Wednesday, 30 June 2021

Cara menghadapi ujian penuh ketenangan-AAgym

 



Biasanya kita ini runsing,gelisah,tidak tenang kerana berfikir tentang apa yang kita inginkan.Lebih baik kita fokuskan apa yang sudah Allah kurniakan.Kita akan bersyukur dan Allah tambahkan lagi nikmat.Takut jatuh kufur kerana tidak fikir kepada apa Allah beri selama ini.

3 perkara buat kita gelisah

Jika asyik berfikir apa yang kita inginkan tanpa henti 
Ingat sesuatu yang belum terjadi
Dosa diri sendiri


Jika nampak nyamuk,bersyukur kita jadi manusia.Nyamuk nyawanya sentiasa terancam kerana mencari rezeki.Bersyukur juga kerana kita menjadi islam.Banyak orang lain tidak islam dan yang islam juga ditindas di negara lain.Kita harus besyukur diberi keamanan,kesejahteraan.Lihat di Palestin,iraq hidup mereka selalu diancam dan terbunuh.Kita juga boleh mendengar ilmu,tidak banyak yang dapat peluang seperti kita.

Banyak bersyukur dengan kurniaan Allah seperti kesihatan,kenyamanan,dapat makan,tidur lena.Makin banyak kita merenung pemberian Allah seperti Allah tutup keaiban dan kekurangan kita.Allah tahu setiapa lirikan mata,apa yg kita sembunyikan.Kita jarang memikirkan apa yg Allah kurniakan ini.Kita sibuk dengan aib orang lain.Orang yang sibuk dengan aib orang biasanya lupa aib sendiri.Fokus dengan kurniaan Allah maka tenang hidup kita.

Jika kita mula melihat kesalahan orang maka renung keburukan kita seperti solat tidak khusyuk,jelek,banyak dosa,maksiat maka kita akan rasa hina dan berdosa.Lalu kita akan mendekati Allah,takut kepada Allah dan bertaubat.Ingat kemurahan Allah,ingat dosa kita.

Makin kita ingat kebaikan,berbuat baik maka akan bertambah kebaikan.Makin kita ingat keburukan orang maka akan datang perkara buruk kepada kita.
Pandang sesuatu dari sudut menginsafi diri/taubat diri

contohnya dompet kita disamun orang,lebih baik berfikir dompet kita disamun kerana kita kedekut,lambat bayar gaji staf,tidak keluarkan zakat.Daripada kita terus menerus memaki hamun berfikir diri dianiya orang.Jadi di situ kita taubat.Jika kita menangisi masalah, kita tak akan tenang,maka muhasabah diri.Keluar air mata ubat bukan air mata derita

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat dan menyucikan diri
Mari kita fokus kebaikan orang,dan renung kekurangan diri maka kita akan bahagia.Jangan melihat kebaikan dan jasa diri maka kita takkan bahagia.

-sekadar berkongsi kebaikan dari nasihat ustaz AAgym.Aku juga belum sempurna


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Jerry Yan Meteor Garden

Jerry Yan adalah artis dan juga model dari Taiwan.Berusia 48 tahun sekarang di tahun 2025.Masih relevan dan mempunyai peminat sendiri di ser...