Tiap kali cuti mesti aku nak keluar rumah tengok apa-apa barang sebagai terapi mata dan minda.Kalau tubuh sihat bolehlah jalan jauh.Hari ini aku keluar dalam pukul 11.30 pagi.Sampai ke destinasi sekitar 12 tengahari.Cuaca masih elok redup sahaja.Memang sediakan payung sebab KL tiap petang akan hujan lebat.Syukur dapat hujan sejuk bumi ๐ง
Sebenarnya seronok keluar berseorangan.Bebas nak singgah ke mana sahaja tanpa halangan.Kepala tak pening fikir masalah orang lain.Ini dinamakan me time ๐.
LRT ke stesen Bandaraya ditutup jadi kena naik bas rapid percuma yang disediakan di depan stesen lrt masjid jamek.Tepat 12 tengahari bas mula bergerak dan berhenti di bawah stesen lrt Bandaraya.Dalam bas tadi aku nampak ada sepasang lelaki perempuan masih remaja.Comelnya budak perempuan itu.Rasanya umur dalam lingkungan 19-21 tahun.Tubuhnya kecil molek tidaklah terlalu kurus,sedang elok.Dia memakai gincu pink,maskara dan bedak.Mekap ringkas tapi manis.Rambutnya ditocang jadi dua bahagian.Tinggi mungkin 147 cm.Entahlah bangsa apa tapi macam muka Thailand/Vietnam campur melayu.Tak pernah lagi tengok wajah secomel itu.
Turun dari bas aku memanjat tangga sebab malas lintas jalan.Termengah juga nafas dan turun semula tangga.Aku terus ke butik pakaian Muaz Textile.Kali terakhir datang pada hujung bulan September tahun lalu beli blouse putih untuk majlis maulid nabi.Butik ini memang menjadi kegemaranku dari dulu lagi sejak aku kerja di pejabat.Selalu beli baju blouse kain cotton sejuk di sini.Sedap pakai sebab sejuk dan serap peluh kulit kurang alergik.Shawl di sini pun murah sangat harga dari rm2.80.Ini cerita tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu.Sekarang shawl atau bawal paling murah pun rm 5.80.
Muaz HQ Jalan Tar sekarang sudah besar.Mereka sewa dalam 6 lot kedai dari bawah hingga tingkat atas.Boleh gila rambang mata masuk sini.Aku tengok kaum wanitalah banyak membeli seperti dirasuk.Hahahaha ๐๐๐๐.Macam nak terbeliak biji mata tengok fesyen-fesyen terbaru tudung kepala.Semuanya fast fashion.Habis musim maka timbul lagi fesyen dan kain jenis baru.Sebab itu jual tudung kepala boleh jadi jutawan.Benda ni fesyen zaman sekarang.
Aku bukan hijabista.Aku tak ambil tahu sangat.Kalau tahu pun sebab terpandang dan ohhhh gitu.Aku ini sangat simple orangnya janji selesa.Pakaian aku pun banyak sedekah bagi orang sebagai hadiah.
Hampir sejam aku di Muaz Textile saja pusing-pusing tengok apa yang ada.Ikut hati macam nak beli satu blouse kain cotton sejuk corak burung.Banyak campuran warna dan corak pula.Hmmm dalam hati pesan;sudahlah membazir.Ok baik.Akhirnya terbeli juga satu barang berharga rm6.80.
Pelik pula duduk 1 jam tapi tak beli apa-apa.Tetap juga nak membazir duit ๐ท
Aku naik ke Sogo pula untuk cari makanan.Sekarang dah masuk waktu lunch.Nak makan Aceng Laksa tapi tak terima pembayaran Shopee pay.Nak beli jus Boost pun sama tak boleh Shopee pay.Baki duit e-madani masih ada.
Aku nampak ada 1 kedai Thai di lereng food court jual mee celup.Jarang ada kedai dalam KL jual mee celup.Aku tanya kedai ni halal ke bos orang melayu ke.Cashier warga asing ni kata halal,bos orang Thai.Aku fikir mesti sedap kalau resepi asli dari sana.Rasa nak cuba.Rm 11.90 semangkuk.Bila dia hulur mangkuk berisi mee celup dalam hatiku rasa macam tak sedap saja.Warna kuah pucat saja tak macam mee celup di kelantan kuahnya hitam berkicap.Ini ikan bilis pun tak letak.Cili jeruk tak ada.Ada taburan serbuk cili dan bawang goreng sahaja tapi aku tetap tak yakin sedap.
