Sunday, 10 July 2022

Hari raya haji

 Hari raya aidiladha/raya haji tahun 2022 kali ini memberi aku rasa nikmat kesyukuran sedari malam raya lagi.Di kala duduk di pinggir jalan raya yang hanya berbunyi deruan enjin motor,aku mula memasang takbir raya dalam.Rasa indah bercampur sayu mengenang segala hal.Sayu kerana memikirkan layakkah aku menyambut hari raya korban?Diri yang penuh dosa dan kehinaan ini adakah dipandang oleh Allah tuhan sekalian alam.

Ruginya aku tak berpuasa sehari sebelum raya.Banyak fadilat puasa antaranya dosa-dosa diampunkan sepanjang hidup.Aku memang ada niat untuk berpuasa tapi terlupa baca niat sebelum tidur dan tak bangun sahur.Badanku letih sekali kerana bekerja balik lewat malam.Hmm..alangkah ruginya melepaskan peluang keemasan setahun sekali ini.Siapa yang tak nak dosa diampunkan.Kalau boleh pilih antara duit berguni atau dosa diampunkan,aku pilih dosa aku diampunkan berbanding duit.Untung jemaah yang dapat ke Mekah buat ibadah.

Hari ini hari raya aidiladha.Aku terlajak tidur sampai 9.30 pagi.Subuh entah ke mana,solat sunat hari raya entah ke mana.Aku bangkit dan terus ambil wuduk.Buka buku panduan solat sunat untuk lihat tatacara solat sunat aidiladha.Apabila aku sudah faham maka aku dirikan solat sunat aidiladha.Selepas itu aku membaca takbir hari raya.Seraya dengan itu aku dapat rasakan satu kesyukuran,ketenangan menjalar dalam diri.Allah itu maha baik,walaupun aku terlepas solat subuh tetapi aku masih berpeluang solat sunat hari raya sendirian di rumah.Syukur aku dapat lakukan dan aku mendapat juga ganjaran tenang.Rugilah siapa yang langsung tak buat.

Selepas itu aku menjamu selera nasi himpit bersama rendang ayam.Syukur atas nikmat makanan ini.Kawan aku telefon ucap selamat hari raya dan menjemput aku ke rumah barunya.Hampir 6 bulan aku tak jumpa dengannya maka eloklah aku pergi juga.Langgan grab car punyalah mahal sampai rm 21,selepas beberapa minit kalau belum langgan,harga naik jadi rm 23.Grab ni memang cekik darah.Aku batalkan tempahan sebab nak tumpang adik aku sahaja.Kena pula penalti rm 3 untuk tempahan akan datang.Membazir sangat pada aku.Apa boleh buat.Kalaulah ada pengangkutan awam terus ke rumah kawan aku dah tentu aku naik pengangkutan awam separuh jalan.Tapi itulah buang masa pula kalau nak tunggu bas.

Rasa seronok dapat pakai baju kebaya dengan kasut heels.Rasalah diri ada sifat keperempuanan.Rasa diri cantik sekali.Biasa pergi kerja hanya pakai jeans dan t-shirt yang kadang-kadang nampak selekeh benar.

Seronok dapat bersembang dengan kawan aku.Aku selesa berkawan dengannya sebab satu kepala.Dia juga berfikiran terbuka dan optimistik.Cuma biasalah bila bersembang pasti akan ada selit tentang kisah orang lain.Itu aku kurang suka.Dia bukanlah mengutuk cuma kongsi bercerita.Kadang ada setengah ceritanya mengusik perasaanku dalam diam.Aku cepat-cepat sangka baik sebab tak semua perkara buruk yang terjadi kepada orang lain,akan jadi kepada aku juga.Dia tak boleh pukul rata semua orang kerana perjalanan hidup manusia tak semua sama.Keyakinan aku kepada bantuan Allah masih wujud.Aku memandang tiap apa yang berlaku itu Allah yang jadikan.Tidak bergerak satu pun zarah di bumi ini tanpa pengetahuan Allah.Tauhid kena kukuh baru kita tak mudah tergelincir dan tersungkur jatuh bila terjadi sesuatu.Kawan aku atau sesiapa sahaja tak perlu tahu siapa aku,apa yang aku belajar walaupun aku masih merangkak belajar dalam ilmu tauhid ini.Tak perlu aku khabarkan apa yang aku tahu.Biarlah dia dengan caranya berfikir.Tapi cara dia berborak langsung tak sentuh soal mentauhidkan segala perbuatan Allah,hanya manusia semata-mata.

Cerita tentang konflik orang keliling pula.Aku faham dia juga sudah lama bersabar.Hanya pandang salah orang bukan salah diri.Hanya rasa diri dia betul orang lain silap.Tapi itulah kawan aku yang seorang ini.Aku hanya mendengar dan bersetuju dengan ceritanya.Biarlah dia nak meluah asal dia lega.Semoga Allah berikan dia hidayah untuk memahami ilmu tauhid yang sebenar bukan hanya salahkan manusia sahaja semata-mata.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jerry Yan Meteor Garden

Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di ser...