Wednesday, 30 June 2021

Cara menghadapi ujian penuh ketenangan-AAgym

 



Biasanya kita ini runsing,gelisah,tidak tenang kerana berfikir tentang apa yang kita inginkan.Lebih baik kita fokuskan apa yang sudah Allah kurniakan.Kita akan bersyukur dan Allah tambahkan lagi nikmat.Takut jatuh kufur kerana tidak fikir kepada apa Allah beri selama ini.

3 perkara buat kita gelisah

Jika asyik berfikir apa yang kita inginkan tanpa henti 
Ingat sesuatu yang belum terjadi
Dosa diri sendiri


Jika nampak nyamuk,bersyukur kita jadi manusia.Nyamuk nyawanya sentiasa terancam kerana mencari rezeki.Bersyukur juga kerana kita menjadi islam.Banyak orang lain tidak islam dan yang islam juga ditindas di negara lain.Kita harus besyukur diberi keamanan,kesejahteraan.Lihat di Palestin,iraq hidup mereka selalu diancam dan terbunuh.Kita juga boleh mendengar ilmu,tidak banyak yang dapat peluang seperti kita.

Banyak bersyukur dengan kurniaan Allah seperti kesihatan,kenyamanan,dapat makan,tidur lena.Makin banyak kita merenung pemberian Allah seperti Allah tutup keaiban dan kekurangan kita.Allah tahu setiapa lirikan mata,apa yg kita sembunyikan.Kita jarang memikirkan apa yg Allah kurniakan ini.Kita sibuk dengan aib orang lain.Orang yang sibuk dengan aib orang biasanya lupa aib sendiri.Fokus dengan kurniaan Allah maka tenang hidup kita.

Jika kita mula melihat kesalahan orang maka renung keburukan kita seperti solat tidak khusyuk,jelek,banyak dosa,maksiat maka kita akan rasa hina dan berdosa.Lalu kita akan mendekati Allah,takut kepada Allah dan bertaubat.Ingat kemurahan Allah,ingat dosa kita.

Makin kita ingat kebaikan,berbuat baik maka akan bertambah kebaikan.Makin kita ingat keburukan orang maka akan datang perkara buruk kepada kita.
Pandang sesuatu dari sudut menginsafi diri/taubat diri

contohnya dompet kita disamun orang,lebih baik berfikir dompet kita disamun kerana kita kedekut,lambat bayar gaji staf,tidak keluarkan zakat.Daripada kita terus menerus memaki hamun berfikir diri dianiya orang.Jadi di situ kita taubat.Jika kita menangisi masalah, kita tak akan tenang,maka muhasabah diri.Keluar air mata ubat bukan air mata derita

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat dan menyucikan diri
Mari kita fokus kebaikan orang,dan renung kekurangan diri maka kita akan bahagia.Jangan melihat kebaikan dan jasa diri maka kita takkan bahagia.

-sekadar berkongsi kebaikan dari nasihat ustaz AAgym.Aku juga belum sempurna


Jangan sia-siakan waktumu


 Segala puji hanya milikMU Ya Allah,wahai yang maha melihat,wahai yang maha mendengar,wahai yang menciptakan kami dan segala-galanya yang ada di muka bumi.Segala puji hanya milikMu.Engkaulah yang mengurus diri-diri kami setiap saat.Tidak ada satu pun saat kecuali dilimpahi kurniaanMu.Segala puji hanya milikmu Ya Allah,yang mengislamkan kami,yang membawa kami mengenalMu,yang menutupi aib dan dosa kami,yang memberikan kesempatan taubat seluas-luasnya.Tiada Tuhan selain Engkau wahai yang maha mendengar,Engkaulah yang mengatur pertemuan ini terjadi

Allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wa as ha bihi ajmain.

Siapakah orang yang paling bahagia,paling tenang,paling selamat dan paling beruntung adalah orang yang setiap saat sentiasa merasa bersama Allah.Di dalam segala kesempatan dia tidak pernah merasa kesepian kerana dia tahu Allah swt sentiasa bersama dirinya

"Wahuwa ma akum ainama kuntum" (dan Dia bersamamu walau di mana kau berada)
"Wallahu bima tak'malu nabasyir    " (dan Allah maha melihat apapun yang kau kerjakan) 

   -surah al hadid ayat 4

Sehingga dalam keramaian dia tidak larut dalam keramaian orang kerana dia bersama Allah.Ketika bersendirian dia tidak pernah kesepian kerana dia tahu Allah maha dekat,maha melihat,maha mendengar,maha memerhatikan dirinya dengan teliti.Mudah-mudahan kita diberikan nikmat yakin seperti ini.Terlalu sedikit orang yang masuk makam ahlul yakin

