2024

 Penghujung bulan Januari tahun baru 2024.Setelah 31 hari melalui bulan Januari apakah perasaanmu?

Sejujurnya di hari pertama tahun baru sahaja aku rasakan semangat,energy dan dunia baru.Kemudian aku tidak lagi seronok bila dikhabarkan berita bapaku masuk semula ke wad.Setiap hari hatiku bimbang dan fikiranku kusut memikirkannya.

Kemudian hari-hari yang dilalui tetap sama.Sikap manusia di dalam rumah tetap tidak berubah ke arah rajin,empati dan tanggungjawab meskipun sudah masuk tahun baru.Situasi si luar rumah iaitu jiran-jiran,tempat kerja tetap sama dan tidak menyeronokkan.Aku terasa sama lemau malah semakin lemah dan lemau menghadapi situasi yang sama.Semangatku runtuh dan musnah.

Aku disajikan pula dengan berita jenayah berkaitan kaum wanita.Sampai datang anxiety bila aku ikuti berita ini.Ya Allah...manusia semakin kejam tiada pertimbangan bila emosi sudah menguasai diri.Aku rasakan semua orang tidak boleh dipercayai walaupun ahli keluarga sendiri.Banyak juga kes membabitkan keluarga tau.Malas nak sebut di sini rasa nak terjerut leher anxiety.Aku jadi tak gembira bila ikuti kisah-kisah jenayah di sekeliling.Aku takut dan risau.Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Pertengahan bulan Januari aku teruja nak ajak keluarga aku berkelah di sungai Klang Gate Bukit Melawati KL sana.Alangkah kecewanya setelah set grill BBQ sampai di rumah,mak kata buat apa nak berkelah?Tak ada masa!Aku tanya adik-beradik lain pun jawab benda sama.Hati aku kecewa dan ya aku takkan tanya lagi.Mereka semua tidak berminat untuk beriadah bersama-sama.Impian aku untuk hampar tikar di tepi sungai,makan berkelah beramai-ramai dan mandi air sungai hanya tinggal angan-angan kosong.Bawa perempuan kau jalan-jalan jauh hingga ke hujung dunia boleh pula kan adik-adik semua.Memang kau tertipu dengan fitnah wanita.

Dunia ni memang tak adil.Aku tahu aku faham.Itulah dunia.



Saturday 27 January 2024

Manusia boleh jadi musuh kita

 Semakin dewasa dan melalui proses kehidupan semakin aku faham mengerti tentang tipu daya hidup bersama-sama manusia.

Bila kita lurus,baik,patuh dan mudah percayakan orang maka kita akan digunakan sewenang-wenangnya.Andaikata kita tersedar kita digunakan sekalipun kita tidak berani berkata TIDAK,NO kerana mental kita telah dikawal oleh orang tersebut.Itulah makna patuh yang disebutkan di atas tadi.Patuh sahaja dengan manusia parasit (menghisap darah) ini.

Dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa aku "dikawal" oleh manusia yang bergelar kawan tanpa aku sedari.Aku takut untuk berkata tidak kerana risau mereka marah,sakit hati,tidak sukakan aku.Walaupun kadang-kadang aku tidak suka dan setuju dengan mereka tapi aku tak berani berkata NO.Betapa lemah dan penakutnya aku.Aku tiada jati diri ketika itu.Tidak hormat kepada privasi diri sendiri hanya mengikut mengangguk bagai burung belatuk.

Teruk aku diperlakukan diperlecehkan dan dipermalukan kadang-kadang.Aku dikunci mulut kerana "kebaikan" yang mereka tunjuk seperti belanja aku makan,ajak ke rumah melepak,hantar aku balik rumah,bawa aku berjalan ke sana sini.Maka aku jadi rendah dan segan dengan "kebaikan" mereka.Jadilah aku binatang sarkas yang terkurung dalam kandang.Bila diperlukan maka aku akan digerakkan secara "paksa".Kenapa aku sebut paksa?Bukan mereka letak pisau di leher aku suruh aku buat dan ikut tetapi...aku sudah terpenjara dengan mereka..Aku fikir mereka buat baik dengan aku kenapa aku kena tolak mereka?

Sampai 1 tahap duit aku berapa ratus ringgit dicuri oleh mereka pun aku masih diam dan berkawan.Padahal tiada orang lain lagi yang ambil melainkan mereka.Teruknya aku sampai begitu sekali takut.Aku juga belakangkan keluarga kerana kawan-kawan sial yang berlakon baik ini.Aku sanggup turut kata mereka berbanding mak aku.Tidur rumah mereka tak balik rumah padahal tidak manis tidur bermalam di rumah orang di mana ada ahli keluarga lelaki juga.Tapi sebab segan nak tolak perlawaan dan tidak berani bertegas maka aku diheret ke hulu hilir.

Ya Allah..aku bersyukur sangat telah dijauhkan dari mereka semua lepas berjumpa dengan seorang yang pandai menasihati dan membimbingku.Kata seseorang ini "janganlah percaya dengan orang yang buat baik sangat dengan kita,buang masa dengan kita,pasti ada makna". Ya aku faham.Tak perlu aku jelaskan panjang lebar di sini.Yang pastinya mereka itulah petualang penjahat pengkhianat sebenar.

Aku dikhianati dan dianiya mereka di belakang.Mereka hanya bertopeng berlakon tunjuk baik,suka cerita hal sedih simpati untuk pancing hati aku.Aku sangatlah naif kerana percaya dan lurus.Memang benar aku lurus dan naif ketika itu kerana aku tidak pernah bergaul dengan orang jahat.Aku anggap mereka semua baik dan tulus tapi rupanya ada niat buruk.Ada udang di sebalik batu.

Hidup ini satu adalah pelajaran dan aku ambil iktibar agar lebih berhati-hati bila berkawan.Kita tidak tahu seseorang itu jahat dan serong selagi kita tidak masuk ke dalam hidupnya.Tidak semua orang benar-benar baik dan ikhlas.Banyak yang hanya ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.Benar aku serik untuk baik dan percayakan orang.Sememangnya manusia itu tidak boleh dipercayai bulat-bulat.Jangan jadi terlalu husnozon (sangka baik) sangat dengan orang.Baik wanita atau lelaki semuanya tidak boleh dipercayai sangat.Dengar boleh percaya jangan 100%.Sedangkan keluarga sendiri boleh tikam kita dari belakang sampai bergaduh bermusuh inikan pula orang lain.Mak sendiri boleh buat sesama adik-beradik masam muka tak puas hati bila anak itu bukan kegemarannya.

Ingatlah setiap orang yang kita kenal berpotensi jadi kala jengking,ular berbisa dan anak panah beracun.Dont trust them trust your gut.

Allahuakbar!!!!Hanya Allah sebaik baik tempat berlindung.Semoga Allah jauhkan pisahkan dan hancurkan para pengkhianat aku dahulu.



Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...