Thursday, 24 June 2021

Hormati semua orang tidak kira siapa waima pengutip besi buruk

 Siapa di sini yang suka memandang rendah orang lain kerana merasa diri sendiri lebih bagus,lebih baik,lebih bijak,lebih tinggi kedudukan,kewangan dan pekerjaan?

Pertama sekali aku akan gelakkan dahulu spesis manusia begini dan dislike,dislike,dislike
 
 See original image
 
Kalau bercakap,pendapat dia sajalah tepat dan benar.Pendapat orang lain salah kerana tidak setaraf dengan kedudukannya (dari segi pelajaran,pekerjaan,pengalaman kerja,harta).Dia sajalah betul bicaranya,buah fikirannya dan apa saja.Berlagak tak mahu kalah kalau bercakap.Di belakang pula dia akan merendah-rendahkan orang yang tidak sependapat dengannya dan menggelar orang itu kurang cerdik.Cuba kalau yang memberi pendapat itu orang yang lebih tinggi kedudukannya misalnya seorang doktor,pekerja bank,peguam,hakim,pegawai tertinggi kerajaan,datuk?Pasti tiada bangkangan/pertikaian malah setuju sahaja bulat-bulat.Mudah saja lidah berburuk sangka dan memanggil orang yang tak sependapat dengan kita sebagai bodoh,tolol,tak cerdik,otak tak berkembang.Kenapa adakah cara kita berfikir itu sudah tulus dan lurus sangat?Manusia banyak tertipu apabila ujub menguasai diri.

Itulah sifat manusia yang bongkak,tidak menghormati dan tidak mahu belajar menerima buah fikiran orang lain.Berkawan pun pilih bulu.Mana yang taraf bekerja di shopping mall,kedai cabuk atau pasaraya mudah saja bersangka-sangka.Sebelah mata pun tak pandang konon itu pekerjaan yang tiada standard/class.Kalau berjalan-jalan di shopping mall,pandang sebelah mata sahaja staf yang menjaga kedai baju,kedai elektrik,restoran makanan.Bercakap pun dengan nada biadap (tak semualah).Mudah sahaja tularkan kes jika ada sesuatu yang tak kena di antara kita dengan pekerja tersebut.Iya lah kita sangka budak pelajaran setakat SPM /tak habis SPM hanya layak  bekerja bidang itu.
Zaman sekarang kau ada sijil diploma/degree sekalipun orang tak hairan,berlambak graduan yang menganggur tak dapat kerja sesuai dengan bidang/sijil.Jadi mereka terpaksa meneruskan hidup dengan bekerja sebagai pelayan restoran,menjual baju di kedai dan menjadi staf di pasaraya.Jangan kau sesekali memandang orang lain rendah mentang-mentang kau kerja di pejabat bangunan besar,ada air-cond dan tiap hari pakai menarik.

Huh!!pekerjaan pun ada jenis-jenisnya juga ke yang standard dan tidak?Kalau beginilah mentaliti pemikiran masyarakat,bahaya dan amat tenat sekali.Semua manusia saling memerlukan di antara satu sama lain.Kalau tiada pekerja kilang mana mungkin kita dapat membeli hasil-hasil industri perkilangan seperti kasut,baju,kelengkapan rumah dan sebagainya.Kalau tiada pekerja di pasaraya mana mungkin kita dapat membeli barangan dapur dengan senang?Semua ada terkait antara pembeli dan pekerja jadi usah sombong.

Aku juga dulu pernah menganggur lama dan terpaksa bekerja di butik pakaian dan pasaraya.Aku tak malu,aku bukan mencuri.Untuk apa membangga-banggakan diploma yang aku miliki?Aku hanya berdiam diri tidak bercerita soal pelajaranku.Yang paling aku terkilan,ada di kalangan ahli keluargaku kerap mempertikai kelulusan pelajaranku dengan kerja yang aku buat.Katanya belajar susah-susah akhirnya cari kerja tak ada standard.Kerja tak ada kualiti.Sakitnya saat dihina hanya Tuhan saja tahu.Waktu itu dia masih belajar dan belum merasa erti kesusahan hidup.Salahkah aku bekerja sebagai promoter di butik?Hatiku senang,rasa gembira tak stres seperti kerja di pejabat.Gajiku juga ternyata lebih banyak dari kerja pejabat.Dibuli lagi semasa kerja pejabat.Kerja orang lain tapi kita kena buat,kalau tak siapkan nanti sangkut dengan klient.Bertahun lamanya aku hadap perkara sama,gaji masih tahap itu juga,kerja banyak tak menang tangan.Tak berbaloi langsung.Baik aku angkat kaki daripada dikelilingi manusia toksik.Ada pro dan kontra juga.

Dulu sebelum mereka semua di dalam rumah bekerja,akulah tonggak utama membantu keluarga bayar bil api,astro,air,beli kelengkapan dapur dan rumah (setakat yang termampu).Itu mereka mungkin tak kenang jasa aku.Sekarang bila mereka sudah bekerja lebih sikit daripada aku,mulalah mengutuk menghina sana sini.Aku dipandang rendah semata-mata kerja biasa-biasa sahaja.Mereka tak tahu atau faham apa situasi yang aku telah lalui sebelum ini.Makanan yang mereka beli pun aku tak boleh sentuh lebih-lebih.Dulu sewaktu zaman aku berada,akulah yang belanja mereka makan-makan/bawa makan di luar sesekali.Bukan makan habis RM 25 tapi beratus juga.

Bila balik kampung lagi ramai manusia toksik kaki perasan.Tak habis bercerita perihal anak beranak mereka kononnya jadi pegawai kerajaan,pegawai bank,doktor,apa jadah apa nokharom lagi...bingit telinga aku dengar.Cerita lagi dapat menantu kaya,bekerjaya,harta banyak makan 7 keturunan tak luak.Tak..tak..tak..aku bukan dengki aku tak suka dengar cerita orang yang bermegah-megah masuk bakul angkat sendiri.Hakikat sebenar bukan begitu,anak mereka kerja biasa-biasa sahaja.Sengaja menambah cerita untuk dihormati dan disanjung tinggi.Sudah masak sangat dengan perangai orang kampung.
 
Hidup ini jika kau terlalu bermegah dengan apa yang kau capai hingga memandang rendah kepada orang lain,kau tak akan berjaya.1 hari jika Tuhan tarik nikmat itu dari kau baru tahu langit itu tinggi atau rendah.Hidup ini biarlah saling hormat menghormati tidak kira dengan siapa pun walaupun orang itu pengutip besi buruk.Mungkin dia lebih mulia dari kita yang kerja di pejabat besar makan duit rasuah.Hina sehina-hinanya
Hidup ini juga bukan untuk berbalah sesama kita kerana berlainan pendapat kerana cara kehidupan orang tak sama.Hidup masing-masing adalah pilihan sendiri maka kita tak layak mengadili hidup orang lain kerana rasa kita hebat.
 
Perhatikan mantera kita sesama manusia,adakah kita seperti berikut;

-hormati semua orang tidak kira siapa
-Lemah lembut
-Ikhlas tanpa balasan
-Apa manfaat yang kita dapat beri kepada orang hari ini,tanya diri
 
 
Yang Tulus
Rye Mika~~Jun 2021



 
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Baju beracun

 Setelah sekian lama aku struggle untuk  mengurangkan keinginan hawa nafsu membeli pakaian semata-mata ikut fesyen akhirnya kini aku temui j...