Tuesday 30 January 2024

Lemau 2024

 Penghujung bulan Januari tahun baru 2024.Setelah 31 hari melalui bulan Januari apakah perasaanmu?

Sejujurnya di hari pertama tahun baru sahaja aku rasakan semangat,energy dan dunia baru.Kemudian aku tidak lagi seronok bila dikhabarkan berita bapaku masuk semula ke wad.Setiap hari hatiku bimbang dan fikiranku kusut memikirkannya.

Kemudian hari-hari yang dilalui tetap sama.Sikap manusia di dalam rumah tetap tidak berubah ke arah rajin,empati dan tanggungjawab meskipun sudah masuk tahun baru.Situasi si luar rumah iaitu jiran-jiran,tempat kerja tetap sama dan tidak menyeronokkan.Aku terasa sama lemau malah semakin lemah dan lemau menghadapi situasi yang sama.Semangatku runtuh dan musnah.

Aku disajikan pula dengan berita jenayah berkaitan kaum wanita.Sampai datang anxiety bila aku ikuti berita ini.Ya Allah...manusia semakin kejam tiada pertimbangan bila emosi sudah menguasai diri.Aku rasakan semua orang tidak boleh dipercayai walaupun ahli keluarga sendiri.Banyak juga kes membabitkan keluarga tau.Malas nak sebut di sini rasa nak terjerut leher anxiety.Aku jadi tak gembira bila ikuti kisah-kisah jenayah di sekeliling.Aku takut dan risau.Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Pertengahan bulan Januari aku teruja nak ajak keluarga aku berkelah di sungai Klang Gate Bukit Melawati KL sana.Alangkah kecewanya setelah set grill BBQ sampai di rumah,mak kata buat apa nak berkelah?Tak ada masa!Aku tanya adik-beradik lain pun jawab benda sama.Hati aku kecewa dan ya aku takkan tanya lagi.Mereka semua tidak berminat untuk beriadah bersama-sama.Impian aku untuk hampar tikar di tepi sungai,makan berkelah beramai-ramai dan mandi air sungai hanya tinggal angan-angan kosong.Bawa perempuan kau jalan-jalan jauh hingga ke hujung dunia boleh pula kan adik-adik semua.Memang kau tertipu dengan fitnah wanita.

Dunia ni memang tak adil.Aku tahu aku faham.Itulah dunia.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...