Kisah benar yang dilalui oleh penghantar makanan,tidak direka cerita dan tidak diceduk dari sumber yang tidak berasas
Kisah 1
Zaki 21 tahun seorang pelajar di sebuah universiti mencari duit tepi sebagai rider Grab Food apabila masa lapang.Kawasan yang Zaki selalu pusing menghantar tempahan makanan adalah di sekitar Putrajaya.Pada suatu hari Zaki telah menerima satu tempahan daripada seorang pelanggan cina.
Zaki bergegas ke restoran Subway menempah roti italian dengan segera tanpa melengahkan masa.Kurang 15 minit Zaki terus menghantar tempahan itu ke kawasan apartment berjarak 8km mengikut Waze.Mengikut arahan Waze,jalan yang dimasuki Zaki agak gelap dan sangat lengang.Sampai di luar apartment,kelihatan apartment masih dalam pembinaan belum siap.Mana mungkin ada orang tinggal di sity.Zaki terasa pelik dan cuba bersangka baik.Mungkin buruh pembinaan (warga Bangladesh) yang menempah makanan.Zaki cuba menelefon nombor pelanggannya.Tutt tutt tuttt bunyi panggilan disambung.Bunyi unggas malam menambah kesunyian kawasan apartment yang belum siap itu.
"Hello encik,boleh saya tahu nombor rumah dan tingkat berapa rumah encik?Sebab saya tengok apartment di sini belum diduduki orang" ujar Zali di talian.
Tiada sebarang jawapan daripada pelanggan itu yang kedengaran cuma bunyi nafas seperti orang sedang nazak/menahan kesakitan.
"huuuu huuu hrrr hrrrr" bunyi nafas seorang perempuan.
"Maaf..saya cuma ingin menghantar makanan,di mana alamat sebenar cik ya?"soal Zali lagi.
"Haaa hrrr hrrrr hrrrr tingkat 18! " bunyi nafas seram dan perkataan tingkat 18 itu disebut dengan nada sayu tetapi keras.
Zaki terkejut dan terasa darahnya berderau.Zaki dapat rasakan seperti amaran daripada wanita itu.Mana mungkin ada orang yang tinggal di apartment yang belum siap itu.Tiada cahaya lampu dan hanya gelap gelita.Zaki mengambil gambar makanan dan gambar apartment kosong itu dan beredar dengan segera dalam keadaan cuak.
Zaki melaporkan kejadian itu kepada pihak Grab dan terus ke Subway semula dan akhirnya Subway memberikan makanan itu secara percuma kepada Zaki.
Kisah 2
Aku bekerja sepenuh masa sebagai rider Grab Food.Hanya ini punca pendapatanku selepas diberhentikan kerja akibat virus yang melanda seluruh dunia.Aku dalam cerita ni bernama Ali (bukan nama sebenar)
Aku selalu mengambil tempahan makanan dari kawasan UIA Gombak dan sekitar situ.Jalan tidak sibuk dan memudahkan urusanku.Satu malam aku menerima satu tempahan dari kawasan perumahan terpencil di Desa G****la**.Jam menunjukkan 7.50 malam dan keadaan mulai gelap ketika motorku mendaki bukit.Selesai menghantar makanan di situ,aku segera menghidupkan enjin motor untuk pulang.
Aku memandu perlahan.Kurang jarak dari 150 meter,masih lagi di kawasan perumahan tersebut aku melihat seorang kanak-kanak kecil berbaring atas jalan.Keadaan keliling yang suram membuatkan aku lebih berhati-hati dan memberi isyarat supaya budak kecil itu bangun.Hairan juga anak siapa yang berani bermain tidur-tidur di jalan malam hari.Dari saiz tubuhnya aku kira berumur dalam 5 tahun.Ketika motor aku menghampiri budak itu dia masih belum berganjak.Mukanya menghadap ke hadapan dan ketika itu dia membelakangkan aku.
"Adik...oo adik...kenapa tak balik rumah?Bahaya baring di sini,nasib abang tak terlanggar tadi" kataku perlahan.
Aku pasti budak itu sedar kehadiranku.Budak itu tidak memberikan sebarang respon.Tubuhnya nampak kaku tidak bergerak.Pengsankah dia?Ataupun sudah meninggal?Aku dihujani persoalan aneh.Aku memberanikan diri turun dari motor untuk melihat budak itu dari dekat.
"Adik..mana mak?Kenapa main di sini?"aku cuba menyentuh bahu budak tersebut.
Ketika budak kecil itu memalingkan wajahnya ke arah aku,alangkah terkejutnya aku melihat wajahnya yang kosong tiada mata,hidung dan mulut.Hanya putih pucat kosong tidak berwajah.Aku berkelip kali kedua bayangan budak kecil itu terus ghaib.Aku menoleh kiri kanan tetapi tiada sesiapa di situ.
Tanpa membuang masa aku memecut motorku dengan laju.Sewaktu itu aku tidak berfikir apa-apa lagi.Seminggu aku demam panas rentetan dari kejadian itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.