Wednesday, 16 June 2021

Ketenangan dalam kekecewaan Profesor Dato' Dr Muhaya

 Bila kita bersama orang yang bahagia membahagiakan,auranya lain macam.


Jika kita dapat sesuatu perkara negatif,kita akn persoal kenapa makhluk buat kita?Kalau orang mengenal Allah maka hatinya buang siapa makhluk yang menyakitinya tetapi melihat Allah yang menghantar makhluk itu untuk menyakiti.Ini adalah kertas ujian/bungkusan gula-gula rezeki aku.

Bila orang buat kita "Aku bersyukur Ya Allah,alhamdulillah kerana Kau hantar makhluk ini kepada aku.Aku rela memaafkannya,kasihan dia terpaksa berbuat dosa untuk menjalankan takdirku.Aku bertaubat Ya Allah semoga aku dapat mengubah diriku" maka kita akan menjadi orang responsif bukan reaktif seperti haiwan.Kau buat aku,maka aku balas balik buat kau.

Apabila ada peristiwa membuat kita kecewa maka hendaklah sentiasa respon positif dan anggap sahaja apakah peristiwa ini membuat saya lebih dekat dengan Allah dan adakah saya akan menjadi lebih baik (akhlak lebih baik).

Makan ubat yang pahit pasti ada penawar.Kalau tak makan ubat bagaimana mahu sembuh?

Orang yang sudah mengenal Allah,apa jua peristiwa pahit akan dikembalikan kepada Allah,semua datang dari Allah jadi kita akan menjadi pemaaf.Contohnya kejadian penjenayah membunuh anaknya sehingga mati.

Bagaimana untuk istikamah?Dengan adanya ilmu kemudian iman -tauhid-amal-istikamah-akhlak
Nampak orang sahaja senyum dan doakan yang terbaik kepada orang tanpa orang itu tahu.

Mendoakan orang lain
Ya Allah berilah kesihatan kepada orang-orang itu,doakan semua orang sepertimana kita mendoakan diri kita sendiri.Jangan gunakan jari untuk menjadi keyboard warrior mengutuk orang kerana jari inilah kita gunakan untuk tahiyat,suap makan.

Secret life
Kita-Allah-malaikat Rakid & Atid
Apabila kita seorang diri ketika solat,mandi

Sifat haiwan-rakus,tamak,haloba

Sifat syaitan-dengki,menjatuhkan orang,kedekut

Sifat malaikat-baik,taat,tenang

Orang stres ialah orang yang hidup penuh pura-pura.Depan public disayangi dan dihormati.Balik rumah marah isteri.Di luar nampak baik tapi dalam diam kuat mengutuk orang dalam dalam internet.

Orang yang suka merungut ini kurang nikmat.Orang yakin ianya tidak takut dan yakin dengan Allah.Faktor yang turunkan sistem imun manusia ialah fikiran negatif,emosi negatif stress dan banyak dosa.

Untuk sihat Banyakkan taubat,maafkan orang,banyak sedekah dan doakan kesihatan orang lain.
Jangan asyik sebarkan berita negatif tentang orang mati kerana virus dan bangga diri amalkan jaga sop seperti basuh tangan.Kalau nak kena virus dengan izin Allah maka akan kena juga.

Jika kita bergantung kepada Laila ha illa lah,maka nilai hidup manusia akan meningkat.Jangan bertuhankan manusia/benda lain




hidup peribadi

6 komponen manusia

1-Fizikal (tubuh,100 trilion sel-organ-sistem-manusia).Sel kita ini 5-6 hari akan berubah.Manusia stres kerana pentingkan kulit luaran

2-Akal (berfikir bahasa,matematik,sains) guna otak kiri

 -Kesihatan dan akal .Emosi kena kawal.Kena jaga diri agar tenang,baik

3-Naluri (ibu sayang anak) kerana tak nampak.Definisi cinta tidak nampak kerana kita harus alami saja.Bila cinta ada ego,sombong

4-Hati nurani (jiwa) lembut jiwa,rasa sayang

5-Intuisi (God talking to you)-gerak hati

6-Imaginasi -benda yang tak nampak tapi berlaku

Pendapat semua betul,tiada yang salah.Tetapi siapa yang nak betulkan,ia ego.

7-Ilham (daripada Allah) sebab itulah waktu solat akan teringat macam-macam ketika itu fikiran kita di tahap alpha

Orang yang tiada self image negative,akan kutuk diri sendiri dan orang lain.Kalau kita tak bahagia maka Allah akan temukan kita dengan orang yang tak bahagia juga kerana gelombang wave sama.

Kita terlalu lalai dgn ciptaan Allah hingga kita lupa dengan Pencipta kita

Jaga hubungan dengan Allah maka hidup akan tenang dan hubungan dengan manusia akan bahagia
Lupakan masa lampau,maafkan semua orang
Optimistik masa depan

Ciri manusia hidup berpaksikan Allah

Selalu teringat Allah,bangun saja ingat Allah,tengok orang dan keliling ingat Allah 
Kagum dengan Allah -syukur dengan air bersih,rahmatilah orang yang bersihkan air,syukur kagum dengan kuasa Allah kepada pakcik lori sayur,penanam sayur
Apabila kita kagum,sedekah banyak pun tak apa
Apa saja peristiwa negatif kita redha (kita sakit,disakiti orang) rodhi tubillah hi robba 
Sifat khauf (takut) takut amalan tidak diterima,takut Allah marah
Rojab (mengharap)
Patuh apa suruhan Allah




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jerry Yan Meteor Garden

Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di ser...