Saturday 27 January 2024

Manusia boleh jadi musuh kita

 Semakin dewasa dan melalui proses kehidupan semakin aku faham mengerti tentang tipu daya hidup bersama-sama manusia.

Bila kita lurus,baik,patuh dan mudah percayakan orang maka kita akan digunakan sewenang-wenangnya.Andaikata kita tersedar kita digunakan sekalipun kita tidak berani berkata TIDAK,NO kerana mental kita telah dikawal oleh orang tersebut.Itulah makna patuh yang disebutkan di atas tadi.Patuh sahaja dengan manusia parasit (menghisap darah) ini.

Dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa aku "dikawal" oleh manusia yang bergelar kawan tanpa aku sedari.Aku takut untuk berkata tidak kerana risau mereka marah,sakit hati,tidak sukakan aku.Walaupun kadang-kadang aku tidak suka dan setuju dengan mereka tapi aku tak berani berkata NO.Betapa lemah dan penakutnya aku.Aku tiada jati diri ketika itu.Tidak hormat kepada privasi diri sendiri hanya mengikut mengangguk bagai burung belatuk.

Teruk aku diperlakukan diperlecehkan dan dipermalukan kadang-kadang.Aku dikunci mulut kerana "kebaikan" yang mereka tunjuk seperti belanja aku makan,ajak ke rumah melepak,hantar aku balik rumah,bawa aku berjalan ke sana sini.Maka aku jadi rendah dan segan dengan "kebaikan" mereka.Jadilah aku binatang sarkas yang terkurung dalam kandang.Bila diperlukan maka aku akan digerakkan secara "paksa".Kenapa aku sebut paksa?Bukan mereka letak pisau di leher aku suruh aku buat dan ikut tetapi...aku sudah terpenjara dengan mereka..Aku fikir mereka buat baik dengan aku kenapa aku kena tolak mereka?

Sampai 1 tahap duit aku berapa ratus ringgit dicuri oleh mereka pun aku masih diam dan berkawan.Padahal tiada orang lain lagi yang ambil melainkan mereka.Teruknya aku sampai begitu sekali takut.Aku juga belakangkan keluarga kerana kawan-kawan sial yang berlakon baik ini.Aku sanggup turut kata mereka berbanding mak aku.Tidur rumah mereka tak balik rumah padahal tidak manis tidur bermalam di rumah orang di mana ada ahli keluarga lelaki juga.Tapi sebab segan nak tolak perlawaan dan tidak berani bertegas maka aku diheret ke hulu hilir.

Ya Allah..aku bersyukur sangat telah dijauhkan dari mereka semua lepas berjumpa dengan seorang yang pandai menasihati dan membimbingku.Kata seseorang ini "janganlah percaya dengan orang yang buat baik sangat dengan kita,buang masa dengan kita,pasti ada makna". Ya aku faham.Tak perlu aku jelaskan panjang lebar di sini.Yang pastinya mereka itulah petualang penjahat pengkhianat sebenar.

Aku dikhianati dan dianiya mereka di belakang.Mereka hanya bertopeng berlakon tunjuk baik,suka cerita hal sedih simpati untuk pancing hati aku.Aku sangatlah naif kerana percaya dan lurus.Memang benar aku lurus dan naif ketika itu kerana aku tidak pernah bergaul dengan orang jahat.Aku anggap mereka semua baik dan tulus tapi rupanya ada niat buruk.Ada udang di sebalik batu.

Hidup ini satu adalah pelajaran dan aku ambil iktibar agar lebih berhati-hati bila berkawan.Kita tidak tahu seseorang itu jahat dan serong selagi kita tidak masuk ke dalam hidupnya.Tidak semua orang benar-benar baik dan ikhlas.Banyak yang hanya ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.Benar aku serik untuk baik dan percayakan orang.Sememangnya manusia itu tidak boleh dipercayai bulat-bulat.Jangan jadi terlalu husnozon (sangka baik) sangat dengan orang.Baik wanita atau lelaki semuanya tidak boleh dipercayai sangat.Dengar boleh percaya jangan 100%.Sedangkan keluarga sendiri boleh tikam kita dari belakang sampai bergaduh bermusuh inikan pula orang lain.Mak sendiri boleh buat sesama adik-beradik masam muka tak puas hati bila anak itu bukan kegemarannya.

Ingatlah setiap orang yang kita kenal berpotensi jadi kala jengking,ular berbisa dan anak panah beracun.Dont trust them trust your gut.

Allahuakbar!!!!Hanya Allah sebaik baik tempat berlindung.Semoga Allah jauhkan pisahkan dan hancurkan para pengkhianat aku dahulu.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...