Syukur ke hadrat Ilahi,masih dikurniakan umur yang panjang dalam menginjak ke tahun baru 2022.Tahun berganti tahun begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedari.Apakah visi dan misi anda di tahun 2021 sudah terlaksana?Jika belum ayuh cari jalan untuk sukses di tahun 2022 ini.
Dari malam tadi ambang tahun baru,hujan turun tidak berhenti walaupun tidaklah lebat.Tidur pun terasa sejuk.Bunyi mercun seawal jam 11.40 malam tanda merayakan tahun baru.Ya..sekarang sambutan tahun baru terasa suram dan sepi tidak seperti tahun-tahun sebelumnya ada bunga api,konsert dan pesta pergaulan bebas muda mudi.Aku masih ingat ketika tahun 2001-2006 sewaktu rumah lamaku menghadap menara berkembar klcc,seringkali aku saksikan dari balkoni rumah pertunjukan bunga api dari menara klcc.Semua itu hanya tinggal kenangan sejak aku berpindah rumah.
Kali pertama dan terakhir aku sambut tahun baru di klcc dengan seorang rakan.Suasana hiruk-pikuk dengan berbondong-bondong orang datang ke klcc.Kebanyakannya warga asing.Nampak depan mata bunga api ditembak naik ke udara.Sebenarnya tidaklah rasa seronok mana pun berada di tempat keramaian begitu.Rasa sesak dan semak ingin segera pulang.Kuala Lumpur bukanlah ibu kota yang menggamit kenangan seperti 20 tahun lalu.Sejak wabak virus melanda seluruh dunia,negara ini tidak lagi ada pertunjukan bunga api di tahun baru mahupun hari merdeka.Sedih juga mengenang nasib sebab itu aku kata keadaan sekarang amatlah berbeza berbanding dahulu.
Tanggal 1 Januari 2022,Kuala Lumpur dibanjiri hujan semula.Hujan renyai yang bukanlah lebat seperti 27 December lalu.Penduduk masih berduka ekoran musibah banjir yang melanda hujung tahun 2021 lalu.Tiada apa yang perlu dirayakan di tahun baru.Di dalam tv1 semalam ada majlis solat hajat sempena menyambut tahun baru.Baguslah begitu majlis yang mengundang rahmat Allah dan para malaikat.Semoga bumi ini selamat dan rakyatnya dilindungi Allah.
Bercakap soal azam tahun baru pasti kita ada menyimpan azam/kemahuan untuk berubah menjadi lebih baik di tahun 2022 ini bukan?Sama juga seperti aku...aku tak mahu kaya cukuplah aku kayakan jiwaku dengan akhlak yang baik.Merubah diri daripada perangai negatif kepada positif dan mudah menerima nasihat.Segala peristiwa pahit di tahun 2021 akan aku kuburkan ke dalam lubang tanah paling dalam.Aku tak mahu mengorek kembali kubur yang telah berbau bangkai itu.Yang baik dijadikan tauladan,buruk dijadikan sempadan.
Pergilah kau wahai kenangan sedih,pahit,duka,lara dan air mata di tahun 2021.Aku tak mahu lagi mengenangmu.Hanyutlah kau dipukul ombak seperti tulisan di pasir pantai.Terus terpadam terkena pukulan ombak lalu dibawa jauh ke tengah laut dan karam bersama buih-buih pantai.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.