Aku sangat sukakan design bilik orang jepun yang nampak simple/minimal-ringkas dan tiada hiasan sarat/perabut tetapi tetap menarik hati.Biasanya bilik dan almari berwarna tanah iaitu coklat muda.Seolah-olah tidur di dalam hiasan buluh.
Untuk dekorasi bilik ala gaya jepun,anda perlukan adalah;
1)Kemas dahulu bilik anda,kosongkan bilik
2)Sediakan bahan hiasan semulajadi seperti buluh,pokok bonsai,rice paper ,tikar buluh atau kayu
![]() |
use rice stray for the core |
Saiznya adalah standard
-Rice paper
Rice paper juga boleh dilekat di dinding dan siling bilik supaya kelihatan menarik
![]() |
tekstur rice paper |
3)Tabir/screen untuk pintu dan tingkap
-shoji
![]() |
shoji/sliding door |
-byobu
![]() |
-Wallpaper dinding
Anda juga boleh menampal wallpaper berunsurkan Japanese style di dinding bilik anda.Ada yang bergambar atau bercorak wooden door bamboo.Wallpaper ini sangat mudah didapati dalam shopee,ezBuy atau lazada.Tentukan corak pilihan anda.EzBuy lebih banyak pilihan
![]() |
wallpaper jenis minimalist/simple |
4)Tikar Tatami /tikar buluh
5)Futon (tilam boleh lipat)
Biasanya orang jepun tidak tidur di atas katil tetapi tidur atas tilam putih sahaja.Jika anda perlukan katil,pilih katil yang berkaki rendah 10cm sahaja dan berasaskan kayu berwarna coklat muda.Katil itu juga mempunyai laci di sisi tepi
6)Tukar bantal kepada bantal jepun (takamakura).Bantal dan sarung bantal berwarna putih yang lembut
7)Gantungkan langsir jenis kain lembut /bercorak lembut/warna tanah di tingkap.Biasanya warna tanah seperti putih,coklat muda,kuning buluh
8) Lampu bilik
Kebiasaanya bilik jepun mempunyai lampu kuning yang sedikit malap.Anda boleh beli lampu gantung/lampu yang boleh diletakkan di bawah atau memasang lampu dinding berwarna kuning malap
-Lampu bamboo lantern
![]() |
RM 130 |
![]() |
Harga RM 450 |
![]() |
Harga RM450 |
![]() |
RM 217 |
Contoh bilik jepun
Cantik sangat kan dekorasi bilik jepun.Kalau sudah masuk bilik pasti tenang dan terlelap.Kesimpulannya untuk mendapatkan bilik ala jepun ini anda harus memastikan suasana bilik ini tenang tanpa bunyi bising,bauan bilik juga harus segar dan menyenangkan (scent bamboo),pencahayaan dan warna bilik memainkan peranan utama.
*Barangan dekorasi jepun boleh dibeli secara online di shopee,lazada ,ezBuy dan melawat kedai design rumah.Kebiasaannya harga barangan dekorasi bilik jepun agak mahal.
*Perabot ala jepun boleh didapati di ;
Coreo KL(sunway putra mall/bangsar) hanya barang tertentu
Kare KL (great eastern mall) mahal sangat
Koncent Malaysia atau anda boleh cari kedai perabot mampu milik.
Telah lama impian aku untuk dapatkan bilik design jepun ini tetapi masih belum tertunai kerana barang di bilik aku sekarang sangat banyak,pening untuk ubahsuai pada pandangan aku :(
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.