Monday, 4 July 2022

Membazir kumpul skaf kepala berlebihan

 Aku ni ada hobi pelik iaitu obses dengan sesuatu barang/item dalam jangka masa panjang.Contohnya bila aku scroll nama Norjuma Habib pengasas tudung bawal Aidijuma (AJ) maka aku jadi gila nak beli tudung Aidijuma.Berjam-jam aku habiskan masa cari design tudung AJ yang berkenan dalam shopee atau fb.Padahal design dah outdated tapi sebab Norjuma pakai nampak comel sangat maka aku jatuh hati.Belum tentu comel di muka aku kalau pakai pun sebab aku ni tak reti pakai tudung,mesti keluar rambut dan senget-benget (sebab aku pakai on off).Aku spesis tak boleh pakai tudung lama-lama nanti kepala gatal,tergaru-garu macam ada kutu dan jadi pening kepala serta rimas.Aku tak boleh ada sesuatu melekat di kepala dalam jangka masa panjang,leher aku juga rasa macam dicekik-cekik lebih lagi bila lilit shawl.Aku ada masalah sakit dalam leher itu sebablah.

Berapa ratus ringgit sudah aku habiskan duit beli tudung AJ,dari design baru hinggalah yang lama edisi preloved.Aku cuba-cuba pakai sekali dua saja nampaknya awning tudung AJ ni senang bentuk beb rasa comel pula.Aku yang tak suka pakai bawal (konon sebab muka nampak tua dan kampung.com) tiba-tiba rasa seperti fresh and young bila pakai tudung AJ.Tak payah pakai anak tudung pun dah elok terletak.Bila aku puas pakai sekali dua,aku iklankan dalam shopee dan jual sebagai item preloved.Wah sambutan agak menggalakkan sebab masih ada orang hunting tudung AJ corak old skool ni.Syukurlah sekurang-kurang niat aku nak bertudung dan merasa pakai bawal AJ tercapai juga walaupun zaman kegemilangan AJ ni dah lama berlalu (sekitar tahun 2012-2014).Biarlah suka hati i ler haha

Bila tengok sepupu aku sibuk jual tudung Fareha aku pun sibuk nak beli konon nak jual kepada kawan-kawan.Beratus ringgit dah duit habis beli tudung Fareha ni.Aku cuba-cuba pakai sekali dua tapi kenapa muka aku nampak hodoh gila?Awning tudung tu senget dan tak terbentuk langsung.Tagline Fareha kata bawal mudah bentuk tapi kenapa bila aku pakai muka aku macam orang gila?Aku tanya sepupu aku adakah dia guna spray pengeras tudung sebab dia pakai elok aja.Dia kata tak tak..pakai macam biasa aja.Sedih aku beb masa pakai bawal chiffon Fareha ni mood aku kelaut masa keluar dengan kawan aku sebab awning tudung terkelepet.Aku tak tahu dah nak betulkan macam mana lagi.Bila pin ketat-ketat di leher,leher aku pula rasa sakit tercekik.3x aku keluar rumah pakai tudung Fareha semuanya buat muka aku auto hodoh.Mungkin aku yang tak reti pakai kot...Banyak lagi tudung Fareha dalam almari aku.Jual dalam shopee pun tak laku entahlah..sakit pula hati membazir duit beli banyak helai.

Kalau tiap kali lalu jalan TAR KL,aku mesti singgah masuk butik pakaian Muaz tu.Terbeli lagi macam-macam tudung di situ.Aku ni memang betul-betul suka buang duit untuk penuhi hawa nafsu membeli-belah.Macam ada satu kepuasan bila dapat buang duit dengan beli barang ni.

Habis musim Fareha aku beralih kepada tudung Fazura pula.Suka tengok Fazura pakai semua nampak comel dan manis.Aku belilah yang preloved 5 helai.Sehelai rm 15 x 5 =rm 75.Punya teruja aku pertama kali dapat beli tudung Fazura yang tengah viral tu.Bila pakai di muka aku nampak pelik.Coraknya banyak yang terang dengan bunga besar-besar.Warna pun colour blocking.Awning dia senang bentuk tau.Kain pula berbeza-beza ada yang nipis,sejuk,panas,tebal.Kain juga jenis macam AJ benang senang tertarik.Hodoh dah tudung tu kesan pin mengakibatkan benang tertarik.Aku beli pula tudung Fazura yang baru ada lah 2 helai.Tudung Fazura pun sama entah kenapa aku rasa tak kena dengan muka aku.Bila aku tengok cermin aku kata ya Allah kenapa muka aku nampak pelik dengan warna tudung dan coraknya ni...bidangnya juga besar 46 inci rasa labuh mcm ustazah pula.Aku bukanlah alim sangat.Baju aku pun banyak yang sendat dan singkat.wuwuwuw sedih aku...cukuplah aku pakai 1-2x aja.Aku memang jual balik as preloved

Itulah balasan sebab aku suka buang duit membazir benda yang tak perlu.Pantang tengok benda cantik dan trending semua nak beli sudahnya tak sesuai dengan diri.Orang lain beli aku pun sibuk nak beli.Nampak cantik dengan orang tu tak semestinya cantik dengan kita.Ini mana aku nak campak banyak-banyak tudung dalam almari ni..jual pun tak laku.Beli baju pun kalau pakai 1x rasa tak sedap,aku takkan pakai dah inikan tudung.Tudung tu penting tau sebab membentuk wajah.Rasa sayang sangat duit membazir beli tudung-tudung yang tak perlu pun dibeli berlebihan.Baik duit tu aku buat makan,bila rasa kenyang timbul niat bersyukur.

*edit 12.12.23 sekarang aku rasa terbeban dan semak almari kerana penuh dengan koleksi tudung bawal dan shawl yang mana aku tak pakai sangat pun dan ada tak pakai lansung.Beli sekadar untuk memuaskan hawa nafsu membazir.Ada setengah bawal aku dah jual sbg preloved (terpakai) dan sedekah kpd org



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...