Monday, 13 December 2021

Ambil angin di Taman Tasik Titiwangsa December 2021

 Niat hati ingin ke Perpustakaan Negara tetapi sampai di sana pagar bertutup.Rupanya hari ahad dan isnin mereka tutup.Dulu sebelum covid elok saja buka hari ahad.Penat den jalan meredah panas.Alang-alang di sini baik den singgah taman tasik titiwangsa.Tasik ini juga ada dalam senarai kepala den untuk sesi lawatan akan datang ~~

Memandangkan aku datang dari Perpustakaan negara maka kenalah pusing dari Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (kkkl) sampailah ke pintu masuk taman tasik (main gate).Aku di belakang sekolah menengah Puteri Titiwangsa sekarang.Belakang ni ada deretan peniaga makanan dan minuman.Tadi baru pekena teh o ais tak payah beli air lagilah.Di sini ada pagar pintu masuk tetapi berkunci.Apa kebangang menyusahkan orang jalan kaki sampai ke tempat kuda sana.800 meter dari sini menurut abang penjual belon.Dulu taman tasik ni tidak dikepung dengan pagar besi pun,boleh masuk dari pelbagai arah.Sejak pandemik ni jadi begini.



sambil berjalan nampak padang bola dalam taman



Dahulunya kawasan di dalam ini adalah taman bunga mini.Masa sekolah dulu cikgu kemahiran hidup pernah bawa kami satu kelas ke sini untuk belajar cara menanam bunga dan membaja dengan betul.Sekarang tempat ini kelihatan kosong.Itu cerita berbelas tahun sudah daa~~

Dari pagar besi ini juga aku lihat restoran D'Saji (dahulu restoran Nelayan) juga sudah ditutup.Nampak terbengkalai dan kosong.Kawasan situ dipenuhi rumput-rumput dan tidak terurus.Sempatlah aku berbuka puasa di situ tahun 2019 dahulu.Makanan memang sedap-sedap sungguh.Sayangnya dah ditutup.Iyalah angkara wabak cobid banyak bisnes terjejas


Itu bangunan Istana Budaya,hotel Grand Season



Cuaca panas terik dan terang benderang.Silau mata waktu ini.3.30pm



Mampu ambil gambar dari luar sahaja kerana keseluruhan taman tasik titiwangsa ini berpagar.Sampai di pintu masuk berhampiran tempat kuda,check in my sejahtera.Siapa entah kata taman tasik nak kena vaksin 2 dos lengkap ni.Tak ada nya sekuriti cek.Ini tasik sahaja bukan dine in tempat makan.Aku hari tu sampai tak masuk tasik ni sebab belum lengkap vaksin.Betullah kata kawan den,jangan dengar cakap orang,datang sendiri tengok.

Orang agak ramai di sini.Ada yang sewa basikal,berkelah dan berkumpul beramai-ramai di dalam pondok,bawah pokok.Pengantin juga ada datang bergambar.




Duduk di pinggir tasik lihat ikan berenang.Tak tahu nama ikan apa.Ikan seakan sepat tapi sisiknya oren bersinar,ada corak bulat di badan.Ada 7 ekor semuanya mengharapkan sekeping roti dari aku.Tak bawa roti,terlupa nak beli.Maaf wahai ikan.Ralit tengok ikan di sini.



Pemandangan tasik ini sudah berubah.Nampak bangunan naik di sana.Kalau beberapa tahun lepas,kosong yang ada hanya pokok kelapa


Lanskap taman tasik dipenuhi bunga-bunga yang menarik




Panas lit lit waktu ni nak terbakar kulit muka.Menyesal tak bawa payung


Taman tema air ini ada air tapi ditutup.Mungkin tak mahu keramaian di sini

Pokok ni memang menarik.Nak tahu nama pokok boleh scan qr code yang tertampal di dahan.




Di atas ini ada jambatan besi.Malas nak naik sebab aku dah kepenatan.



Tiba-tiba aku cuba jalan ke belakang.Ada padang bola di sebelah kiri dan jalan ke depan lagi ada taman dengan replika rama-rama.Eh kenapa tahun lepas aku tak perasan ada laman kerawang ni ya...mungkin tak habis berjalan.Cantik sungguh lanskap dengan dedaun hijau.








Alamak,kolam bunga teratai ni dah tak ada.Sudah ditimbus dengan tanah.Dikeliling tapak kolam ni ditanam pokok bunga jarum dan seperti di atas.Kalau dulu bila tengok kolam ini ada bunga teratai besar hidup di dalam air.Agak seram bagi aku.Aku terbayang ada buaya dalam tu



taman rama-rama dipanggil sbg lama kerawang 

Ini kerana jika dilihat dari udara ia berbentuk seperti kerawang rama-rama



Unik kan pokok ni...dahannya warna kelabu dan daunnya jarang-jarang.Pokok ni sudah berusia puluhan tahun.Dari aku kecil lagi ia sudah wujud.Haaa gitu




Ambil gambar pemandangan mesti kena ada skil,baru gambar hidup





Nampak pentas ini teringat kawan aku.Dulu tahun 2015 kami selalu jogging di tasik




Semakin lama semakin banyak pembangunan yang dapat dilihat dari tasik ini.Dulu hanya ada flat bandar baru sentul dan sebuah kondominium.Mata aku rasa tak cantik bila tengok



Dalam meredah jalan untuk pulang,hanya boleh keluar satu arah sahaja.Cari pintu pagar sebelah surau tasik titiwangsa.Bukan sebelah sangat pun kena jalan lagi ke depan.Manusia yang datang ke tasik petang ini sangatlah ramai dah macam berpesta.Ada yang berbasikal,berkelah atas tikar,saja-saja berkumpul di meja dan pondok serta datang semata-mata berjalan bawa keluarga.Aku jadi panik sekejap dalam meredah manusia yang ramai ini untuk cari pintu keluar.Aku datang salah hari.Arghhh....lepas keluar pintu pagar rasa lega sedikit.Huh....itupun ramai yang masuk (jam 5.00pm)

Di luar tasik sepanjang jalan penuh deretan payung orang meniaga.Suasana hingar-bingar bising dengan bunyi muzik.Pening kepala bagi orang macam aku.Kereta bersusun di jalan raya dan agak sesak.Seingat aku dulu-dulu taman tasik tt buka begini keadaannya.Kalau nak datang elok haru biasa 











No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...