Watak "aku" di dalam kisah depresi di bawah sekadar untuk membantu anda menyelami apa yang penulis rasakan.Mungkin anda salah seorang daripada pesakit mental illness.
Mood aku jadi down apabila mendapat tahu bacaan darah TSH untuk sakit tiroid aku langsung tidak turun.Aku jadi sakit hati berubat cara kampung pun tak menjadi langsung malah leher aku tetap bengkak tidak nampak surut.Orang berubat itu hanya mahu ambil kesempatan atas duit aku kesengsaraan yang aku alami.Ya memang aku marah kerana ditipu.Aku diminta berulang berbelas kali dan dijanjikan kesembuhan siap cerita testimoni pesakit tiroidnya yang lain.Duit aku terbang hampir beribu.Sudahlah aku 5 bulan menganggur kerana sakit.Duit pula habis siapa tak tekanan!!!
Balik rumah pun sama selalu diperli-perli adik beradik lain dengan niat menyakitkan aku.Dari situ pun mental aku mulai lemah dan koyak.Aku berfikir-fikir lebih baik aku mati saja terjun bangunan ke?Nak lari jauh aku tak ada duit lebih.Terpaksa hadap walau jiwa dan mental aku sakit.
Beberapa hari lepas aku dirundung kesedihan sebab dia tak balas sms aku dan hanya seen sahaja.Biasanya 2-3 hari aku masih boleh bersabar tetapi ini sudah hari ke 4.Aku ni terasa diabaikan.Aku ni sakit jadi aku perlukan perhatian.
Aku ini penghidap sakit hipertiroid hampir 9 tahun.Kali ini tiroid aku teruk sekali sejak terkena cobid hari itu.Sakit tiroid yang aku alami ialah lebihan hormon tiroid yang mengakibatkan jantung berdegup laju,rasa cemas,suhu badan selalu panas,tidak boleh serabut kerana gangguan emosi yang berlebihan,mudah marah,mudah naik angin dan mudah terasa hati(sedih).Aku cepat tersentuh jika disindir,diperli,dilempar kata-kata yang menyakitkan hatiku pasti dadaku terasa panas seperti api dan fikiranku jadi sangat serabut.Aku akan menangis kepenatan.
Jadi tolong jangan buat sesuatu yang menganggu suasana hati aku dan fikiran aku.
Sebelum ini aku aman sahaja tinggal di kampung.Jarang aku stress melainkan penat uruskan kerja rumah.Tapi tak apa hati aku rasa senang.Balik saja ke kl suasana hati aku mula berubah sedikit demi sedikit.Aku ingin sekali kembali ke kampung selepas berjumpa doktor pakar pembedahan untuk masalah tiroid aku.Yang membuat aku beban,kata doktor hormon aku masih sangat tinggi di paras 100 ke atas hingga susah dibaca.Aku juga hairan adakah dos ubat yang aku ambil itu tidak sepadan dengan aku?Doktor menambah dos ubat.Jantungku juga berdegup laju kerana tiroid.Badanku rasa cepat panas dan berpeluh.Tubuhku sangatlah kurus.
Aku rasa mula putus asa adakah masih ada jalan untuk aku sembuh seperti dulu?Hormon melebihi 100 sangat bahaya untuk kesihatan fizikal dan mentalku.Pembedahan juga hanya akan dilakukan bila hormon tiroid di paras normal (13-22)
Seingat aku selama ini aku boleh bertenang juga walaupun bukan 100%.Entah kenapa malam tadi fikiranku jadi sangat kacau kerana bf aku buat perangai lambat balas sms.Kelmarin 5 voicenote aku hantar untuk terangkan simptom tiroid yang aku alami dan aku katakan padanya aku tak boleh banyak fikir,risau,stress kelak nanti akan menganggu kesihatan aku.Langsung dia tak dengar voicenote aku.2 hari lepas aku minta dia faham keadaanku tolong balas sms aku bukan simpan berhari-hari.Dia kata ok ok.
Malam tadi aku tak dapat simpan lagi segala apa yang aku pendam terhadapnya selama ini.Aku dengan air mata berjurai-jurai aku lepaskan segala yang terbuku di hati.Selama ini aku simpan,aku tak mahu tunjuk perasaan aku yang dah lama kecewa dengan sikapnya yang tak ada masa langsung untuk aku.Aku ni macam orang bodoh dia buat.Aku memberinya amaran supaya jangan sesekali ucapkan perkara buruk atau menyakitkan aku.
Dia mohon maaf selepas baca sms aku.Aku katakan kau selalu minta maaf,minta maaf .Minta maaf itu mudah tapi kau tak pernah faham aku.Bagaimana aku akan sembuh jika selalu stress,dipress dan kesedihan?Selagi aku begini maka hormon aku tidak akan stabil dan tidak boleh lakukan pembedahan!!!Aku simpan segala kata-kata buruk dan pedih orang terhadap aku.