Memang betul rasanya biasa-biasa sahaja.Lebih kurang mihun sup cuma tidaklah rasa cengkih dan bunga lawang.Kecewa rasanya pada aku rasa biasa-biasa sahaja.๐ท๐.Sedap berganda mee celup di pasir mas,kelantan. Ini tauke bukan orang Thai.Tauke orang cina sini.Balik rumah baru perasan dalam resitnya nama Xingpao sdn bhd.Tertipu rupanya.Entah ayam sembelih ke tidak dalam mee celup tadi.Entahlah aku sekarang jadi was-was sebab banyak penipuan demi mengaburi mata orang islam.Sedangkan melayu sendiri beli ayam cucuk dengan yang bukan islam.Gila kan demi kaut untung nak jual murah.Peniaga indon pun jual nasi lemak rendang babi tapi pakai tudung sebab nak tarik pelanggan islam.Takut beb.Bab makan ni kena jaga sebab jadi darah daging.Aku bukan alim sangat tapi bab makan kena jaga ๐ฏ
Aku habiskan juga sebab lapar.Tak perasan ada kacang tumbuk dalam mee ni aduh habislah muka aku nanti berjerawat๐ฏ
Nantilah aku nak belajar buat mee celup dengan makcik di kampung.Masak sendiri puas hati kita tahu apa nak letak.
Habis makan aku turun ke tingkat 3 bahagian menjual pakaian.Eh sejak bila ada jual telekung di Sogo?Telekung Tea namanya.Harga rm130.Aku terus jalan ke depan.Ada jual shawl.Jenama apa lupa sebab aku tak ambil tahu bab jenama.Eh ada jenama Fazura pula.Wah dah masuk banyak mall ya sekarang.Di klcc pun ada Fazura kiosk kecil.
Aku masuk dan membelek-belek sekejap.Rupanya ada pink label,black label dan white label.Fikir-fikir balik dulu idea kategori ikut label ni jenama Aidijuma ;Datin Norjuma.Harga pun berbeza ikut label.
Tak minat pun nak beli.Tengok saja buat-buat ambil tahu.Sebelah sana pula kedai Naelofar.Harga paling murah rm79 kain cotton voile.Macam aku kata tadi aku tengok sahaja.Kainnya macam ada kualiti juga sebab lembut dan halus.Ada lah pelanggan berniqab hitam membeli di sini.
*bawal cotton monogram Naelofar.Nampak simple tak sarat dengan corak bunga.
Lalu pula depan kedai mask Jovian.Lama dah pasang niat nak beli mask dia cuma tak melawat kedai.Malas beli online sebab mahal rm25 sekotak.Terkejut aku harga di kedai Jovian ada promosi rm15 sekotak/30 keping.Aku beli dua kotak.Warna putih monogram dan warna sandy brown monogram.Pernah cuba pakai sekali mask ni dapat free gift beli barang.Best tau.Aku suka mask Jovian sebab tak panas dan mekap tidak melekat di mask.Mahal pun tak apa ada kualiti.Dengar cerita jerawat pun susah naik pakai mask ni.
Promoter sediakan cash bill dan minta bayar dahulu kemudian baru ambil barang.Siap dapat beg kertas jenama kedai.Class.Pertama kali beli jenama Jovian mestilah rasa teruja๐.Aku tetap lebih selesa memakai mask sebab rasa selamat dan yakin bila keluar rumah.
*edit testimony;mask jovian ni mungkin kualiti tak sama macam harga rm25 tu.Aku dah pakai dan rasa panas,tekstur mask kasar dan mekap melekat di mask.Elok lagi mask jenama Amd medical beli di Mr DIY dulu nok...murah bawah rm10.Sedihlah ๐
Sogo meriah ada sales CNY.Lampu tanglung bergantung megah merah menyala.
Sogo ini tempat kenangan lama 17 tahun lalu.Keadaan masih sama cuma sudah banyak renovation untuk nampak lebih segar.Aku rasa makcik-makcik yang pernah kerja sogo dulu dah lama meninggal.Sogo memang tempat kenangan aku zaman remaja.Tempat pertama kenal dunia.Di sinilah tempat berhibur,cari rezeki.
Tiba masanya untuk balik dan baru sedar bunyi hujan lebat di luar.Lama juga aku berlegar di dalam Sogo.
Tahun baru cina bakal menjelma.Tengok cheongsam warna merah menyala.Ong ong
Lampu ikon bunga raya di lobi pintu masuk Sogo ini dah wujud sekian lama dari tahun 90an.Aku masih ingat zaman kecil dulu arwah pakcik saudara aku datang dari Johor melawat Sogo.Aku terpandang lampu ikon ini.Bunga raya ini lambang bunga kebangsaan Mlysia.
