Memandangkan aku sengaja nak tengok hiasan pokok krismas sempena hari natal maka aku pusing ke klcc.Hari ini hari jumaat,manusia memenuhi segenap pelosok ruang suria klcc.Eskulator penuh dengan pengunjung entah datang dari mana.Pelancong mat saleh dan arab juga turut serta.Aku bukan datang untuk membeli-belah sempena promosi hari krismas,bukan!Aku datang ke sini semata-mata ingin melihat dekorasi krismas sahaja.
Aku tiba sekitar pukul 1.45 petang.Terus masuk ke dalam pasaraya cold storage membeli ;
Potato wedges dan fish ball=RM 4.50
*Harga menjimatkan dan boleh tahan kenyang beberapa jam
Air mineral =bawa dari rumah
Memandangkan susah cari kerusi untuk makan aku ke luar taman klcc.Lebih lapang tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.Wah...ada pokok krismas besarlah.Kalau malam tentu cantik sebab ada lampu.Aku duduk di anak tangga menghadap kolam sambil makan.Bahang matahari terasa.Batu kolam ini sudah ditukar warna hitam.Nampak gelap dan kelam.Dulu kolam ini batunya berwarna biru dan boleh mandi-manda bermain air (khas untuk kanak-kanak).Aku masih ingat tahun 1998 ketika klcc baru dibina,ayahku ada bawa aku mandi di kolam ini.Selepas itu ayah belikan aku selipar bertumit warna ungu gelap di dalam butik suria klcc.Waktu itupun harga selipar itu sudah mencecah RM 50 ke atas.Eh tiba-tiba terimbas kenangan zaman kanak-kanak pula.Seronok waktu itu tidak seperti sekarang,fikiran kusut banyak perlu difikir.Rindu nak jadi budak semula...kau orang pun sama kan?:)
Adalah beberapa kumpulan gadis sibuk mengambil gambar buat kenangan.Terasa bahang matahari.Aku pula memakai jaket jenis tidak serap peluh.Selesai makan tak tahan panas aku mula bangun untuk tinggalkan tempat ini.
Cuaca memang agak panas terik tetapi masih ada pengunjung yang gembira bergambar depan pokok krismas besar itu siap senyum gembira lagi aduhai...aku masuk berselindung di bawah bumbung suria klcc sambil mengipas muka.Sungguh tak tahan panas.Aku memang berpenyakit tak tahan panas nanti cepat letih dan dehydrated .Tak tergamak aku hendak hampiri pokok krismas gergasi ini berselfie dengan muka comot ini..
Aku masuk semula ke dalam.Hmm kena scan my sejahtera lagi sekali.Pengunjung semakin bertambah agaknya ada promosi hebat di setiap butik.Butik Louis Vuitton ramai orang,butik Dior pun sama sampai orang beratur untuk masuk.U all banyak duit bolehlah masuk sekurang-kurang ada buah tangan yang dibawa balik dari butik mewah tu..
Suasana dekorasi krismas di centre court suria klcc.
Ada gerabak keretapi dan rumah salji.Seronok tengok gelagat orang hehehe
Menarik kotak hadiah tergantung ini |
Had 30 orang sahaja untuk masuk bergambar di dalam pameran dekorasi krismas ini.Pada mulanya aku seperti teringin tetapi arghh malas pula bersesak dengan orang ramai.Kalau datang berteman bolehlah bergambar sakan.Suasana hingar-bingar dan aku mula rasa rimas.Aku keluar dari sini dan cari tempat tenang untuk duduk sebentar.Jumpalah tangga sebelah kedai bunga yang menghala ke atas.
Half cardigan hitam kain knitted ni aku beli di sungei wang plaza,Bukit Bintang tahun 2009.Ini barulah korek almari semula dan pakai.Panas material jaket ni,sebab tu aku tak tahan duduk di taman klcc tadi.Hari ini hari Jumaat,maka pakailah tudong nampak manis ececeh ...lagipun kain tudong aidijuma black label ni sangat mudah dibentuk,kainnya lembut.
Hodohnya muka bila pakai mask.Bertabahlah...
Kemudian aku naik ke atas perkarangan klcc bahagian pejabat dan galeri pameran petronas.Hati ini rasa hendak melawat Jambatan Saloma yang berlampu tu.Tanya abang polis bantuan.Katanya kena lintas jalan depan,jumpa tv skrin iklan bawah pokok tu jalan terus.Aku tiba-tiba rasa lemah semangat sebab tak kuasa nak berjalan lagi.Cuaca panas terik oii cair aku nanti.Maka aku putuskan untuk turun semula ke LRT dan balik rumah.
Singgah masuk ke dalam Avenue K dahulu nak tengok pokok krismas di sini pula,hahaha
Sebab tu aku love sangat bawal aidijuma ni,terbentuk elok muka aku.I tak suka dikenali its alright untuk tutup muka kan miahahaha
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.