*******************************************************************************

Waktu terbahagi kepada 3.Yang telah ditarik dari hidupmu tidak akan dapat ditarik semula

1)yang telah terjadi ia sudah pergi tidak akan kembali lagi
2)yang sedan terjadi saat ini
3)waktu yang akan datang belum tentu terjadi,contohnya ajal kita.Tentu kita tidak dapat menikmati waktu

Setiap waktu jika kita sia-siakan tidak akan kembali lagi kecuali penyesalan.Tetapi waktu yang kita isi dengan perkara sukses itu tiada bandingan harganya

Surah al asri,al dhuha,al lail,an nahr

Allah selalu bersumpah demi waktu kerana waktu ini merupakan kunci sama ada beruntung atau rugi
Setiap orang diberi masa 24 jam.Ahli syurga/neraka juga ada masa 24jam.Yang menghafal quran juga ada 24 jam,kaum munafik juga 24jam.Siapa yang serius menyingkapi waktu maka dia adalah orang yang beruntung.

Waktu sama=isi berbeza
Ada yang sedang berzikir,ada yang tidur,bekerja,menonton tv,berbuat maksiat
Ada yang tahajud,ada yang mengalir air mata meminta ampun,ada yang waktu sama dengan tahajud tidur nyenyak,ada yang tidak tidur tetapi maksiat.Waktunya sama hasilnya berbeza

Waktu itu berharga jadi gunalah waktu itu dengan berharga.Kalau waktu digunakan untuk sesuatu yang sia-sia maka sia-sialah.Kalau ingin melihat kualiti hidup orang itu ,lihat caranya berbicara.Jika bicaranya penuh maksiat maka maksiatlah hidupnya.Bicara itu boleh sahaja.Lisan ini untuk bercakap benda baik sahaja

Innal insanalafi khus  -sesungguhnya setiap insan dalam kerugian kecuali orang yg beriman
Setiap waktu sentiasa digunakan untuk meningkatkan iman kita

Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan untuknya maka Allah faqihkan (fahamkan) agamanya
Di beri faham agama atau diberi faham ilmu masakan,perhiasan,wang atau pangkat?

Setiap hari kita mesti berfikir,fahamkah saya?Hubung iman adalah ilmu,hubung ilmu adalah faham

Jangan bangga utkan kepada kejadian Allah

Hujan itu adalah perintah Allah.Semua air yang jatuh adalah titisan zikir kepada Allah

Waktu adalah amal soleh.Kita akan mati dan akan membawa amal soleh
Jangan tersinggung kerana tersinggung itu tidak jujur

Siapa yang solatnya khusyuk?susah..
Siapa yang al Qurannya bagus?
Siapa yang sedekahnya melimpah?susah..

Berbuat sesuatu kerana Allah tetapi banyak orang berbuat baik ;
-Berbuat baik kepada orang kerana ingin dibalas baik
-Berbuat baik kepada orang kerana orang itu juga baik
-Berbuat baik kepada orang kerana ingin orang terjerat dengan kebaikannya

tapi
-Berbuat baik kepada orang kerana Allah sukakan kebaikan walaupun orang itu tidak baik kepadanya.Itu adalah urusannya dengan Allah.Sikap suami yang kurang baik maka biarlah jadi amal untuk saya.
Jika kita banyak sakit hati bererti banyak berharap kepadanya demi kepentingan peribadi

Jika berharap orang berterima kasih,dipuji,dihormati,dihargai itu tidak boleh....ingin dibalas budi..itu tidak akan jadi amal soleh.Usah berharap dengan orang.

Berharap orang itu menjadi baik,solehah itu tak apa..

Jika kita buat sesuatu bukan kerana Allah maka hati kita akan sakit,mudah tersinggung.Niatkan sahaja kita buat kebaikan kerana amal soleh

Sabar ialah menahan,kalau mahu bicara sebut innalillah hiwa inna ilahi rojiun
Hati,fikiran,sikap tahan hingga apa yang Allah sukai

Sunday, 27 June 2021

Cuteness Japanese anime photos/kartun anime jepun comel

 Comel sangat anime jepun ni...tak puas tengok~~




Girl with sweater look like me :)

























White shirt look like me :)





























i know what are u think about














💚 💛 💜




Hujan malam di bandar Jepun
















Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...