Masih terbayang zaman dulu-dulu pernah kerja Sogo lepas habis sekolah.Sempat pegang duit sendiri dan dapat shopping baju seluar.๐
Sementara itu singgah di kaunter produk Clarins.Aku berminat kerana Permaisuri Agung Tunku Azizah kata neneknya umur 90 tahun kulit tidak berkedut pakai Clarins.Aku percaya.Survey harga serum sahaja rm 380.Kalau ambil 1 set harga rm 1000 ke atas.Macam berminat tapi risau nak cuba takut tak serasi dengan kulit.Salah pakai pencuci muka pun naik jerawat.Kalau beli produk mahal begini apalah nasib kalau sesuai tak apa.Kalau ada trial pack tentu aku cuba.Pencuci muka sahaja rm 160 gulpp telan air liur.Aku faham produk ni dari luar negara dan bahan berkualiti dari alam semulajadi menurut promoter.Tunggulah nanti apa keputusan aku.Mahal bukan murah๐๐๐๐
Hujan masih belum berhenti.Rosak kasut aku kalau redah hujan walaupun ada payung.Basah kasut sandal dan berbau nanti.Lama aku berdiri tepi pokok hiasan ni.Intai-intai keadaan cuaca.
Origami bentuk burung yang dibuat dari kertas.Siapalah yang bikin.
Sebelah pokok bunga ini ada butik Coach.Adalah orang meleis beli beg.Dengan gah bimbit beg penuh kepuasan lepas buat pembayaran.Ibarat menang cabutan bertuah.Biarlah ada duit nak beli silakan.Aku tak mampu beli beg beribu ringgit.Dulu beli beg Guess harga rm 350 pun rasa menyesal sangat sekarang bila fikir.Dua kali pakai simpan dalam almari.Lama tak pakai cek semula dah rosak habis terkupas hancur.Robek hati aku.Lepas pada tu aku tak beli lagi barang di butik.Aku selesa pakai beg tiada jenama dari Jepun.Harga puluh ringgit sahaja.Tak sampai 30.Syukur sampai sekarang belum koyak walau dah 2 tahun.
Hujan belum berhenti sepenuhnya.Masih lebat.Masuk kedai secret recipe sementara tunggu hujan reda.Habis rm 13.90 untuk sepotong kek cheese mulberry wild.Kecil sangat saiznya 4x suap habis.Sekarang semuanya mahal.Buah-buahan pun mahal.Apa yang murah?Harga makanan di kedai makanan segera setiap bulan naik.Aku perasan.
Selepas 30 minit aku intai cermin.Bolehlah bergerak perlahan-lahan dengan berpayung.Kalau tunggu sampai bila nak balik.Singgah ke Mydin Masjid India.Naik ke bahagian syampu di tingkat 1.Tertarik lihat losen Citra yang ada pelbagai jenis bau.Ada 5 jenis bau.Dulu hanya ada Citra bengkoang sahaja.
Aku pilih losyen Citra Mulberry collagen probiotik.Probiotik untuk membaiki kulit.Aku memang hantu losyen.Losyen body bath work(bbw) pun banyak botol belum habis.Beratus ringgit beli sebab terpengaruh.Sekali dengan shower gel bbw.
Beli makanan sikit dan losen,lip treatment balm, miceller water syahirah dan lain-lain.
Losyen Citra rm8.90
Lifebuoy hand sabitizer rm5.60
Mentholatum maxilip untuk merawat garis kedutan bibir rm16.20
Syahirah Miceller water rm10.90.
Kesemua barang termasuk makanan rm107
Dapat cawan percuma dari ubat gigi Darlie.Cashier tu bagi juga pouch bag percuma jenama Safi tapi dia suruh diam-diam.Ok ๐ท๐คซ.Baik hati dia.Dia tanya aku dalam beg kertas tu beli apa.Aku cakap mask.Dia kata kaya beli emas.Eh tak...mask muka.Hahaha...dia tanya ok ke jenama Jovian.Maka aku terangkan.Ada promosi aku cakap kalau nak pergilah Sogo tingkat 3.
Berat juga nak angkut barang beli di Mydin ni balik rumah.Dengan beg tangan di bahu dan 3 beg plastik.Aduhai azabnya jalan kaki ke stesen lrt.Dalam lrt penuh orang tak dapat duduk.Terkehel tangan aku pegang barang berat aduh sakitnya.Nasib badan balik waktu orang balik kerja.
Syukur aku tak terjebak beli baju,kasut,beg.Memang azam aku tak mahu beli apa-apa tahun ini.Aku tak nak membazir lagi cukuplah apa yang ada.Itupun tak habis pakai.
Hujan lebat lagi.Nasib sampai rumah 7.30pm.Syukur ....