Kemudian aku menangis sampai terketar-ketar.Aku rasa sakit sekali dalam dada bagai dihentak-hentak.Kepala aku juga sakit sekali seperti hendak pecah berderai menahan fikiran yang macam-macam meracun otakku.Rasa panas kepala aku.Aku menangis tidak berhenti dan tangan aku menggigil.Terasa ingin saja aku akhiri hidupku kerana tidak sanggup lagi hidup dalam episod depresi ini.Fikiranku sangat terbeban dan perasaanku sangat sakit.Segala kesakitan yang pernah aku alami dari orang-orang lain dahulu kembali bermain ulang tayang di dalam fikiranku.Malahan kata-kata menyakitkan yang pernah mereka lempar terhadapku kembali menambah racun toksik dalam fikiran dan hatiku.Berganda-ganda aku sakit.Malam yang amat ngeri dalam hidupku setelah lama tak diserang depresi,anxiety.Aku masih ingat bagaimana azab seksa tidak dapat diceritakan bagaimana suasana fikiran dan hati kau saat diserang depresi.
Aku toleh kawasan bawah rumah.Terasa ingin saja aku terjun ke bawah maka hilanglah segala penderitaan emosi dan fikiranku.Aku hampir tidak boleh bernafas menahan kesedihan melampau.Aku langsung tidak boleh mengawal diri aku.Fikiranku amat berat,sesak dan serabut memikirkan pelbagai perkara.Sekejap A sekejap B sekejap ia kata C.Aku salahkan diri sendiri akhirnya.
Aku terasa seperti dirasuk sahaja.Sakit sangat kepala aku dan tubuhku terasa diikat dengan tali ketat.Aku hampir tidak boleh bernyawa.Rasa resah gelisah takut panik dan sebagainya bercampur aduk.Keesokan pagi aku tidak boleh bangun.Dadaku terasa sesak dan fikiranku masih sakit memikirkan hal semalam.Aku lemah tak berdaya.Semangatku bagai dirobek-robek.Untuk bangun mandi pun aku tak mampu.Sakitnya kepala aku fikiranku bercelaru mengarut.Malam tadi aku berasa amat seksa,seksa sungguh jiwa ragaku.Aku seperti hancur dipukul-pukul.
Tuhan...aku tak kuat untuk hadapi perkara ini.Aku amat letih apabila seolah ada 3 suara(3 kata hati) yang berbisik di dalam diriku.Mood aku akan cepat berubah selepas itu.Dari gembira /biasa menjadi sedih tiba-tiba hingga aku menangis tanpa disedari.Aku jadi sedih mengenang diri aku.Aku rasa aku hidup malang dan tidak seindah orang lain.Aku juga membenci orang keliling dan rasa terancam.Fikiranku sering melayang-layang mengingati kejahatan dan kata-kata menyakitkan dari orang lain terhadapku.Aku rasakan semua org membenci aku dan sisihkan aku.Mereka semua tentu mahu aku mati cepat kerana aku ini menyusahkan dan meyemak hidup mereka.
Itu yang aku fikirkan apabila berasa tidak dihargai sebagai seorang manusia.Bukan senang untuk aku melawan semua ini.Kata-kata buruk sering berulang-ulang meracun fikiran aku dan menyakitkan emosi sendiri.Aku susah untuk sayangi diri selalu aku kutuk diri sendiri.
Aku menghidap bipolar disorder di mana ada kecelaruan minda.1 depresi 1 lagi mania.Mania ialah di mana kau terasa gembira sekali hingga semua kerja kau mahu buat sebab ada semangat.Tapi bila datang episod depresi,aku hanya terbaring kaku seperti mayat hidup,fikiran bercelaru sangat-sangat kusut,aku sukar untuk bertenang dan banyak fikiran negatif meracun hati dan akalku.Aku jadi benci dengan diri sendiri dan orang.Apabila datang depresi ialah perubahan mood tidak gembira aku turut terkena anxiety sama.Aku juga ada sakit personality disorder.Yang aku fikir cuma mahu mati sahaja.Aku sakit,letih,celaru,terlalu sedih dan terasa hidupku tiada makna.Biasanya depresi ini akan menyerang aku beberapa kali setahun.Mungkin 4-5x setahun.Tempoh depresi ini bukan sehari dua boleh hilang malah berlarutan berminggu-minggu.
Azabnya terkena sakit dalaman ini.Rasa nyawa di hujung tanduk dan fikir baik mati sahaja tamatlah derita ini.Otak aku terasa bagai nak pecah.Baik aku mati sahaja aku tak sanggup lagi merana.
Inilah yang aku dapati artikel tentang penyakit PPD semuanya hampir tepat dengan apa aku alami
Paranoid personality disorder
- Pervasive distrust and suspicion of others and their motives
- Unjustified belief that others are trying to harm or deceive you
- Unjustified suspicion of the loyalty or trustworthiness of others
- Hesitancy to confide in others due to unreasonable fear that others will use the information against you
- Perception of innocent remarks or nonthreatening situations as personal insults or attacks
- Angry or hostile reaction to perceived slights or insults
- Tendency to hold grudges
- Unjustified, recurrent suspicion that spouse or sexual partner is unfaithful
Aku harap fikiran aku akan kembali normal dan benda jahat yang merasuk aku ini akan pergi.Aku lemah sekali...lemah tak berdaya menghadapi sakit yang tiada luka tiada parut tetapi terlalu sakit di kepala dan hati.Mengaji Quran atau zikir pun tidak boleh membantu.Aku sudah cuba.Ia adakah penyakit mental yg perlu dirawat.Aku tidak boleh terus menerus melayan fikiran celaru ini kelak nanti aku yang terus dihanyut kesedihan dan depresi melampau.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.