Sudah hampir 3 bulan dunia disajikan dengan berita peperangan di wilayah G4z4 yang membabitkan serangan dari tentera I$ra4L laknat.Buka sahaja tv terpampang video kanak-kanak dan wanita dibunuh kejam secara bom dan tembakan.
Itu belum lagi buka media sosial.Pelbagai berita dan bukti video penyeksaan tersebar.Allahuakbar.Boleh datang anxiety/kemurungan terus.Kekejaman tentera I$ra4L memang tidak dapat dinafikan lagi mereka membunuh nyawa manusia umpama binatang.
Hospital awam dimusnahkan,masjid dimusnahkan dan segala kemudahan diranapkan agar rakyat G4z4 tiada akses kemudahan.Ramai bayi-bayi pramatang yang dilahirkan dan meninggal kerana tiada incubator.Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata dibom.Meraung-raung mereka kerana masih belum mengerti soal kehilangan.Angka korban meningkat ke puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa.Semua dipaparkan dalam video di you tube chanel luar negara.Seluruh dunia tidak mengira agama dan bangsa mengutuk keras tindakan kejam dan barbaric I$r4el.
Betapa robeknya hati melihat situasi keganasan yang tidak dapat diterima oleh akal waras ini.Rasa betapa gelap dan jahatnya manusia di dunia ini.Mereka tidak lagi mempunyai peri kemanusiaan.Yang ada cuma sifat tamak dan rakus untuk merampas tanah G4z4.Dalam hati ini masih mengucap syukur atas kemakmuran bumi Malaysiaaa
Awal tahun 2024 pula dunia disajikan dengan berita bencana gempa bumi di Jepun dengan skala 9.5.Tsunami juga muncul di sana akibat gegaran bumi yang terlampau kuat.Sebagai manusia kami turut berduka atas musibah yang melanda Jepun.Tahun lepas negara Turki juga telah dilanda gempa bumi yang mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Ahli geologi juga meramalkan negara Malaysia akan dilanda gempa bumi tahun ini.Di kawasan mana tidaklah diketahui.Ada juga yang meramal pada bulan 3 seluruh dunia akan bergelap 17 hari.Segala tenaga elektrik akan mati akibat sistem planet bumi bermasalah.Aku tak tahu pun tapi bapa aku yang baca dalam facebook dan beritahu.Sebab itulah aku tak suka membaca apa-apa di dalam media sosial.Terlalu banyak berita kebimbangan kerisauan dan kadang yang tidak sahih sengaja disebarkan dan mencetuskan kegusaran orang.Cuba imbas semula zaman pandemik covid yang melanda dunia tahun 2020-2021 hari itu.Seribu macam kisah ditokok tambah beserta kisah konspirasi yang membejatkan akal waras manusia untuk berfikir secara logik.Maka bertelagahlah sesama manusia kerana berbeza pandangan dan kepercayaan.Ini kerana tauhid manusia tidak tertuju kepada Allah aza wal jala.Kerana itu amat mudah dan rapuh dimainkan oleh isu-isu tertentu.Mudah meloncat mudah tergugat mudah tersentap.
Dunia sudah hendak kiamat.Kalimat ini dari dahulu lagi akan diulang-ulang apabila dunia menempuh sesuatu musibah.Jambatan di Pulau Pinang yang pernah roboh tahun 1980an dahulu pun pernah dikaitkan dengan dunia hendak kiamat.
Berbalik kepada isu keganasan peperangan oleh puak I$rAel itu,kembalikan kepada Allah.Tidak ada satu zarah pun yang bergerak tanpa izin Allah.Semua sudah ditulis dalam Loh Mahfuz 50 000 tahun dahulu apa yang akan terjadi sekarang.Memandang itu semua Allah yang jadikan dan atas kehendak Allah.Kita tidak mampu mengangkat senjata melawan dan memerangi mereka.Sebagai saudara seakidah kita hanya mampu berdoa agar Allah mentakdirkan takdir yang baik-baik buat seluruh umat islam.Sesungguhnya mereka di G4z4 sana mendambakan mati seorang syahid.Roh mereka akan berterbangan di dalam syurga itu janji Allah.Kanak-kanak yang meninggal roh mereka dimasukkan ke syurga terus tanpa hisab.
Ya aku akui amat terkesan dengan segala musibah yang menimpa manusia.Ia meninggalkan kesan dalam di dalam hati.Ada ketakutan,kerisauan,kelemahan dan semuanya bersatu.Kita tidak tahu apa nasib kita di masa akan datang.Sekarang ini negara kita masih dikira aman bukan dalam wilayah perang atau bencana alam.Jenayah di dalam negara memanglah ada di mana-mana pun.
Sekarang ini kalau boleh aku tidak mahu terlalu membelek cerita keganasan,ketakutan yang ada dalam dunia ini.Jadi anxiety sekejap.Fikiran pun terganggu.Ada yang sampai kena depression tau.Aku nak tengok berita gembira dan menenangkan sahaja.😥😢.Apa pun aku doakan dunia ini aman-aman sahaja dan dijauhkan dari manusia jahat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.