Monday, 27 December 2021

Jalan-jalan di Skypark One City Mall usj December 2021

 Habis membeli barang di kedai pre-loved Jalan Jalan Japan One City mall,aku singgah naik ke Skypark.Bila lagi ada peluang nak datang ke sini lagi bukan?Lif ada di hujung sekali selepas tandas.Kalau tak pasti boleh tanya sekuriti yang bertugas.



Lif di sini agak unik.Lif pintu kaca tembus pandang (transparent).Tekan butang R (rooftop).Meluncur laju lif ini naik ke atas terasa gayat sedikit bila pandang ke bawah lihat tali lif meluncur naik,seram..



Lantai papan hitam ini nampak unik.Ini kali kedua aku ke sini.Bila berada di sini lagi,mengingatkan aku kenangan lama dengan kawan-kawan sewaktu ke sini tahun 2018 dulu.Nampaknya keadaan di sini masih tidak berubah.Adalah sedikit penambahan riben merah berlampu yang diikat pada dahan pokok.Pokok hiasan pun banyak dah layu seolah kurang dijaga.



Jam 3.40pm di sini.Nampak pemandangan bandar Usj dari sini.Ada jalan raya,perumahan,bangunan dan tol.Dapat lihat pemandangan begini pun rasa mententeramkan jiwa bagi aku.Aku sukakan pemandangan yang luas terbentang nampak langit 


Ada pokok buluh cina
Jenguk-jenguk ke bawah lihat jalan raya




Lantai berkaca ni memang menarik seolah-olah berada di atas air bila anda bergambar penuh.Kalau anda perhatikan betul-betul anda boleh tembus pandang nampak tingkat bawah dari lantai kaca ini.
Unik dekorasi rooftop One City ni.


Sepanjang kiri dan kanan ada kedai makan,kafe dan bar minuman keras.Kebanyakan masih belum dibuka.Mungkin jam 6pm ke atas.Memang sunyi kawasan sini hanya 2-3 buah kedai saja dibuka.
One city mall memang sunyilah,kedai-kedai di bawah pun banyak ditutup.Suram sahaja mall ini tidak ceria seperti mall lain di kl





Siapa yang sukakan suasana tenang dan damai sesuai merehatkan diri ambil pemandangan di sini.Ia bukanlah satu tempat bising yang penuh dengan manusia.Anda boleh lihat langit,bukit dan suasana di bawah.




Menderu-deru angin bertiup dari atas bukit.Seronok sungguh duduk melepak sambil bersandar di dinding kaca ni.Rasa tak nak balik.Kalau ada nasi bungkus sedap pekena sambil layan angin bertiup.Sejuk dan mendamaikan rasa nak terus duduk di sini sahaja.Semasa duduk di sini adalah seorang remaja lelaki duduk bersandar.Mungkin dia tunggu syif masuk kerja.Tiba-tiba dia menuju ke arahku tanya sekarang pukul berapa.Aku terkejut sekejap."4pm"..habis tadi dia tengah main telefon tak ada set jam ke adududuii

Orang tak ramai,sunyi tempat ni.Lepas tu adalah 2 kumpulan remaja datang bergambar











Jam 4.10pm angin mula bertiup.Damai sungguh berada di sini tengok pemandangan.Inilah kedamaian yang dicari...


Me time.selfie sendiri jugalah.Kalau ada orang tolong ambilkan gambar mesti seronok sebab berlatar belakang pemandangan bandar usj


Aku minat tempat ni.Sesuai dengan jiwa





Pukul 4.40pm aku turun semula ke bawah untuk pulang.Sunyi pula sebab orang jarang-jarang naik ke atas rooftop ni.Mungkin hari ini isnin.Malam nanti mesti meriah orang minum-minum.Pengalaman datang ke Skypark One City kali ini menjadi kenangan unik untukku di penghujung tahun 2021.















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...