Hari ini aku berjalan ke Datum Jelatek Kuala Lumpur.Kali ini jugalah hari pertama berjalan di tahun 2024.Inilah pertama kali aku ke sana.Tiada apa yang menarik sangat pun cuma saja nak merasai pengalaman masuk ke pusat beli-belah terbaru.
Datum Jelatek ini mempunyai konsep rumah condominium di atas manakala mall di bawah.Sampai sekarang mereka masih membuka booth pameran rumah di dalam mall.Ada dua menara condo.
Kawasan wangsa maju,taman melawati,setapak,setiawangsa kesemuanya ada mall masing-masing.Sekarang buka di kawasan Jelatek pula.Bila dah terlalu banyak mall berdekatan maka persaingan sengit dan tentu akan jadi tidak laku.
Turun sahaja lrt stesen Jelatek anda akan nampak laluan yang menghubung masuk ke Datum.Naik escalator ke atas dan terus jumpa pintu masuk.Senang sahaja 🤗
Di sebelah kiri terdapat beberapa buah cafe minuman dan makanan.Tak ramai orang pun sebab hari biasa.Lagipun Datum adalah mall baru jadi masih belum menjadi tempat santai.
Datum Jelatek ada 2 tingkat.Lif pun disediakan.Mall ini masih lengang dari manusia.Ada lah dua tiga kerat duduk minum di Zus Coffee.Aku bukan peminum kopi jadi tak minat😶
Tak banyak sangat kedai di sini.Di tingkat 2 ada butik pakaian FOS dan kedai pakaian dalam.Terdapat juga 2 buah spa kecantikan merawat kulit wajah dan 1 salun rambut.Pekerjanya macam orang perempuan india/bangla.Tak pasti sebab sekarang warga asing kaum wanita pun dah berlambak.
Nampak tak ada poster wedding events di belah kiri.Di situ terletak dewan perkahwinan untuk disewa.Aku sempat lalu dan intai.Ada pintu gerbang yang siap dihias dengan bunga-bungaan.Aku rasa boleh masuk ke dalam dewan untuk tengok.Ada seorang pekerja wanita duduk di kerusi meja.Mungkin menunggu pelanggan membuat tempahan.Harga dewan tentulah tidak lari dari berbelas ribu ringgit kan.Kalau sewa dewan DBKL tahun 2008 baru rm700.Sekarang mungkin dah naik rm 900-1000.Kira ok lagi.Terpulanglah kalau bajet lebih silakan sewa di tempat cantik, standard ada air cond.Aku pun suka kalau dapat hadiri majlis ke tempat sebegini 😂😂
Kau tengok ni ada pusat karoake berkonsepkan Japanese ktv.3 pintu tu bilik perseorangan atau kita panggil karoake jamban.Alamak sungguh menggamit memori kenangan dulu-dulu balik kelas saja bayar rm1 untuk 1 lagu masuk karoake jamban di The Mall KL tingkat atas tempat fun fair.
Cantik pusat karoake ini aku dah intai.Luas dan selesa tempat menunggu.Aku takkan pergi karoake dah serik.Suara sekarang takkan sama dah macam dulu.
Kedai barangan perkahwinan pun ada.Dulang,bunga,hiasan dan lain-lain.Aku tak masuk pun hanya lihat dari luar.Kedainya nampak moden.Bukan macam kedai Bunga Riben Jalan Tar tu lusuh saja.Pembalut hadiah pun jual yang dah hampir reput agaknya stok 15 tahun lepas.Cinabeng betul.Dah terkena tu tahu sekali pakai terus koyak.Ada 2 orang kawan sekolah aku pernah bekerja di situ tahun 2010 dan 2016.Keluar rumah bertudung masuk kedai kena tanggal sebab tauke tak bagi pakai.Biar sajalah aku tak ada isu pun kalau rasa nak kerja redah sajalah.Tak perlu nak bising-bising buat mulut sana sini.Kalau tak nak sila cari kerja tempat lain.Hidup ni mudah jangan buat susah.
Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi.Cantik sungguh dekorasi rumah ibadat kaum cina.Warna merah warna ong.Ada pokok sakura lagi wahhhh.


Selfie sekeping dua buat kenangan bukti kaki ini sudah menjejaki Datum Jelatek.
Aku turun ke tingkat G.Ada restoran Burger King,KFC,A&W.Tak banyak pun kedai makan di sini.Mungkin bawah 10 sahaja.Datum Jelatek ini simple mall sahaja bukan seperti Suria KLCC.
Disebabkan belum sarapan makan terus makan tengahari di sini.Jam menunjukkan 1.10pm.Hanya ada beberapa pelanggan di dalam.Memang sunyi.Seronok tempat tak ramai orang macam ni.Ada privacy sendiri.
Layan makan sambil dengar chanel you tuber cerita tentang Jalan Karak lama.Seronok juga aman damai tanpa gangguan suara sesiapa dalam a&w.Seingat akulah sudah lebih 8 tahun tak makan a&w.Ingatkan ada air jus oren sebagai pilihan tapi masih kekal dengan air root beer.Bikin memulas perut😫🙄
Set 4 keping korean chicken wings,nasi aroma dan air bergas rm 20.90.Mahal beb😫.Kepak ayam pun sikit saja isinya tak puas makan.Sebab tak ada pilihan lain aku makan sajalah.
Sebelum balik singgah masuk ke butik kelengkapan sukan Original Classic OC di aras bawah tepi Guardian.Besar butiknya luas sampai ke belakang.Saja tengok sandal dan kasut.Semua ada diskaun.Kasut sukan boleh dapat rm40 🤩👍.Aku cuma pilih sandal flipflop dengan harga diskaun cuma rm20.Tak rugi beli sebab sandal ni diperbuat dari getah dan selesa dipakai.Sandal yang beli di kampung hari tu beberapa kali pakai dah terbelah tapak memang barang cap china betul🙄.Buang duit rm15.
Jom la balik.Saja nak merasa berjalan di sini
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.