Monday, 13 December 2021

Ruma Puteh,Titiwangsa December 2021

 Hari itu aku ada lalui Jalan Kuantan di Tasik Titiwangsa ini untuk ke Perpustakaan Negara.Kemudian aku lihat ada 2 orang pelajar yang hadiri konvokesyen di Istana Budaya masuk ke dalam blok-blok dinding putih.Mulanya aku sangkakan Ruma Puteh ini adalah taman mini untuk bergambar suka-suka.Aku ingin juga tahu tempat apakah ini.

Lusa aku sekali lagi lalu jalan di Ruma Puteh ini.Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri maka aku beranikan diri masuk.Kena scan my sejahtera dahulu.Rupa-rupanya di dalam terdapat kafe hispter ala taman mini redup dilitupi pokok-pokok yang menarik.Baru aku tahu wujud tempat sebegini


Masuk sahaja anda akan lalui multi-arched walkway.Tempat paling disukai ramai untuk bergambar.


Masuk saja ke dalam aku menuju ke kaunter dahulu.Rasa janggal pula tak tahu nak duduk di mana memandangkan pelanggan yang ada di sini datang berkumpulan.Kemudian aku dilayan oleh seorang waiter lelaki berbaju hitam.Dia tanya aku "berapa orang?",aku jawab satu.Aku dibawa duduk di meja outdoor tepi pokok lalang.Huiii panas sungguh tubuhku sebab berjalan kaki dari stesen minyak Shell jalan besar sana lagi.Mujur ada kipas angin besar di tepi mejaku."Akak nak kipas nombor 3 atau 1?"tanya waiter itu lagi.Aku jawab nombor 2.Perlahan-lahan suhu kepanasanku menurun.

Dari awal aku datang sampai minuman aku sampai,ada 2 orang budak perempuan ni belum habis lagi berposing di situ,nak gelak pun ada.Siap dengan posing kaki sebelah terangkat pegang belon hari jadi.Dia buat sambutan hari jadi dengan kawannya berdua.Kafe ini ada sediakan jamuan hari jadi + kek



Pelayan lelaki membawakan aku menu.Aku memang berniat untuk minum sahaja bukan untuk makan memandangkan aku sudah makan di rumah tadi.Tengok harga teh o ais RM 9.Aku telan air liur gulpp.Beli di kedai makan Adam corner seberang jalan sana boleh dapat RM 2.Baik aku tempah minuman istimewa yang belum pernah dicuba.Aku ditawarkan minuman Love Darlin'.Minuman ini menjadi kegemaran pelanggan kata waiter ini,okie aku setuju alang-alang aku dah masuk duduk dalam kafe ini.Aku cuma nak tengok persekitaran kafe sahaja~~hahahahaha :D



Air Love Darlin'.Rasa seperti air soda pun ada dicampur dengan buah beri,buah strawberri,daun pudina,biji telur katak (tak tahu apa nama),perahan lemon.Sedap dan menyegarkan tekak di kala waktu panas.Aku habiskan kesemua isi dalam gelas ini.Harga RM 15.30 woi jangan membazir.

Kafe Ruma Puteh ini redup sebenarnya dipayungi pokok-pokok yang ditanam,pokok hiasan gantung. pokok daun keladi besar,lalang misai menjadi latar hiasan.Di dalam sana ada banyak lagi meja makan indoor.Tidaklah aku jengah ke dalam kerana tiada siapa yang boleh tolong ambilkan gambar hehe segan pula walaupun pekerja kafe ini kata akak boleh saja nak masuk tengok.Kebanyakan yang datang menjamu selera di sini berpakaian cantik-cantik dan bergaya.Mungkin orang bekerjaya.Lagipun sekarang ini waktu makan tengahari.








Punyalah unik dan cantik dekorasi kafe ini membawa kenangan zaman sekolah di kawasan ini




Seingat aku kalau tak salah,dulu sebelum ada kafe Ruma Puteh,tapak ini hanya semak samun menghijau penuh pokok dan lalang.Aku lalu lalang di sini sejak tahun 1999 lagi sebab sekolah di sebelah.Quaters lama di belakang inipun masih ada.Banyak kenangan persekolahan di sini..terasa rindu pula bila lihat kawasan sekitar sini.Depan tokong cina pula tempat tunggu bas sekolah.
  







Sebelum beransur pulang bergambar dulu di laluan arca ini.Datang seorang hanya selfie sajalah sendiri

Ruma Puteh

60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur. Dibuka hari Selasa-Ahad, 11am-10pm.







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...