Makin meningkat usia,aku rasa makin tidak terpersona dengan keindahan dunia.Dunia ini tiada apa pun yang indah.Kita semua telah tersihir dengan dunia yang fana.Aku seperti tiada sangat keinginan makan berlebihan sedap-sedap mengikut hawa,berhias berlebihan demi mendapat perhatian umum,membeli-belah barangan berjenama untuk tampil ekslusif,pergi bercuti sana sini konon untuk hilangkan tension apatah lagi gila glamour berlumba-lumba bergambar atau buat content menjual muka dalam media sosial untuk meraih populariti.Jauh sama sekali.Langsung aku tak berminat.Aku rasa malu untuk dikenali ramai.Tak perlu pun dikenali sesiapa.Diri aku ini berharga untuk jadi tatapan umum.Aku tak mahu menjadi hamba kepada masyarakat untuk meraih penghargaan dan puji-pujian.Salah tingkah habis dikecam tak ke sadis?Merimaskan.Kalau ada kawan yang bergambar dengan aku dan masukkan gambar dalam media sosial pun aku kurang berkenan dijaja.Gambar itu pula kekal di situ menjadi tatapan umum.Sungguh aku tak suka.Aku ini low profile,kalau boleh aku tak ingin dikenali sesiapa.Menulis blog ini berbeza kerana ia seperti sebuah platform penulisan berfaedah.Tiada siapa yang mengenali aku di sini.
Orang masuk lubang biawak takkan aku pun nak ikut masuk lubang biawak?(Pedas juga ayat ni).Biarlah aku hidup diam-diam dengan tenang,aman dan damai mengikut cara aku.Aku juga tak suka orang ambil tahu perihal aku melalui media sosial ataupun di kehidupan realiti.Aku lebih suka menonton gelagat haiwan daripada manusia kerana haiwan itu menghiburkan.Aku juga tak berminat nak ambil tahu urusan orang.Lantaklah mereka dengan hidup mereka(termasuk kawan-kawan aku sendiri).Kadang-kadang ada sesetengah perkara boleh menyentuh perasaan aku sebab itu aku ambil keputusan untuk tidak mencari tahu hal orang walaupun tertengok dalam status what apps pun.Tak perlu save nombor orang yang aku rasa tak perlu.Aku tak mahu hati aku rosak dengan manusia keliling aku.Hati yang rosak bermakna hati yang ada perasaan hasad dengki,cemburu,marah dan benci.Kalau boleh aku nak jaga hati aku daripada berperasaan sebegitu terhadap orang lain.Jadi solusinya kurangkan ambil tahu perihal kehidupan orang.Orang yang datang kepada aku lalu mengumpat masalah orang lain pun kalau boleh aku malas sangat dengar.Aku tak mahu rosakkan hati aku.Tak pasal-pasal aku pula bersangka buruk kepada orang yang diumpat itu.Aku tak mahu pening kepala fikir hal orang.Orang lain pun jangan nak sibuk hal aku.Adil lah kan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.