Wednesday, 9 June 2021

Lukisan alam puisi tenang jiwa

 

segaris pelangi selepas hujan

Lokasi parking atas Aeon Big






Di sini nuraniku menemui ketenangan
Melihat bukit diselubungi awan
Jiwa bahagia tenteram
Lukisan alam terhampar di depan

Seperti hilang sebuah kekusutan
Hamparan hijau menjamah sukma
Gundah gulana bagai terurai
Hanya hati tawaduk bergema
Bersulam kata memuji Maha Kuasa

Burung terbang berkicauan
Dari satu dahan ke dahan lain
Mencari rezeki di bumi Tuhan
Manusia melihat hatinya lapang

Di sini aku lama berdiri
Bermonolog di dalam hati
Memohon dikurniakan cahaya
Agar hidup tidak dipersia

Nota: Melihat kehijauan itu adalah terapi mana dan makrifatullah


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jerry Yan Meteor Garden

Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di ser...