Tuesday 6 February 2024

Percayakan diri dan buang harapan kepada makhluk

 

*Perkongsian dari penulis Malaika cahaya

Hidup ini aku rasakan amat membosankan.Aku tak tahu ke mana arah tuju hidupku.Aku juga bosan,resah,risau,gelisah dan tidak ceria apabila membaca atau mendengar kisah duka orang lain.Seboleh-bolehnya aku tak mahu segala cerita itu tertimpa kepada diriku sendiri.Aku takut dan trauma.

Aku takut lagi untuk kenal dengan sesiapa tak kira lelaki atau wanita.Terutamanya kaum lelaki.Aku takut jatuh hati dan mengharapkan sesuatu dari mereka.Sedangkan mereka tidak berusaha pun untuk aku.Hanya aku mengharap terlalu besar.Akhirnya bermain-main dengan perasaan sendiri,andaian sendiri dan kesudahannya menyakiti hati sendiri apabila harapan tinggal impian.

Usah terjebak lagi ke perangkap hati perasaan.Semua itu racun yang merosakkan.Kebahagiaan yang didamba bertukar menjadi derita sengsara seperti langit api berduri tertimpa ke muka.Malah lebih sakit dari itu.Sudahlah berhentilah.Jangan lagi mengundang duka.

Sudahlah berhentilah mencari cinta dan kasih manusia.Manusia ini banyak yang berpura-pura dan tidak ikhlas.Setelah dapat apa yang dijahati maka mereka akan pergi menghilangkan diri.

Jangan percaya lagi dengan sesiapa.Belajarlah hidup mencintai diri sendiri dan mencari redha Tuhan.Kita bakal mati kelak membawa jasad dan roh menemui Tuhan.Kita akan tinggalkan manusia yang kita cintai juga.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...